T H I R T E E N 13

305 26 3
                                    

Faiz menoleh.

Satu bebola api terkena badannya. Seakan-akan menyedut semua tenaga dia, dia jadi lemah.

"Lemah juga eh kau. Nak acah bagus pulak dah" perli RyuNa. Kakinya diletakkan di atas dada lelaki itu.

Faiz memandang RyuNa.

"K-kau..." ujar Faiz perlahan.

"Ha? Apa? Tak dengarlah?" RyuNa membalas.

Faiz memegang kaki RyuNa lalu ditariknya sehingga RyuNa terduduk.

Kasut butnya diketuk dua kali sebelum dia terbang pergi dari situ.

RyuNa bangun. Niat nak kejar Faiz terbantut apabila Rudy menghalangnya.

"Biar je dia dulu" ujar Rudy sambil memegang perutnya.

"Kau okay tak?" soal RyuNa melihatkan keadaan Rudy.

"Aku okay, jap-- Arina!" Rudy segera berlari ke arah Arina, Geena dan Zahra.

Ketiga-tiga mereka tak sedarkan diri.

"Arina. Woi! Jangan mati dulu woi!" Rudy mencari nadi Arina.

Masih berdenyut.

Dia mencari nadi Zahra dan Geena pula.

Masih berdenyut.

"Cepat bawa diorang balik HQ" arah Rudy.

RyuNa mengangkat Zahra manakala Dahyun mengangkat Geena dan Arina diangkat Rudy.

"I think he'd fall for Arina"

~~~

DUSH! DUSH! DUSH!

Punchbag di hadapannya di tumbuk berkali-kali. RyuNa dan Dahyun hanya memandangnya melepaskan amarahnya dari jauh.

"Bod*h!"

Rudy menumbuk punch bag itu dan di tumbukan yang terakhir, punch bag itu terkoyak dan semua pasir di dalamnya keluar.

Rudy duduk di atas sebuah bangku. Dia tertunduk. Rasa kesal menggunung dalam dirinya. Kesal kerana tak dapat menjadi ketua yang baik untuk Emerald Six.

Tangannya diteliti. Habis lebam. Dibiarkan sahaja tangannya seperti itu.

"Bak aku rawatkan"

Rudy mendongak. Rosé menghulurkan tangannya. Tangan Rosé dipandang kosong sebelum di sambut.

~~~

"Kau nak berlatih pun jangan sampai cederakan diri. Dah tiga orang cedera. Takkan nak tambah lagi?" bebel Rosé sambil menyapu minyak pada tangan Rudy.

"Lagipun, Emerald Six belum sedia nak kehilangan ketua mereka" ujar Rosé selepas siap balut tangan Rudy.

"Alya is back"

"I know" balas Rosé.

Rudy tertunduk. Air mata jantannya mengalir. Wajahnya ditekup. Esakan kecil mula kedengaran.

RyuNa dan Dahyun hanya memandangnya dari jauh. Kali pertama mereka melihat ketua mereka ni menangis.

"Geena dan Zahra pun aku tak boleh jaga. Apalagi Arina"

[ C ] The Unhidden Six ✓Where stories live. Discover now