43; Hai Ubat!

82 7 0
                                    

Artikel oleh: Dr

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Artikel oleh: Dr. Nurul Syuhaida Abdul Razak

Kes 1

"Ubat makan tak?"
"Saya tak naklah makan ubat psikiatri, nanti orang tahu saya ada masalah mental."

Kes 2

"Doktor, saya dah tak nak makan ubat, tak ada effect."
"Dah berapa lama makan ubat?"
"Saya makan ubat tu 2 hari, tapi ubat tu tak berkesan pun, sama je tak ada apa pun yang berbeza."
"Dah berapa lama simptom ni ada?"
"Lama dah doktor, dah 5 tahun."

Kes 3

"Doktor ni memang ada deal dengan syarikat ubat ya, semua ubat yang doktor bagi ni akan menguntungkan syarikat ubat dan doktor pun kaya raya"
"Berapa pak cik bayar jumpa saya"
"RM 5"
"Berapa pak cik bayar untuk ***** dan *******"
"Beribu doktor"

Kerapkali ini soalan yang diajukan dan jawapan yang diberikan kenapa pesakit tidak compliance (tidak patuh pada arahan ubatan).
Jadi meh nak cerita semula.

Untuk kes 1

Aah, memang susah makan ubat hari-hari. Especially nak makan ubat psikiatri. Maklumlah, kan psikiatri. Nanti apa orang kata, apa pula jiran sebelah kata, apa pula netizen kata, apa pulak kawan facebook kata, apa pula boss kata, apa pula etc etc
Yelah kan ubat psikiatri. Mestilah orang kata.

"Apa awak rasa bila makan ubat?"
"Saya rasa sihat, fikiran clear"
"Bila tak makan?"
"Rasa bercelaru."
"Boleh kerja?"
"Tak boleh kerja, kena berhenti."
"Jadi?"
"Saya rasa kena makan, tapi saya malu."

Berhentilah stigmakan diri anda sendiri. Stigma pada diri anda sendiri itu tidak membawa apa apa makna. Tapi dengan stigma itu, anda berhenti makan ubat, dan tidak dapat bekerja dan anda stress sebab tak ada duit dan bila stress anda murung dan etc.

Beginilah, biar saya bagitau satu rahsia. Tiada siapa pun yang tahu anda makan ubat psikiatri atau apa-apa ubat kalau bukan anda yang canangkan sendiri. Kecuali mungkin ahli keluarga terdekat anda. Makan diam diam dahlah. Ubat psikiatri biasanya di makan malam hari, jadi makanlah dan tidur diam diam. Bila anda sihat sebab makan ubat, tiada siapa pun yang tahu anda sakit. Tapi kalau anda tak makan ubat dan runsing dan marah, semua orang akan tahu dan mula research pasal anda. Jadi, makanlah. Lagi satu, tak perlulah beritahu jiran jiran, facebook, instagram, makcik sebelah, mak cik bawang yang anda makan ubat. Anda makan, anda sihat tiada siapa pun tahu.

Kes 2

Aah dik, makan ubat 2 hari tu memang tak ada effect sebab dik, kau dah sakit 5 tahun dik, 2 hari dan 5 tahun perbezaannya bagai langit dan bumi. Kalau buat percentage pun memang negligible.

Meh nak beritahu, 5 tahun itu satu jangkamasa yang lama. Dan psikosis adalah toxic kepada brain. Semakin lama tidak dirawat, semakin teruk brain injury dan semakin sukar kadar kepulihan. Jadi 2 hari itu satu jangkamasa yang sangat pendek untuk kita letakkan ekspetasi kepulihan ya.

Meh nak cerita, setiap kali ubat psikiatri diberi, ia mengambil masa lebih kurang 2-3 minggu untuk dose yang diambil optimum di dalam badan.... First sign of Improvement of simptom bila level dah optimum... Bukan pulih... Improvement!. Anda makan ubat tu sehari, sikit je baru dos tu dalam badan, esok makan, sikit lagi naik, esok lagi malan sikit lagi naik.... Dalam 2-3 minggu baru capai optimum level. So, kalau hari ni makan, level dlm badan baru sikit, esok makan naik sikit lagi, esok tak makan, level tu turun dik, tak makan lagi turun lagi, kalau makan tak makan, bila level tu nak stabil?
Jadi jangan haraplah ada improvement dalam simptom kalau makan tak makan macam chipsmore...

Ha lagi satu, ubat psikiatri ni bukan macam panadol, makan sekarang kejap lagi hilanglah sakit kepala. Ini dua ubat berbeza. Makanya, ekspetasi juga harus berbeza. Satu lagi, ubat psikiatri ni: antipsikotik, mood stabilizer dan antidepression ni... hukumnya WAJIB (Tak makan berdosa😜😜😜) atas sebab yang dinyatakan di atas, pesakit saya selalunya tahu ni. Tapi ubat tidur ni hukumnya HARUS (makan boleh, tak makan tak berdosa).,
So dik, jangan marah marah doktor kalau u baru makan ubat 2 hari tp dah jumpa bomoh 2 tahun.

Kes 3

Sejujurnya, duit bayaran rm 5 tu tak dapat pun ke kami. Kalaulah dapat, klinik saya nak letak rm 200 seorang. Untung dan masyukkk... Tapi rm 5 tu pon kami tak nampak batang hidung dia. Terus dibayar ke pejabat hasil dan terus ke akaun negara. Dan duit tu digunakan untuk beli macam macam ubat. Untuk rm 5 yang dibayar tu, just nak bagitau, sebiji ubat pun ada yang berharga rm 8-rm 10. Ya SEBIJIK. Dan anda tak makan hanya sebijik, tapi at least sebulan 30 bijik. Darablah sendiri. Oh ya, injection depo juga ada yang berharga RM900 sekali cucuk tapi yelah anda bayar RM 5.

"Makcik ni dah berhabis duit dah dik, gadai tanah bawak pakcik berubat ke *******, bayar ubat ******* sebab katanya buatan orang, dulu pak cik tak macam ni, tapi tak berubah pun, dah makin teruk. Makcik datang hospital ni sebab takde duit dah doktor, meracau, nak pukul orang dengan tongkat dia, dia faham tapi tak boleh bercakap yang difahami."

Assessment dibuat, ujian darah ujian CT scan.

"Ya mak cik, memang ada 'makhluk halus' dalam otak, ada strok dalam banyak tempat dalam otak, cuba tengok gambar scan ni, semua putih putih tu 'makhluk halus',"

"Kita bagi ubat ya mak cik, untuk kawal tp bukan untuk baik mcm normal ya sebab strok ni kekal."

Sebulan berlalu...

"Ada baik sikit doktor, dia dah tak ada nak memukul orang dengan tongkat"
"Nanti kami datang buat lawatan rumah ya, jangan risau mak cik, RM 5 tu untuk semua, saya tak ambil sesen pun."

Pasal menguntungkan syarikat ubat, agenda syarikat ubat itu tidak benar sebab kami juga tidak dibayar oleh syarikat ubat. Sesen pun kami tak dapat. Gaji kami adalah apa yang termaktub dalam slip gaji dan dipersetujui masa mula mula dapat offer kerja. Lagipun, kami ada freedom of choice, kami baca journal dan buat critical appraisal untuk tengok ubat mana sesuai untuk anda, bukan sebab kami dibayar ya.

Oh ya, kami sayang anda.
Jadi makan ubat ya. 😘

#myjourney
#ourmentalhealthmatter
#fightmentalillness

[C] KOPI DAN PASTAWhere stories live. Discover now