07; Depressive Psychosis

248 30 4
                                    

Sumber: Malaysian Mental Care Association

Apa itu Depressive Psychosis? Apa kaitan Depression dan Bunuh Diri? Adakah kesemua mereka yang membunuh diri sudah tiada kekuatan iman?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Apa itu Depressive Psychosis?
Apa kaitan Depression dan Bunuh Diri?
Adakah kesemua mereka yang membunuh diri sudah tiada kekuatan iman?

Depressive Psychosis adalah apabila seseorang penghidap Major Depressive Disorder mengalami keadaan di mana dia mendengar suara, nampak sesuatu, bau dan mempercayai sesuatu yang tak wujud. Depressive Psychosis adalah sangat berbahaya kerana keadaan ini akan membuatkan pesakit berada dalam keadaan delusional (mempercayai dan fikirkan benda yang tak wujud) dan mampu membuatkan mereka membunuh diri.

Sesetengah masyarakat terkeliru dalam hal ini. Ada yang beranggapan semua perkara yang mereka nampak, dengar dan bau itu adalah gangguan jin. Tidak dinafikan ada ketikanya memang benar-benar makhluk halus yang mengganggu. Tetapi apabila sudah dirawat mengikut kaedah alternatif dan tidak berkesan, seeloknya cuba dapatkan rawatan moden pula.

Seseorang yang mengalami delusional mungkin akan mendapat beberapa jenis hallucination. Antaranya hallucination yang paling kerap dikaitkan dengan Depressive Psychosis adalah :

1) Visual Hallucination
- Nampak benda-benda yang tak wujud. Contohnya nampak arwah ibunya yang sudah lama mati di depan rumah dan berbual dengannya. Ada juga yang nampak seperti ada orang ingin menyerangnya.

2) Auditory Hallucination
- Mendengar suara atau bunyi yang tak wujud. Contohnya mendengar orang berbual dan sedang mengutuknya. Ada juga yang menyuruh pesakit menyerang orang, buat itu ini dan akhir sekali membunuh diri.

3) Olfactory Hallucination
- Bau perkara yang tak wujud. Contohnya dia terbau sesuatu terbakar di dalam rumah, terbau wangian yang pernah dipakai arwah isterinya dan lain-lain.

Kesemua hallucination ini berlaku kerana terdapat gangguan pada fungsi atau fisiologi otak seseorang. Kesemua hallucination ini juga akan mencetuskan delusional iaitu mempercayai sesuatu yang tidak wujud. Delusional datang dalam pelbagai bentuk. Kebiasannya ia adalah dari igauan dan perkara-perkara yang ditakuti oleh pesakit sendiri. Apabila berlaku delusional, fungsi atau sistem otak, emosi, kewarasan akal sudah tidak mampu dikawal oleh pesakit. Kebolehan berfikir seseorang itu akan menurun dan kebolehan mereka membuat keputusan juga turut terganggu.

Ini adalah antara punca mereka terdetik untuk membunuh diri, mereka tidak mampu mengawal pertimbangan dan otak mereka gagal membuat keputusan yang tepat.

Jangan pandang rendah pada Major Depressive Disorder. Ia adalah penyakit mental yang paling banyak dilaporkan di Malaysia dan penyumbang utama kepada kes bunuh diri. Sekiranya anda mempunyai sahabat atau ahli keluarga yang menghidap MDD, pastikan anda tahu tahap keterukannya dan sentiasa cakna dengan perkembangan mereka.

Mari sama-sama kita mencegah BUNUH DIRI.

#MeCare
#SuicidePrevention
#MalaysianMentalCareAssocation

[C] KOPI DAN PASTAWhere stories live. Discover now