"RyuNa ?!" jerit Alya Irdina terkejut.
"Oh ! Kenal ke ? Ingat tak kenal aku" ujar RyuNa sambik mengangkat wajahnya.
Wajah pucatnya masih cuba disembunyikan.
"Tch. Still in pain, right ?" Alya Irdina berdecit dan membalas sinis .
RyuNa hanya menayang wajah tenang. Langsung tidak terkesan dengan kata-kata sinis daripada Alya Irdina.
RyuNa mengeluarkan bebola ais, terapung di atas tapak tangannya.
"Ready for your death ?" soal RyuNa sinis.
" Bring it on ! " ujar Alya tanpa gentar.
RyuNa membaling bebola aisnya ke arah Alya.
Tiba-tiba, Alya hilang sekaligus mengelak daripada serangan RyuNa tadi.
Dia menoleh ke kiri dan ke kanan, mencari Alya. Satu tolakan kuat menolaknya sehingga ke dinding pintu gerbang Space Secret Base.
Dinding itu pecah dan hampir jatuh menghempap RyuNa. Mujur dia sempat melarikan diri.
Runtuhan tiba-tiba itu mengejutkan semua yang sedang berlawan menyebabkan masing-masing berhenti berlawan .
Arden juga berhenti(?) memberhentikan masa Zahra. Semua terpaku.
Rosé dan Naeun yang memerhati perlawanan mereka melalui CCTV SSB turut terkejut.
" Itu mesti Alya Irdina" ujar Naeun .
"Tapi dia lawan dengan siapa?" soal Rosé.
Naeun melihat paparan daripada kamera CCTV pada skrin di hadapannya dengan lebih teliti.
"RyuNa?"
Mendengar nama yang disebut Naeun, Rosé mencapai sarung tangannya.
" Nak pergi mana ?" soal Naeun.
"Turun padang" balas Rosé ringkas sebelum melangkah keluar dengan pantas.
•••••••
RyuNa bangkit dari duduknya. Kepalanya terasa pening.
Alya berdiri di hadapannya.
" Awalnya dah nak mati" ucapnya sinis.
RyuNa menyerang Alya dengan bebola api sehingga Alya terjatuh terduduk.
" Siapa yang mati awal sekarang ni?" soalnya sinis sambil memeganh perutnya menahan sakit.
"Kau " ujar Alya sinis.
Satu hentakan kuat menghentak RyuNa dari arah kanannya.
RyuNa tersandar pada sebatang pokok. Pokok tu pun hampir sahaja patah.
Dia terduduk menahan sakit.Faiz melangkah menghampirinya. RyuNa terpaku.
Faiz menyerangnya ?
RyuNa menoleh ke arah Dahyun. Dahyun sudah terbaring lemah di atas tanah. Badannya sudah dipenuhi dengan luka dan lebam di sana sini.
"Dahyun..." gumamnya perlahan. Air mata mengalir perlahan.
Faiz berdiri tegak di hadapan RyuNa yang semakin lemah tanpa berbuat apa-apa.
Alya mula melangkah mendekati RyuNa.
Dia mencangkung di hadapan RyuNa. Wajah RyuNa dicengkamnya." Seronok dapat lawan dengan kau. Tapi kau tak setanding aku."
Alya menoleh memandang Faiz sebelum Faiz mengeluarkan pedang hitam miliknya.
Alya menoleh semula ke arah RyuNa. Decitan halus dilepaskan.
YOU ARE READING
[ C ] The Unhidden Six ✓
Fantasía"Kuasa? Apa maksud kau dengan kuasa?" "Space Secret Base?" "What do you expect? Candy world?" "Em'6? Apa tu?" "Emerald Six , a group of super-savers. Kami selamatkan orang , tapi dalam diam." "Better watch out , Emerald Six has come" Dilahirkan dari...