56; Macam penyakit mental, tapi bukan...

20 1 0
                                    

Ditulis oleh: Dr

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ditulis oleh: Dr. Rozanizam Zakaria

      Seorang pesakit Wanita, usia awal 30-an, keluarga bawa ke kecemasan kerana berkelakuan luar dari kebiasaan. Mudah marah, mengamuk, meracau, tuduh suami curang dan ada niat jahat nak bunuh dia. Tak tidur malam dan susut berat badan. Selepas sebulan berubat sana sini, keluarga bawa ke hospital. Dirujuk ke Psikiatri kerana terlalu agressif.      Dalam wad, pemeriksaan dapati leher ada bengkak. Seperti diagak, ujian darah mendapati thyroid pada level yang tinggi. Diagnosis - hyperthyroidism, betulkan kembali thyroid, selepas seminggu, gejala semakin hilang dan pesakit kembali seperti peribadi sebelum sakit.       Antara penyakit yang selalu mimic/menyerupai penyakit mental ialah masalah thyroid. Low thyroid boleh menyebabkan gejala seakan-akan kemurungan - badan letih, hilang motivasi, pergerakan slow. High thyroid pula menyebabkan gejala seakan mania dalam bipolar - tak tidur, mudah marah, impulsif, banyak tenaga ataupun gejala anxiety - berdebar, berpeluh, gelisah. Malah ada yang alami gejala psikosis seakan schizophrenia.      Jadi rawatannya adalah betulkan kembali gangguan thyroid tu. Yang rawat adalah doktor bahagian perubatan/endokrinologi. Bukan psychiatrist atau psychologist.      Sebab itu bila ada gejala penyakit mental, kena dapatkan penilaian doktor. Jangan self-diagnose. Jangan google, tengok twitter, YouTube, TikTok, tanya kawan - terus declare "aku rasa aku ada X,Y,Z.."

[C] KOPI DAN PASTAWhere stories live. Discover now