24; Comfort Food?

93 13 0
                                    

Artikel ditulis oleh: LAMAN MINDA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Artikel ditulis oleh: LAMAN MINDA

Ramai antara kita bila stress sahaja akan mula makan dan makan dan makan. Dan makanan yang dipilih itu pula selalunya adalah makanan yang kurang sihat dan tinggi kandungan gula serta karbohidrat. Ini kerana otak kita ketagih dengan makanan sebegini bila ia bekerja lebih dari biasa.

Bila dah makan banyak, makin stress pula kerana berat badan naik. Nak turun bukan senang. setahun nak dapat sekilo turun pun azab. Tapi kalau naik, macam tak boleh berhenti. Mencanak-canak.

Jadi bagaimana kita nak buat jika kita stress dan mula mencari makanan yang kurang sihat ini? Izinkan saya kongsi 5 petua:

1. Jika mahu membeli stok makanan, beli ketika anda sudah kenyang. Kelaparan akan menyebabkan anda membeli secara semberono dan akhirnya stok makanan anda dipenuhi dengan benda yang tak perlu, tak sihat dan membazir

2. Makan secara perlahan-lahan. Ikut sunnah. Dengan cara ini ia membantu otak kita mengenalpasti rasa kenyang dengan lebih mudah. Rasa dah puas makan itu diberitahu oleh hormon leptin (satiety hormone) dan dikatakan bahawa ia bertindak dalam tempoh 20 minit dari masa mula makan. Makan laju mengakibatkan orang makan lebih banyak dari sepatutnya. Dalam 20 minit, mungkin anda boleh habiskan 2-3 pinggan kalau laju-laju

3. Bila kita lapar, hormon ghrelin (hormon lapar)akan dirembeskan dan ia akan berhenti dirembes bila perut mula dipenuhi tidak kisahlah dengan apa sekalipun. Jadi masukkan sayur dan buah dulu sebelum benda yang lain. Konsep suku-suku separuh oleh KKM boleh digunakan. Habiskan yang separuh (buah dan sayur) tu dulu dan mungkin boleh ulang lagi separuh tu

4. Balik kampung, minta tolong mak atau ayah untuk masakkan makanan kegemaran kita masa kecil dulu. Ucapkan terima kasih dan nikmati makanan itu sebagaimana dulu-dulu.

5. Jaga tidur anda

Oh ye. Hormon leptin menjadi kurang berkesan (resistant) apabila berat badan semakin naik. Jadi, tidak hairanlah makin sukar kita mahu menjaga makan

[C] KOPI DAN PASTAWhere stories live. Discover now