31; Kolagen

100 7 0
                                    

Gambar dan artikel oleh: Dr

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Gambar dan artikel oleh: Dr. Erna Nadia

KOLAGEN

Perkataan  kolagen adalah berasal daripada bahasa Greek 'kolla' yang membawa maksud gam.
(kolla bukan koka kola ok)

Kolagen adalah sejenis protein di dalam tubuh badan kita. Boleh dikatakan ianya membentuk 30% daripada jumlah protein.

Ianya bertindak seperti gam yang memegang  tulang, kulit, otot, tendon dan boleh dijumpai dengan banyaknya di organ badan seperti  kornea, gigi dan salur darah.

Jadi, penting ke kolagen ni?

Amat penting!
Jika 'gam' ini tiada, kebanyakkan organ badan akan menjadi lemah.

Ada 16 jenis kolagen di dalam badan kita tetapi yang terpenting adalah 4 jenis iaitu:

1. Jenis 1
Membentuk 90% kolagen badan. Diperbuat daripada fiber yang padat. Ianya memberikan 'gam' kepada kulit, tulang, tendon, gigi dan tisu penghubung.

2. Jenis 2
Diperbuat daripada fiber yang lebih renggang dan biasanya dijumpai di bahagian sendi.

3. Jenis 3
Jenis ini berfungsi untuk menyokong struktur otot, organ badan dan salur darah.

4. Jenis 4
Berfungsi sebagai penapis dan biasanya dijumpai di antara lapisan kulit.

Semakin meningkat umur kita, badan kita akan semakin berkurangan menghasilkan kolagen. Kualiti kolagen juga berkurangan dengan peningkatan usia.

Terutamanya wanita.
Selepas menopause, penghasilan kolagen akan semakin lemah.

Tanda utama yang kita boleh tahu bilamana kolagen menjadi kurang berkualiti adalah apabila kulit menjadi kurang anjal dan mula ada kedutan.

Semua kolagen bermula daripada pro-kolagen.

Badan kita menghasilkan pro-kolagen dengan menggabungkan 2 jenis asid amino iaitu glycine dan protein.

Saya terangkan di dalam gambar tentang nutrisi dan tabiat yang boleh mempengaruhi penghasilan kolagen di dalam badan😊

Penghasilan makanan yang paling baik untuk sumber kolagen adalah bone brooth (sup tulang).

Rebuskan sahaja tulang-tulang ayam atau lembu atau kambing, tak perlu garam yang banyak pun kerana tulang sudah mempunyai rasa yang sedap.

Jadi, berkesankah minuman yang kononnya mempunyai kolagen ini?

Haruslah tidak.

Kopi kolagen, susu kolagen, jus jus kolagen semuanya tinggi kandungan gulanya. Kononnya manis itu dari madu tapi sebenarnya gula.

Jangan tertipu bila ada produk mengatakan menggunakan madu. Ada beza rasa madu asli dan madu tipu.

Gula yang tinggi merencatkan penghasilan kolagen.

Kopi campur kolagen? Lagi mengarut.
Kaffein akan mengurangkan lagi penghasilan kolagen di dalam badan.

Betulkah ada krim yang mengandungi kolagen boleh mengurangkan kedutan?

Ada.

Tapi bukan krim lambakan.
Ianya adalah krim berkualiti tinggi yang memerlukan kajian mendalam. Bukan longgokan pasar malam atau toko-toko jamu.

Krim yang mengandungi bahan seperti retinol, alpha hydroxy acid, peptide, resveratinol, anti oxidant (beta carotene, lycopene, selenium) adalah bagus tetapi tiada kajian saintifik mengatakan ianya boleh mengembalikan keanjalan kulit.

Krim hanya membantu mengurangkan kedutan kulit tetapi bukan keanjalan kuli.

Molekul kolagen adalah terlalu halus.

Krim atau serum adalah bermolekul besar dan sudah tentulah kegunaannya hanyalah untuk bahagian luar kulit sahaja.

