36; Suka Cabut Rambut

112 16 2
                                    

Suka cabut rambut tanda kecelaruan emosi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Suka cabut rambut tanda kecelaruan emosi

#LAMANMINDA
#DrNadia

#letsTALK
#PsychiatryandMentalhealth

Kes 1
Saliha seorang gadis yang tampak ceria dan berkeyakinan diri, kelihatan 'trendy' tetapi seringkali menyembunyikan rambutnya dengan memakai topi atau apa sahaja perhiasan kepala.

Di sebalik imej yang ditunjukkan ramai yang tidak tahu bahawa dia menghadapi konflik dengan ibu tirinya yang suka membandingkan pencapaian akademik serta bentuk fizikal dengan adik tirinya.

Walaupun ibu tirinya tidak pernah mendera secara fizikal tetapi Saliha tahu kasih sayang ibu tiri terhadapnya  tidak sama dengan adik- beradik tirinya yang lain justeru kerinduan terhadap ibu kandungnya semakin mendalam.

Sejak berusia belasan tahun gadis ini mempunyai tabiat mencabut rambut setiap kali merasa tertekan atau keseorangan.

Pada mulanya perbuatan itu dilakukan seketika dan boleh dikawal tetapi apabila meningkat dewasa, tindak tanduk itu sudah menjadi di bawah ketara sedar sehingga dia  sukar untuk mengawalnya malah dia akan menjadi resah dan bertambah tertekan  jika cuba ‘melawan’ keinginan untuk mencabut rambut.

Keghairahannya mencabut rambut menyebabkan terdapat beberapa bahagian pada kepala yang botak, sebab itulah dia sering memakai topi atau skaf yang lain.

Kini Saliha sudah mempunyai teman lelaki dan oleh kerana risau teman lelakinya itu akan  mempersoalkan perbuatan mencabut rambutnya, dia membuat keputusan untuk mendapatkan rawatan di klinik psikiatri.

Kes 2

Salmah merupakan seorang remaja yang pendiam malah sejak ibu dan bapanya  bercerai setahun yang lalu dia mudah berasa sunyi dan sedih, emosinya juga mudah terusik.

Hari itu Salmah hadir ke klinik setelah gurunya mendapati gadis itu  menggores pergelangan tangannya dengan pisau cukur.

Setelah ditemubual, Salmah menceritakan dia mempunyai tabiat mencabut rambutnya secara berulang-ulang setiap kali berasa tertekan atau sedih.

Seperti Saliha, Salmah sukar untuk menghentikan perbuatannya itu sehingga hampir botak sebahagian daripada kepalanya malah cuba 'menggantikan' perbuatan itu dengan menggores tangan menggunakan pisau kerana malu diketawakan orang.

Kedua-dua kisah tersebut merupakan gejala kepada Trichotillomania atau Hair-Pulling Disorder iaitu sejenis gangguan mencabut rambut secara berterusan sehingga menyebabkan seseorang itu hampir botak.

Cubaan untuk menghentikan perbuatan ini amat sukar sehingga menyebabkan seseorang akan menjadi tertekan dengan perbuatan mencabut rambut secara bertalu-talu ini.

Kecelaruan trichotillomania diletakkan dalam diagnosa spektrum kecelaruan obsesif-kompulsif kerana ciri- ciri gejala tersebut yang menyerupai gejala kompulsif.

Seseorang yang mengalami trichotillomania akan mempunyai perasaan kompulsif atau satu desakan untuk mencabut rambut secara bertalu- talu dan  kebiasaannya mereka yang menghidap gejala ini akan berasa lega setelah aktiviti mencabut rambut ini dilakukan.

Ini secara tidak langsung akan menyebabkan otak menerima perbuatan ini sebagai sesuatu yang melegakan seterusnya memberikan signal kepada otak (secara di luar kawal) setiap kali penghidap mengalami situasi yang tertekan atau berasa gelisah atau mungkin apabila berada dalam keadaan bosan.

Maka gejala mencabut rambut secara bertalu- talu ini akan bertukar menjadi satu tabiat yang akhirnya sukar untuk diatasi.

Rawatan utama kepada gejala trichotillomania ini ialah gabungan psikoterapi dan ubatan yakni psikoterapi seperti terapi kognitif dan kelakuan (cognitive behaviour therapy) untuk menilai jika terdapat faktor-faktor kecelaruan kognitif atau emosi yang berkait dengan perbuatan mencabut rambut.

Melalui sesi ini, mereka yang mengalami gejala berkenaan akan diajar tentang cara mengatasi stres atau tekanan serta mencari alternatif lain selain daripada perbuatan mencabut rambut.

Jika semasa konsultasi seseorang itu juga mengalami gejala- gejala kemurungan (major depressive disorder) atau kecelaruan keresahan umum (generalized anxiety disorder) maka rawatan ubatan mungkin akan diberikan.

[C] KOPI DAN PASTAWhere stories live. Discover now