52: Body Dismorphic Disorder (BDD)

47 6 0
                                    

Artikel ditulis oleh: Dr

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Artikel ditulis oleh: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Kesihatan dan Perubatan

Ramai orang selalu rasa dirinya tak sempurna, terutamanya dari aspek fizikal. Rasa muka dia bulat sangat, hidung dia penyek, leher dia pendek, kulit dia bercapuk, dan sebagainya.

Tahu tak? Jika kita risau tentang penampilan fizikal kita secara berlebihan, ia boleh mengundang kepada satu masalah kesihatan mental yang digelar Body Dysmorphic Disorder (BDD).

BDD adalah satu keadaan di mana seseorang itu mempercayai bahawa terdapat kecacatan atau kekurangan pada tubuh badannya, tetapi tidak dianggap begitu oleh orang lain.

Apa punca BDD?

Faktor utamanya masih belum dikenalpasti. Diketahui  bahawa ia melibatkan pelbagai faktor antaranya biologi, psikologi dan sosial.

Terdapat juga kajian menunjukkan teknologi  aplikasi manipulasi foto untuk merubah wajah turut menyumbang kepada kejadian BDD ini.

Contohnya: filter foto untuk memuluskan kulit, menguruskan muka, memancungkan hidung, membesarkan mata, mencerahkan kulit, dsb.

la boleh menyebabkan seseorang merasakan dirinya tidak sempurna dan ingin kesempurnaan seperti dalam foto manipulasi itu.

Apa gejala BDD?

Seseorang berkemungkinan menghidap BDD jika orang tersebut memiliki gejala-gejala berikut:

◾Menghabiskan banyak masa untuk melihat wajah dan tubuhnya di cermin serta menyunting gambar dirinya.

◾Merasakan ada bahagian tubuh yang dianggapnya cacat, dan sentiasa cuba menutupi bahagian tubuh tersebut.

◾Kerap bertanya orang lain tentang bahagian tubuhnya yang dianggap cacat itu, untuk pastikan ia OK atau tak.

Apakah kesan BDD ini?

◾Ia mengganggu keyakinan diri, dan menjejaskan aktiviti pergaulan sosial.

◾Menjejas konsentrasi pembelajaran dan pekerjaan, serta mengganggu produktiviti.

◾Cenderung mencuba produk dan prosedur kecantikan yang berbahaya.

◾Cenderung mengamalkan pemakanan yang ekstrim dan tidak sihat.

◾Cenderung jalani pembedahan kosmetik berulang kali tanpa ada keperluan.

◾Menyumbang kepada berlakunya kemurungan, keresahan dan tingkah laku bunuh diri.

Apa rawatan BDD?

BDD boleh dirawat dengan terapi
(cognitive behavioral therapy) atau/dan ubat psikotropik. Anda boleh mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan di fasiliti kesihatan atau perkhidmatan psikiatri yang berhampiran.

Pencegahan BDD
◾Terima bentuk tubuh seadanya.
◾Kurangkan sunting foto diri
◾Amalkan gaya hidup sihat
◾Elakkan "body shaming"

OK, semoga bermanfaat!

[C] KOPI DAN PASTAWhere stories live. Discover now