40; Lelaki Tidak Boleh Menangis?

105 5 0
                                    

Artikel oleh: Ilzanno Sharky

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Artikel oleh: Ilzanno Sharky

Apabila anda berjumpa rakan anda, lelaki di dunia realiti ini, dan soalan ringkas anda berbunyi

"Kau okay tak?"

Jika dijawab dengan tangisan (betul-betul menangis atau nampak mata dia dah mula berair), itu bermaksud seseorang itu memang dah berada dalam keadaan yang amat teruk.

Tetapi, mengapa saya tekankan kepada 'lelaki' sahaja, apa kalau perempuan berbeza ke? Jawapan saya, ya berbeza. Daripada cara dibesarkan daripada kecil di mana lelaki perlu kuat, lelaki tak boleh menangis, lelaki tak patut mendedahkan emosi dan lelaki harus lebih kuat daripada wanita sehinggalah persepsi masyarakat, terdapat perbezaan diantara lelaki dan wanita (TIDAK SEMUA TETAPI KEBANYAKKAN).

Apa signifikannya? Signifikannya adalah statistik. Wanita lebih tinggi bilangannya daripada segi peratusan untuk diagnosis penyakit mental dan percubaan membunuh diri. Walau bagaimanapun, lelaki lebih tinggi peratusannya dalam kematian akibat membunuh diri.

Dari satu sudut, sebenarnya statistik terhadap bilangan pesakit mental diantara lelaki dan perempuan tidak tepat. Lelaki suka memendam rasa kerana mereka mempunyai rasa malu dan lemah apabila mereka mendedahkan bahawa mereka mempunyai masalah mental, itulah kelemahan statistik ini kerana hanya jumlah orang yang mendapatkan pertolongan dan rawatan sakit mental boleh direkodkan.

Ada banyak pesakit yang 'undiagnosed' dan ada statistik menunjukkan peratusan tinggi bahawa lelaki tidak mendapatkan pertolongan dan rawatan selepas lebih setahun mereka pendam. Anda jumpalah mana-mana pakar psikiatri, dan Insha Allah, jawapan mereka sama. "Jumlah pesakit mental diantara lelaki dan perempuan ini sebenarnya sama, iaitu 50:50. Cuma, yang mendaftarkan diri untuk mendapatkan rawatan mempunyai perbezaan yang signifikan untuk lelaki dan wanita".

Adakah bermaksud lelaki lebih lemah? Di sini, tiada persoalan jantina mana lebih superior, kerana jawapannya sama sahaja. Ada perkara yang boleh dilakukan oleh lelaki dan tidak boleh dilakukan oleh perempuan dan vise versa.

Jadi, hentikan bergelak tawa apabila anda terlihat seorang lelaki dewasa (kadangkala ayah orang) menangis. Jika anda melihat perempuan menangis, anda akan ada tendensi untuk membantu, justeru, perkara yang sama harus anda lakukan terhadap lelaki. Manusia ini lain-lain. Ada yang lemah dari segi perkara lain, tetapi kuat daripada segi perkara lain.

Mental threshold mereka berbeza. Trigger mereka berbeza. Jantina bukanlah satu cara yang baik untuk membandingkan kekuatan mental seseorang itu. Jadi, itulah sebab bidang psikiatri ini rumit dan salah satu peperiksaan untuk menjadi pakar, seperti MRCPsych merupakan salah satu peperiksaan yang amat sukar, setaraf dengan MRCP, MRCS/FRCS etc.

Jadi, hentikan gelak tawa anda. Hentikan memberi nasihat yang tidak boleh dipakai. Assess betul-betul sebelum anda bercakap tak tahu, tak yakin, tak cukup ilmu atau tak ada pengalaman, jadi, anda perlu diam atau berbual tentang perkara lain. Ini adalah penyakit, dan ini bukannya soal main-main.

Bayangkan kes yang betul di mana si isteri seringkali mengejek suaminya yang dikatakan lemah daripada segi mental. Penghujungnya, si suami nekad terjun bangunan 22 tingkat. Selepas kematian si lelaki, si isteri berkabung, dan hujungnya mendapat penyakit yang sama. Post-partum depression untuk anak pertama, 2 bulan selepas kematian si suami. Anak yang berusia tak sampai sebulan itu dilemaskan sebelum si isteri menggores lehernya sendiri menggunakan box-cutter.

Ya, kes tersebut bukan drama, bukan sandiwara dan bukan Hollywood. Kes tersebut benar-benar berlaku. Tambahkan pengetahuan anda, jika anda seorang pesakit, anda harus merajinkan diri untuk menimba ilmu mengenai penyakit anda supaya satu hari nanti, anda bukan sahaja boleh membantu orang lain, malah, anda boleh membantu diri anda sendiri.

Stay strong. Kalau defeated, it doesn't mean that you have fail. I myself have fail more than a dozen time already. Rise up. What doesn't kill you make you stronger.

PS - Any friend/family who said men don't cry or a man, showing his emotion to other people is not a gentleman but a pussy will not going to be there when you need them the most.

[C] KOPI DAN PASTAWhere stories live. Discover now