Perlu diingat bahawa, keadaan bawah kulit adalah sama penting dengan atas kulit.

Jadi, perlukah sun blocked?

Perlu dan wajib.

Atmosfera kita semakin menipis dan sinaran uv semakin kuat untuk kulit kita.
Setiap hari wajib apply sun blocked ok. Lagi-lagi yang selalu terdedah kepada sinaran matahari yang terik.

Tambahan pula, kulit kita semakin menipis dengan peningkatan umur.

Rawatan untuk penuaan bagi menghilangkan/mengurangkan kedutan hanya boleh dilakukan oleh pakar kulit yang bertauliah sahaja.

Biasanya berbentuk suntikan (filler). Itupun ianya bukanlah untuk jangka masa yang lama.

Kolagen dalam badan kita akan berkurangan juga seiring dengan peningkatan usia.

Tidak ada kajian tentang penggunaan makanan tambahan untuk kolagen. Ianya cuma lebih kepada placebo effect sahaja.

Supplemen yang tinggi kolagen juga bukan boleh dihasilkan melalui kilang biasa.

Ianya memerlukan kajian rapi dan berjuta ringgit. Bukan kilang yang boleh hasilkan 1001 jenis produk dengan bahan yang lebih kurang sama.

Ada juga supplemen untuk sendi sendi, ianya boleh membantu menambah dan membaiki sel-sel dan anda wajib berbincang dengan doktor yang merawat anda. Jangan main beli sahaja ok.

Jadi, anda rasa tertipu dengan produk yang mengaku bahannya ada kolagen?

Ya, anda memang sudah tertipu.

Tahukah anda kandungan kolagen di dalam makanan seharian seperti sup tulang adalah sama sahaja dengan supplemen mahal? Semuanya bersumberkan protein yang akhirnya akan dipecahkan menjadi asid amino.

Ada yang kata alaa dari makan makanan biasa yang ada garam gula dan minyak, baik makan supplemen yang tak ada minyak garam dan gula.
Inilah kita katakan perbandingan yang tak bijak.

Kenapa kena letak garam gula dan minyak yang banyak bila masak? Kawallah apa yang kita makan.

Jika kita makan macam jebon, badan pun akan jadi macam jebon.

Dan tahukah kandungan di dalam makanan tambahan lagi merbahaya kerana ada bahan kimia lain? Tambah pula makanan tambahan yang tiada kajian spesifik, entah apa yang dicampur.

Janganlah bandingkan makanan segar dengan supplemen. Sudah tentulah yang bagus adalah yang segar.

Sebab itu saya selalu kata, dari membazir beli supplemen yang mahal, baik kita beli dan makan makanan segar yang sihat.

Perlukah vitamin C?

Jika kita boleh makanan yang fresh, kenapa perlukan yang tiruan?
Jika mahu juga, belilah di farmasi yang berdaftar, bukan yang online. Namun, tiada kajian mengatakan vitamin C membantu dalam keanjalan kulit cuma boleh membantu membekalkan sumber vitamin C sahaja.

Makan makanan yang sihat dan segar
Bersenam.
Minum air masak banyak banyak.
Amalkan ulam ulaman.
Sentiasa positif.
Hiduplah dengan gembira.

Makin tua, makin kedut itu biasa.
Kalau cucuk botox pun, lama-lama akan kedut juga.

Jika awak menemui jantung kehidupan, insha Allah awak akan menemukan kecantikan dalam segala hal, bahkan pada mata yang buta pada keindahahan. Apakah jantung kehidupan?
Tepuk dada, tanya iman😊

Nota kaki : Kesimpulan kata, supplemen mengandungi kolagen adalah placebo semata dan krim kolagen juga adalah bersifat sementara✌🏻

Dr. Erna Nadia
Kecantikan hanyalah sedalam kulit, namun keburukan dan kejahatan merasuk hingga ke tulang♥️

[C] KOPI DAN PASTAWhere stories live. Discover now