37

16.3K 854 42
                                    

Daniela merenung wajah tenang Zayden yang masih lena di sebelahnya. Senyuman kecilnya diukir. Tak tahulah macam mana nak bersyukur lagi bila dapat seorang suami seperti Zayden ini. Daniela membetulkan kedudukan kepalanya di atas kedudukan lengan Zayden yang sentiasa menjadi 'bantal'nya setiap malam. Pergerakan kecilnya itu sedikit sebanyak mengganggu lena Zayden. Daniela hanya memandang.

Daniela senyum bila jejaka itu membuka matanya. Zayden senyum sama. Pinggang Daniela dipaut erat. Kucupan dijatuhkan di atas dahi isterinya itu. "Lama ke dah tengok saya macam tu?" soal Zayden sambil mengusap lembut rambut hitam gadis itu.

"About ten minutes?"

"Oh, mengaku?"

Daniela sengih. "Why not? You're my husband after all."

Zayden senyum. Ibu jarinya mengusap lembut bibir merah wanita itu sebelum dikucupnya sekilas. Daniela hanya membiarkan. Tidak sempat Zayden hendak melakukan lebih-lebih lagi, telefon yang berdering membuatkan mereka saling berpandangan. Zayden merengus. Semalam kau dah dapat dah Zayden, nak marah apa lagi?

Daniela hanya sengih. Tangannya dipanjangkan untuk mengambil telefon di atas meja kecil yang bersebelahan dengan katil. Panggilan daripada Justin dijawabnya. "Hmm?"

"Kau dekat mana makcik? Flight kau lagi dua jam and where are you now?"

Daniela menepuk dahinya. "Aku lupalah."

Justin yang berada di hujung talian membulatkan matanya. "What?! Hoi! Kau ni haih.. Kau pi siap sekarang. Aku tunggu kau kat depan pintu ni daripada Subuh tadi, kau tahu?!"

Daniela menjauhkan telefonnya daripada telinganya. Suara mamat ni, MasyaAllah. Stress aku dengar kalau dia membebel. Kerana itulah, jangan berkawan atau berkahwin dengan orang yang suka membebel.

Zayden mengambil telefon daripada tangan Daniela dan dilekapkannya pada telinganya. "Dia ada dengan aku. Kau balik je lah. Tak payahlah nak tipu yang kau datang dari Subuh tadi. Aku solat Subuh tadi, kau takde pun. Dah, bye."

Zayden menamatkan panggilan sebelum memandang Daniela. "Nak lari mana pula?"

Daniela mengetap bibir. "Mana ada lari.. Err ada race je kat LA."

Zayden mengecilkan matanya. "Race benda?"

Daniela mencebik. "You know what? Just let it be. Masa tu saya tak stable lagi so macam-macamlah saya nak buat untuk lari daripada semua masalah tapi sekarang I got you kan?"

Zayden menggelengkan kepalanya. "Dah tahu yang you got me, tapi kenapa lari juga masa tu? Lari takkan dapat selesaikan masalah, sayang. Lagi menambahkan masalah adalah."

Daniela mengeluh. Again, jangan berkahwin dengan orang yang kuat membebel.

~

"Siapa datang?"

Zayden memandang Daniela yang baru sahaja selesai menyikat rambut. "Hmm.. Ayah dan Aunty Qasida." katanya perlahan. Seperti yang dia sangkakan, gadis itu terdiam. Zayden melutut di hadapan Daniela.

"Daniela sayang.." Daniela memandang Zayden. Tangannya digengam erat oleh Zayden. "Saya tahu awak malu nak jumpa ayah awak sendiri. Tapi sekarang ni, dia dah sudi datang sini untuk lawat awak. Dia datang pada awak. Lya, buang ego tu sikit boleh? Saya tahu banyak yang awak nak bagitau mereka dua. Tapi ego awak yang menghalang, kan?"

Daniela hanya diam.

"Listen, awak ada saya. Kita jumpa ayah dan Aunty Qasida sama-sama, ya?"

Cinta Untuk Dia ✔Where stories live. Discover now