21

17.1K 952 34
                                    

Seorang gadis yang cukup elegant gayanya melangkah keluar dari balai pelepasan. Dia menolak troli yang berisi dengan bagasi-bagasi miliknya. Kakinya melangkah sambil matanya mencari gerangan yang sudah berjanji untuk menjemputnya di Lapangan Terbang ini. Senyuman manis diukirnya bila melihat jejaka yang menantinya di sana. Zayden tersenyum bila melihat gadis itu. Segera, dia berdiri untuk menyambut kedatangan sepupu kesayangannya itu, Tengku Eira Nalissa.

"I'm home!"

Zayden tersenyum lucu. "How's New York?" soal Zayden sambil dia mengambil alih kerja menolak troli yang berisi beg gadis itu. Nalissa berjalan di sebelah Zayden.

"Like usual lah, busy."

Zayden mengangguk. Dia membuka bonet keretanya. Bagasi-bagasi Nalissa itu diletakkan di dalam bonet keretanya. "Lissa stay berapa lama?" soal Zayden, lebih kepada memerli. Nalissa mencebik. Dia beredar ke tempat penumpang di sebelah pemandu. Pintu kereta dibuka.

"I'm staying for good."

Zayden terus memandang gadis itu. "Seriously? Mak Su bagi ke you stay for good?"

Nalissa tergelak kecil. "Of course no. I'm just kidding, okay?" balas Nalissa. Zayden menggelengkan kepalanya. Matanya fokus pada jalan raya. "Jomlah balik. I rindu masakan Mak Long!"

Zayden hanya mengerling gadis itu dan tersenyum.

~

Nalissa melangkah masuk ke dalam dapur. Berkerut dahinya bila melihat seorang gadis yang tidak dikenalinya sedang berbual dengan Tengku Zaila. Tengku Zaila yang menyedari kehadiran gadis itu terus menggamitnya untuk mendekatinya.

"Nalissa, come. Mak Long kenalkan dengan Daniela."

Daniela menoleh kepada gadis itu. Nalissa mengerutkan keningnya. "Daniela Arielya? Woman car's racer and world's famous model? Am I right?"

Daniela tersengih dan hanya mengangguk. Nalissa tersenyum lebar. "Gosh, I finally can meet you. I'm Tengku Eira Nalissa. You boleh panggil I Lissa je." Tangan dihulurkan untuk bersalam dengan gadis itu.

Daniela senyum dan menyambut huluran gadis tersebut. "Erm, you boleh panggil I Daniela je."

Nalissa mengangguk. Dia memandang Tengku Zaila yang hanya tersenyum memandang mereka. "Mak Long kenal ke dengan Daniela ni?" soalnya. Tengku Zaila tersenyum.

"Mestilah kenal. Ni bakal menantu Mak Long ni." kata Tengku Zaila. Nalissa yang tadinya hanya tersenyum terus mengerutkan keningnya. Manakala Daniela sekadar diam, tersengih kekok.

"Bakal menantu?" Nalissa memandang Daniela. "Jangan cakap you ni girlfriend Zach?"

Daniela pantas menggeleng. "No!"

Nalissa makin mengerutkan keningnya. Riak wajahnya jelas menunjukkan dia ingin tahu. Wajah Tengku Zaila dipandang. "Then siapa?"

Tengku Zaila tersenyum. "Daniela ni bakal isteri Zayden."

Mata Nalissa membulat besar. "What?!"

"Mama.."

Serentak itu, mereka bertiga menoleh kepada Zayden yang baru sahaja melangkah masuk dengan plastik yang berisi makanan. Nalissa memandangnya. "You.." Jarinya lurus menuding kepada jejaka itu. "You tak cakap pun you couple dengan Daniela Arielya and dah nak kahwin dah pun!"

Zayden memandang Tengku Zaila. Gosh. Mama!

"I memang nak bagitau you tapi, you baru je balik kan. So I plan nak bagitau you lepas dinner nanti." dalih Zayden. Daniela jongket kening bila mata jejaka itu memanah ke arahnya. Zayden meletakkan plastik di tangannya di atas meja dan lengan Daniela diatriknya untuk berdiri dekat dengannya. "Well, meet my future wife, Daniela Arielya. And Daniela, this is my beloved cousin, Tengku Eira Nalissa."

Cinta Untuk Dia ✔Where stories live. Discover now