02; Endometriosis

422 37 0
                                    

Oleh: Khairul Faizie👨‍⚕️

Apa itu Endometriosis?=====================

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Apa itu Endometriosis?
=====================

Secara mudahnya ialah penyakit yang terjadi apabila tisu yang membentuk dinding dalam rahim, turut berada di luar rahim. Tisu ini namanya Endometrium (dari nama inilah penyakit ini dipanggil Endometriosis). Tisu ini menempel/implan pada struktur di luar rahim.

Tisu endometrium yang normal di dalam rahim akan meluruhkan darah haid pada setiap bulan (atas perubahan hormon estrogen & progesteron). Malangnya, tisu endometrium di luar rahim, Endometriosis, pun akan mengalami kesan yang sama. Kalau dalam rahim, darah akan keluar secara normal (sebagai haid), tapi bila di luar rahim, darah ini akan terkumpul di kawasan mana ia berada (sebab tiada jalan keluar), dan menyebabkan keradangan (inflammation), dan keradangan ini yang datangkan simptom seperti sakit di kawasan pelvis yang teruk. Tisu sekitar endometriosis menempel pun boleh rosak.

Di mana tisu Endometriosis boleh menempel?
=============================

- Ovari
- Tiub Fallopio
- Ligamen yang menyokong rahim (uterosacral ligament)
- Lapisan /dinding sebelah luar rahim
- Ruang antara rahim & rectum (posterior cul-de-sac)
- Ruang antara rahim & pundi kencing (anterior cul-de-sac)
- Usus besar
- Pangkal rahim (cervix)
- Pundi kencing (bladder )
- Vagina

- Ovari- Tiub Fallopio- Ligamen yang menyokong rahim (uterosacral ligament)- Lapisan /dinding sebelah luar rahim- Ruang antara rahim & rectum (posterior cul-de-sac)- Ruang antara rahim & pundi kencing (anterior cul-de-sac)- Usus besar- Pangkal rah...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Apa simptom jika ada Endometriosis?

=============================

- Sakit senggugut yang teruk (Dysmenorrhea)
- Darah haid yang banyak (heavy flow)
- Sakit di kawasan pelvis
- Sakit semasa kencing/berak (ketika datang haid)
- Sakit pinggang yang teruk
- Darah dalam najis/air kencing
- Loya/muntah muntah
- Simptom gastro-usus seperti cirit/ sembelit/kembung
- Sakit semasa hubungan sex
- Tidak subur/kemandulan; 20%- 40% wanita yang tidak subur, didapati ada endometriosis.

Memang banyak simptomnya, dan tak semestinya semuanya kena ada. Ikut di mana lokasi tisu endometrium menempel. Contohnya jika menempel di usus, mungkin banyak simptom gastro- usus. Dan kadangkala, ada patient Endometriosis yang tak sedar dia ada penyakit ini (kurang simptom /tiada simptom).

*** ENDOMETRIOSIS memang boleh mengganggu kualiti hidup pesakitnya. Pesakit akan alami sakit di kawasan pelvis/abdomen yang kronik/kerap rasa keletihan/hilang mood/malahan boleh buat rasa murung (sebab sakit/atau ketidakupayaan mengandung)

Kenapa terjadinya Endometriosis?
==========================

Pakar pakar sains perubatan masih belum dapat kenalpasti punca sebenarnya, walaupun berbagai teori telah di kemukakan. Antaranya teori "haid terbalik" (retrograde menstruation), di mana darah haid mengalir terbalik ke struktur seperti ovari & tiub fallopio. Mereka yang lemah sistem imun (weak immune system) pun dikatakan sebagai punca terjadinya Endometriosis.

Faktor genetic? Mungkin main peranan sebab kajian menunjukkan mereka yang ada saudara mara terdekat yang ada Endometriosis ini, adalah berisiko setinggi 5 ke 7 kali ganda untuk dapat penyakit ini.

