42; Sifilis

70 4 0
                                    

Artikel ditulis oleh: Dr

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Artikel ditulis oleh: Dr. Erna Nadia


Apakah sifilis?

Sejenis penyakit kelamin yang merebak melalui hubungan seksual dengan seseorang yang dijangkiti sifilis samada secara oral, vagina, anus atau boleh juga melalui perkongsian jarum.

Penyakit berjangkit ini adalah merbahaya dan boleh membawa maut.

Sifilis adalah disebabkan oleh bakteria yang bernama treponema pallidum

Encik err puan, treponema ini tidak boleh hidup lama di persekitaran luar atau suhu bilik, ianya akan musnah. Ianya hanya boleh membiak dan disebarkan melalui cecair badan manusia seperti darah, air mani, cecair dari wanita.

Sifilis tidak boleh merebak melalui perkongsian tandas, tuala, berus gigi, tab mandi, perkakas makanan, tombol pintu yada yada yada.
Kan dah cakap ia akan musnah di persekitaran luar.

Adakah sifilis boleh berjangkit kepada ibu mengandung?

Boleh.
Ibu-ibu mengandung perlu lebih berhati-hati kerana bakteria ini boleh berjangkit kepada bayi di dalam kandungan dan menyebabkan komplikasi merbahaya dan kematian di awal kandungan.

Bagaimana ibu mengandung boleh dijangkiti sedangkan sudah diperiksa sewaktu daftar mengandung?

Jika ibu mengandung atau suami ada mengadakan hubungan seksual dengan pasangan lain, mereka boleh terjangkit dari individu berkenaan.
Sifilis boleh bergerak merentasi darah ke dalam salur darah bayi dan boleh menyebabkan pelbagai komplikasi seperti cacat anggota badan dan organ, tumbesaran terbantut dan kematian semasa di dalam kandungan.

Tanda-tanda sifilis?

Adakah penyakit ini boleh dirawat?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Adakah penyakit ini boleh dirawat?

Insha Allah boleh jika pesakit mendapatkan rawatan awal di klinik atau hospital bertauliah.

Apakah rawatan untuk sifilis?

Jika penyakit disebabkan oleh bakteria, rawatannya adalah antibiotik.
Sejenis antibiotik dari kumpulan penicillin biasanya digunakan untuk merawat dan melawan treponema ini.

Adakah apa-apa supplemen atau vitamin atau jus boleh digunakan untuk merawat?

Tidak ada.
Malah tidak ada apa apa krim atau minyak untuk menumpaskan bakteria ini.
Jadi, sila jangan tertipu dan membazir ya.

Bayar RM1 dan dapatkan pemeriksaan dan rawatan yang betul di klinik atau hospital berhampiran anda.

Ingat, jauhi zina.

Sebab tu Allah kata maksiat dan zina itu haram. Untuk elakkan penyakit penyakit kelamin beginilah.

Setialah pada yang satu (ewah ewahh).

Penyakit kelamin ini biasanya berlaku pada individu yang suka melakukan hubungan seks dengan entah sesiapa dan seronok bertukar-tukar pasangan terutamanya yang suka melakukan hubungan sejenis. Bahaya dan berdosa.

Kita bukan tahu sesiapa ada masalah atau penyakit berjangkit.

Jadi, jauhi zina dan seks rambang.
Jauhkan diri dari arak dan dadah kerana memabukkan dan mengkhayalkan. Kita tidak tahu apa yang kita boleh atau akan lakukan jika otak kita tidak waras (di bawah pengaruh dadah, alkohol, ganja yada yada yada).

Sebab itu sebelum kahwin dan semasa daftar mengandung, kami akan periksa status penyakit kelamin dan HIV seseorang. Bakteria ini boleh hidup di dalam badan seseorang selama bertahun tahun tanpa menimbulkan sebarang gejala.

Jika ada terdapat ruam atau ulser yang pelik di bahagian mulut, bibir, zakar, bibir faraj, anus, tolong ke klinik atau hospital dengan segera. Jangan bertangguh.

Ingat ya, kalau ada rasa tak kena pada tubuh badan, tak perlu bertanya di whatsapp atau media sosial, dapatkan rawatan yang betul

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ingat ya, kalau ada rasa tak kena pada tubuh badan, tak perlu bertanya di whatsapp atau media sosial, dapatkan rawatan yang betul.

Nota kaki : Ingatlah yang Allah sentiasa memerhatikan tindak tanduk kita hatta niat sekalipun Allah dah boleh tahu. Jangan yang di kiri kanan kita ada malaikat yang sentiasa mencatat setiap amalan dan tabiat✌️

Dr. Erna Nadia
(Penyakit kelamin seperti sifilis boleh meningkatkan 50% risiko untuk mendapat HIV dan Aids kerana keduanya juga berjangkit melalui cecair badan. Be extra careful😊)

[C] KOPI DAN PASTAWhere stories live. Discover now