38

16.2K 875 26
                                    

Sebulan kemudian...

"Sayang."

Daniela yang termenung di balkoni bilik tersentak. Air mata yang menitis di pipinya dilap perlahan. Dia memandang Zayden yang melabuhkan punggung di hadapannya. Zayden merenung wajah lesu gadis itu. Sudah sebulan Tengku Haidar meninggal dunia namun Daniela masih lagi larut dalam kesedihannya. Hilang terus seorang Daniela Arielya yang kuat. Kerusi yang diduduki olehnya ditarik untuk hampir kepada Daniela. Tangan Daniela dipegangnya lembut.

"I'm sorry." tutur Zayden. Daniela mengerutkan keningnya, tidak memahami mengapakah suaminya itu meminta maaf dengannya. "I'm sorry because I don't have the words to make you feel better."

"Zayden.."

Zayden menunduk. "I feel that I'm useless. I can't do anything to make you feeling better."

Daniela bangun dari kerusi yang dia duduki sebelum duduk bersimpuh di lantai. Kepalanya diletakkan di atas paha Zayden. "Awak salah. You do everything to make me feel better. You put aside all your works just to be with me. Tapi saya yang tak pernah cuba untuk keluar dari kesedihan saya sendiri. Saya masih tak boleh terima apa yang jadi. Saya yang patutnya minta maaf sebab saya susahkan awak, saya buat awak risau dan saya tak pernah nak hargai apa yang awak buat untuk saya jadi lebih baik." Daniela mendongak memandang Zayden. "Zayden, awaklah anugerah yang terindah dalam hidup saya. Tak pernah terdetik di hati saya yang awak akan jadi seorang yang sangat berharga untuk saya. Awak tak pernah gagal untuk jadi seorang yang terbaik untuk saya sebab awak.. Awak dah cukup terbaik untuk saya, Zay. Saya sayang awak."

Zayden mengesat perlahan air mata yang menitis di pipi isterinya itu. Kucupan disinggahkan di dahi Daniela. "Kalau awak sayangkan saya, keluar dari kesedihan awak dan kembali tersenyum, Lya. Your sadness will eating you up and it will slowly killing me too."

Daniela kembali meletakkan kepalanya di atas paha Zayden.

"Lya.."

"I just want to be like this for a while."

Zayden hanya membiarkan. Tangannya mengusap lembut kepala Daniela. Tidak lama kemudian, kedengaran dengkuran halus daripada wanita itu. Zayden menunduk memandang isterinya itu. Terbit senyuman kecil di bibirnya bila melihat mata Daniela terpejam erat.

Dengan penuh berhati-hati, badan Daniela didukung untuk masuk ke dalam bilik. Badan wanita itu dibaringkan dengan penuh berhati-hati di atas katil. Comforter ditariknya untuk menyelimuti badan Daniela. Belum sempat dia hendak beredar, tangannya ditarik oleh Daniela.

"Don't leave me.." Mata dibuka kecil. Wajah Zayden dipandang dengan penuh harapan di matanya.

Zayden senyum kecil. Dia duduk di birai katil. Kepala Daniela diusap perlahan. "Saya tutup pintu balkoni bilik je. Nanti saya datang lagi." kata Zayden.

"Jangan lama.."

Zayden senyum. "No. Don't worry. I won't take a long time." tutur Zayden sebelum mengucup bibir Daniela sekilas. Langkah Zayden hanya diekori dengan matanya. Tidak lama kemudian, Zayden kembali ke sebelahnya. Sebaik sahaja Zayden berbaring di sebelahnya, Daniela terus memeluk tubuh tegap jejaka itu.

Zayden hanya melayan. Rambut lembut Daniela dimainkan di tangannya kerana dia tidak mengantuk pun. Daniela membetulkan posisi badannya di sebelah Zayden. Lengan Zayden dijadikan bantal.

"I love you." bisik Daniela sebelum akhirnya dia lena di dalam dakapan suami.

~

Daniela meraba-raba ruang kosong di sebelahnya. Berkerut dahinya bila merasakan Zayden tiada di sebelahnya. Matanya dibuka. Dengan mata yang masih berat, Daniela cuba bangun.

Cinta Untuk Dia ✔Where stories live. Discover now