N I N E 9

320 26 0
                                    

"Now, I would like to welcome. Our star today, Arina Nadhirah!"

Suara Rosé bergema di setiap inci Assembly Hall. Arina melangkah naik ke atas pentas apabila menyedari namanya dipanggil.

Di atas pentas, dia berdiri di hadapan Rudy dan Rosé. Rosé memandangnya dengan senyuman manis. Senyuman dibalas.

"Arina, repeat after me."

Arina mengangguk, tanda memahami.

"I, say your name.."

"I, Arina Nadhirah.."

"Will never betray the family of Space Secret Base"

Arina mengulangi ayat itu. Serentak, seisi dewan bingit dengan bunyi tepukan dari semua staf yang berpakaian serba putih.

Arina tersenyum.

"Pusing belakang dan selak rambut kau" arah Rudy tanpa senyuman.

Arina hanya menurut. Rambutnya diselak sehingga menampakkan leher putih miliknya.

Rudy melangkah mendekati Arina. Cop yang tertulis 𝕰𝖒'6 ditekapkan ke belakang leher Arina.

"Cop ni akan hilang sendiri kalau kau khianati kami" ujar Rosé.

"So, never betrays us" sambung Rudy mendatar.

Arina memandang Rudy. Mata mereka bertembung.

Rudy mengalihkan pandangannya sebelum melangkah ke meja V.V.I.P bersama ahlinya yang lain. Telinganya memerah.

Kerusi di sebelah RyuNa didudukinya.

Arina menunduk.

"Apa kena dengan aku ni?" monolognya sendiri.

"Okay, Itu sahaja. Let's move to our last session which is the dining session. Bon appétit!"

Rosé melangkah ke arah Arina yang termenung sendirian.

"Hey. Fikir apa tu.." sapanya.

Lamunan Arina terus mati. Wajah Rosé muncul dihadapannya.

"Ah.. Rosé. Tak ada apa-apa pun" balas Arina sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"If so, jomlah makan." ajak Rosé

Arina tidak membantah lalu membuntuti Rosé menuju ke arah meja V.V.I.P

"Tahniah, Arina! We are looking forward to work with you" ujar Dahyun sebaik sahaja dia menghenyakkan punggungnya di atas kerusi berhadapan dengan Rudy.

"Ah.. Terima kasih" balasnya dengan senyuman ikhlas.

"Dah.. Makan" arah Naeun.

Lalu, mereka semua menjamu selera.

Arina makan dengan penuh sopannya. Orang baru kan?

"Dahyun, nak sikit"

"Mana boleh! Kau ada kau punya kan!"

Dahyun melarikan pinggannya dari terus dicapai oleh RyuNa disebelahnya.

"Alaa... Nak cikit je.." pujuk RyuNa.

"Andwae !"

Terus RyuNa memuncungkan bibirnya.

"Nah.."

Rudy meletakkan sepotong daging ke atas pinggan milik RyuNa.

"Yeay ! Terima Kasih, Rudy ! Saayang kau~"

RyuNa memeluk tangan kanan Rudy dari tepi.

"Lepaskan kalau tak nak jadi arwah malam ni" ujar Rudy tenang.

RyuNa melepaskan pelukannya dengan senyuman riang. Walau diugut sebegitu rupa, RyuNa tetap senyum.

Baginya, Rudy hanyalah bergurau. Di luar memang nampak macam singa, tapi RyuNa tahu, ada terselit kelembutan dlaam hati Rudy.

Muka Arina memerah. Dia jadi tidak sennag duduk.

"Arina? Kau kenapa ni?" soal Zahra disebelahnya apabila menyedari sikap Arina yang tiba-tiba itu.

"Tak. Takde pape. Maaf, aku nam balik bilik dulu. Tiba-tiba rasa pening. Thanks for everything. I appreciate it very much !" ujar Arina dengan senyuman yang dibuat-buat sebelum meningglakan dewan.

"Kenapa dengan aku ni?"

TBC


[ C ] The Unhidden Six ✓Where stories live. Discover now