PROLOG

651 49 0
                                    

KRIIINNGGG !!

"Bye semua. Jumpa Isnin nanti!" Aku melambai ke arah Zahra dan Geena. Sepanjang aku belajar kat sini, Milkyway Highschool, Zahra Riesya dan Park Jihyo atau aku panggil dia, Geena, yang menajdi peneman aku.

"Bye!" Zahra dan Geen membalas lambaian aku serentak. Sebelum hilang dari pandangan.

Aku berjalan pulang ke rumah. Nametag yang tertulis 'Arina Nadhirah' pada bajuku aku cabut. Ikut laluan lainlah hari ni!

Aku membelok ke kiri. Biasanya, aku akan belok kanan. Entah kenala hari ni rasa nak balik ikut laluan lain.

Aku berjalan dengan gembiranya sebelum aku tiba di satu oorong yang .......
Murung.

Tanahnya kering. Takde pokok langsung. Sunyi je. Rumput pun takde. Sesuatu menarik perhatian aku. Aku melangkah ke arah benda tu.

Aku mencangkung di depannya sebelum sekuntuk bunga yang dah layu dicapai.

"Ala... dah mati."

Aku meletakkan semula bunga tu di atas tanah sebelum air mataku menitis di atasnya.
Aku memang macam ni. Cepat tersentuh kalau tengok hidupan mati. Mesti nak nangis. Apa pun yang aku buat, tak ada apa yang boleh hidupkan balik hidupan-hidupan ni.

Aku berdiri dan memandang bunga tu. Baru aku nak jalan, bunga tu keluarkan cahaya. Aku menutup mataku kerana silau. Silau teruk kot.

Seketika kemudian, aku membuka semula mata. Terkejut bukan kepalang apabila tanah yang tadi langsung takde pokok, ada banyak gila pokok-pokok bunga. Pokok herba pun ada!

Aku memandang sekeliling. Siapa yang buat ni? Cepatnya dia tanam!

Aku tercari-cari bunga yang dah mati tadi, tapi yang ada depan mata aku sekarang ni, Sekuntum bunga yang mekar. Segar macam baru tumbuh. Jap, apa yang dah jadi?

"HANTUUUUUUUU!!!!!"

Aku berlari sepantas yang mampu. Seram tak terkata. Apa kau rasa kalau benda ni jadi kat kau?

Setibanya di rumah, cepat-ceoat aku lari masuk dalam bilik dan menyorok dalam bilik.

"Arina! Kamu okay ke tak?"

Suara makcik bertanyakan keadaan aku berselang-seli dengan bunyi ketukan pintu.

"A--Arina okay !" balasku serentak bunyi ketukan pintu berhenti.

Apa dah jadi ni?

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Aku membuka suis televisyen dalam bilik aku. Aku menukar-nukar siaran sehingga satu siaran menarik perhatian aku.

"Berita Tergempar! Jalan Petani yang dulunya tidak beekehidupan ditemui kaya dengan pelbagai jenis pokok herba dan bunga-bungaan yang tumbuh subur di situ. Orang terakhir yang dilihat berada di jalan itu sebelum kejadian ajaib ini ialah seorang pelajar Milkyway Highschool, Arina Nadhirah. Pelajar yang berumur 18 tahun ini dilihat memegang sekuntum bunga yang telah mati dibtepi jalan tersebut sebelum jalan itu ditumbuhi pelbagai jenis tumbuhan. Para saintis juha tidak dapat mentafsirkan perkara ini secara tidak langsung membuatkan Arina Nadhirah dikehendaki oleh kebanyakan pihak--"

Gambarku terpapar pada skrin televisyen sebelum video aku berada di jalan itu dimainkan.
Aku terlopong. Ada orang nampak ?! macam mana ni ?!
Kalau aku kena tangkap macam mana?

Mama... Tolong Arina..

[ C ] The Unhidden Six ✓Where stories live. Discover now