21; Fakta Tentang Depression

124 21 2
                                    

Artikel ditulis oleh: Dari Sudut Psikologi JJSM

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Artikel ditulis oleh: Dari Sudut Psikologi JJSM


BEBERAPA FAKTA YANG ANDA HARUS KETAHUI MENGENAI KEMURUNGAN (DEPRESSION)

Kemurungan adalah penyakit yang sangat nyata dan boleh dirawat. Memahami fakta mengenai kemurungan boleh menyelamatkan nyawa. Berikut adalah 7 perkara yang perlu diketahui oleh semua orang.

1⃣ Depression Doesn't Always Have a "Good" Reason.

Kadang-kadang orang menjadi tertekan kerana alasan alasan tertentu seperti kehilangan pekerjaan atau kawan rapat mereka meninggal dunia, tetapi dengan kemurungan klinikal (clinical depression), tidak semestinya ada alasan untuk merasakan perasaan anda. Bahan kimia di dalam otak yang bertanggungjawab untuk kawalan mood mungkin tidak seimbang menyebabkan anda terasa tertekan walaupun segala-galanya dalam hidup anda berjalan lancar.

2⃣ Terdapat Banyak Perkara Yang Boleh Menyebabkan Kemurungan.

Punca-punca kemurungan tidak difahami sepenuhnya, namun dipercayai bahawa penjelasan terbaik adalah mungkin disebabkan kombinasi faktor genetik dan faktor persekitaran tertentu yang dapat bertindak sebagai pencetus.

3⃣ Kemurungan Lebih Daripada Kesedihan Biasa.

Kesedihan merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia iaitu tindak balas semula jadi terhadap sesuatu keadaan yang menyakitkan. Kita semua pernah mengalami kesedihan pada satu ketika dalam kehidupan kita. Manakala kemurungan adalah penyakit fizikal yang mempunyai banyak gejala dan bukan sekadar "bad mood."

4⃣ Children Are Not Immune to Depression.

Walaupun kanak-kanak tidak mengalami masalah yang sama seperti orang dewasa, seperti tekanan kerja atau tekanan kewangan, ini tidak bermakna mereka tidak boleh menjadi tertekan. Kanak-kanak membawa tekanan tersendiri yang unik, seperti buli dan perjuangan untuk penerimaan rakan sebaya (bullying and the struggle for peer acceptance).

5⃣ Kemurungan Adakah Penyakit Nyata (Depression is a real illness).

Anda tidak lemah atau gila. Kemurungan adalah penyakit sebenar dimana saintis percaya ia disebabkan oleh ketidakseimbangan bahan kimia tertentu di dalam otak anda yang dipanggil neurotransmitter. Neurotransmitter ini dianggap memainkan peranan penting dalam mengatur mood anda serta terlibat dalam banyak fungsi lain di seluruh badan anda.

6⃣ Kemurungan Boleh Dirawat.

Anda tidak perlu menderita jika anda mengalami kemurungan. Terdapat beberapa pilihan rawatan yang sangat berkesan untuk anda, termasuk ubat-ubatan dan psikoterapi. Di samping itu, terdapat rawatan baru yang senantiasa dibangunkan sepanjang masa dimana ia terbukti berkesan dalam kes-kes di mana rawatan lain telah gagal.

7⃣ Kemurungan yang Tidak Diubati Selalunya Menjadi Punca Bunuh Diri.

Diagnosis dan rawatan yang betul terhadap kemurungan adalah sangat penting dalam mencegah bunuh diri. Mengikut sumber kajian, mereka yang membunuh diri menderita sejenis penyakit mental. Dan, kebanyakan orang ini mempunyai kemurungan yang sama ada tidak didiagnosis, tidak dirawat atau tidak dipedulikan.

🙋When dealing with depression, it's important to remember you are not alone. Find more about depression causes, symptoms, treatments, and more in order for you to understand what depression is all about. Everyone deserves to have a better life. ❤

[C] KOPI DAN PASTAWhere stories live. Discover now