19

16.7K 1K 19
                                    

"So dia terima tawaran along tu?"

Zayden memandang Zach yang menunggu jawapannya. Riak wajah jejaka itu tampak sangat ingin mengetahui. Zayden mengangguk.

"Tapi kau nak cakap apa kat mama? Mama dah bising tanya bila kau nak uruskan majlis tu semua."

Zayden bersandar pada kerusi empuknya di bilik tidurnya itu. Wajah Zach yang duduk bersila di atas katilnya dipandang. "Aku dah cakap kat mama, bagi aku dan Daniela masa untuk siapkan kerja masing-masing dulu sebab lepas kahwin nanti nak cuti panjang." jawab Zayden.

Zach jongket kening. "Kenapa kau punya jawapan tu nampak real sangat?" soalnya sambil tersenyum nakal. Zayden jongket kening. "Kau cakap kat mama, bagi masa untuk korang dua siapkan kerja. Tu sama maksud dengan bagi masa for both of you to get to know each other. Then kau cakap lepas kahwin nanti nak cuti panjang. Means, kalaulah korang dua tiba-tiba TERfall in love dengan each other, you guys will get married and you will really need a long long holiday."

Zayden tersenyum juga. I get it.

Zach tersenyum nakal sambil menjongketkan keningnya. "Get it?"

Zayden melemparkan pensel di tangannya kepada adiknya itu. Zach terlepas gelak. "You seem to like it, huh?"

"Sudahlah kau. Pergi balik bilik sendiri." halau Zayden terus. Zach mencebik sebelum bangun dari atas katil abangnya itu. Zayden menolak badan Zach hingga keluar dari biliknya.

"Mimpikan bakal isteri, tahu?" Zach makin galak mengusik Zayden. Zayden terus menyepak jejaka itu. Bergema ketawa Zach di situ.

Zayden geleng kepala. Dia kembali menutup pintu biliknya dan dikunci terus. Dia memandang meja kerjanya yang berselerak. Telefon pintarnya di sudut meja diambil dan punggungnya dilabuhkan di atas katil dengan keadaannya yang bersandar pada kepala katil.

Telefon pintarnya dihidupkan. Serta-merta, matanya dihidangkan dengan banner notifications whatsapp daripada Darrel. Jarinya mengetik pada banner tersebut dan ruang chatting whatsapp terpapar. Whatsapp yang dihantar oleh Darrel dibaca.

Daniela pergi mana lah? I still can't found her and dia tak jawab call aku pun.

Zayden kerut kening. Kenapa perempuan gila tu tak balik rumah lagi? Zayden menggelengkan kepala sebelum dia bangun dan melangkah ke balkoni biliknya. Nombor Daniela segera didail.

Beberapa saat kemudian, panggilan dijawab.

"Hmm nak apa? Aku nak tidurlah."

"Kau dekat mana?"

"Hotel."

"Hotel? Asal tak balik rumah? Darrel is searching for you everywhere."

Daniela yang masih lagi dalam keadaan yang mamai menepuk dahinya. "Oh, aku lupa pasal dia."

Zayden kerut kening. "Macam mana kau boleh lupa ni? Dia call asal tak jawab? Kau ni tak habis-habis nak menyusahkan dia kan?"

Daniela yang mendengar terus berubah dari mamai ke segar bugar. "Pardon?"

"Look, kalau kau tak nak balik rumah, at least kau call dia, bagitau kau kat mana. Jangan main hilang je. Nasib baik dia tak buat police report."

Daniela menggosok telingannya. Ya Allah, kuat membebel betul mamat sengal ni. Apalah nasib aku kalau kahwin dengan dia nanti? Mahu pekak telinga aku dengar dia membebel. Erk?

Cinta Untuk Dia ✔Where stories live. Discover now