Faktor risiko yang mungkin juga dikaitkan dengan Endometriosis:

- Mengandung buat pertama kali pada usia 30 tahun ke atas.
- Mereka yang ada bentuk rahim yang abnormal
- Mereka yang on average alami hari haid yang panjang ( >7 hari)
- Mereka yang berkulit cerah/fair skin.

Bagaimana doktor mengesan Endometriosis?
=============================

- Pemeriksaan awal memerlukan ULTRASOUND. Ultrasound akan dapat mengenal-pasti punca lain komplen senggugut yang teruk / sakit abdomen seperti wujudnya Fibroid ataupun Ovarian Cyst.

- Ujian yang paling tepat untuk mengesan Endometriosis, ialah dengan menjalani prosedur LAPAROSCOPIC EXAM.
Prosedur ini ialah satu pembedahan kecil, di mana camera (pada alat telescopic dipanggil Laparoscope) dimasukkan melalui lubang yang ditebuk berhampiran pusat. Menerusi imej camera, doktor akan melihat struktur di sekitar kawasan pelvic, dan cuba kenal pasti tanda tanda endometriosis. Tisu abnormal yang dijumpai akan diambil dan sampel tisu ini dihantar ke makmal untuk sahkan ianya tisu endometrium atau tidak. Melalui prosedur Laparoscopic ini, bukan sahaja diagnosis Endometriosis dapat dibuat, malahan doktor boleh klasifikasikan tahap Endometriosis pesakit (minimal to severe).

 Melalui prosedur Laparoscopic ini, bukan sahaja diagnosis Endometriosis dapat dibuat, malahan doktor boleh klasifikasikan tahap Endometriosis pesakit (minimal to severe)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bagaimana Endometriosis Di Rawat?
=============================

Rawatan Endometriosis ini banyak, bergantung kepada banyak faktor seperti Umur Pesakit/Tahap Keseriusan Endometriosisnya/ Keadaan kesihatan umum pesakit/ Keupayaan badan pesakit untuk menerima rawatan/Simptom Terkini samada serius atau tidak, dan juga kena consider pesakit mahu mengandung ke tidak (sebab ada rawatan yang menyebabkan pesakit tak boleh mengandung).

Antara rawatan standard ialah:

1) Ubat tahan sakit (pain killer)

2) Ubat hormone , contohnya pil perancang keluarga/Danazol/ Gonadotrophin Releasing Hormone Antagonist.
- Rawatan hormon ini ialah untuk mengurangkan/atau hentikan hormon estrogen dalam badan (sebab hormon estrogen menggalakkan tisu endometriosis berkembang).

3) Pembedahan
Pembedahan (surgery) dilakukan untuk membuang tisu Endometriosis, dan teknik pembedahan boleh meningkatkan semula tahap kesuburan pesakit. Ada 2 pembedahan yang biasa dilakukan:

a) Laparoscopy
b) Hysterectomy

Laparoscopy:
- Sama seperti prosedur semasa untuk diagnose Endometriosis, pembedahan Laparoscopy juga boleh buang tisu endometriosis. Tisu dibuang menggunakan samada kaedah haba (heat) , atau electric current. Ovarian cyst yang terjadi sebab Endometriosis juga boleh dibuang menerusi teknik Laparoscopy ini.

Hysterectomy :
- Sekiranya pembedahan Laparoscopy gagal membuang tisu endometriosis, dan pesakit sudah berniat tidak mahu pregnant lagi, maka pembedahan membuang rahim ( Hysterectomy) boleh dipertimbangkan.
- Sekiranya ovari dikekalkan (tidak dibuang), kemungkinan simptom endometriosis berulang itu ada.
- Sekiranya rahim dan ovari dibuang, ada wanita yang perlu jalani rawatan gantian hormon (Hormone Replacement Therapy , HRT).

[C] KOPI DAN PASTAWhere stories live. Discover now