S E V E N 7

335 27 0
                                    

"Guess Me !"

Arina menunjukkan riak wajah pelik. Teka? Siapa dia? Dia baru sahaja melangkah ke sini hari ini.

Susuk tubuh tadi hilang dari pandangannya. Arina berpusing-pusing mencari makhluk tadi.

"Siapa kau?" soal Arina berani.

Dia menggenggam penumbuk untuk mengumpulkan kekuatan.

"Aku kat sinilah!" satu suara muncul dari atas pokok.

Arina menoleh.

"Siapa kau?"

"Guess It!" ujar makhluk itu sebelum hilang.

Seketika kemudian, ia muncul semula di hadapan Arina.

Arina menjerit ketakutan.

Satu anak panah menerpa ke arah Arina. Arina menghalang mukanya menggunakan tangannya. Mata dipejam rapat.

Namun, dia tidak merasakan apa-apa. Perlahan, mata dibuka.

Sebatang pokok menghalang anak panah tersebut.

"Interesting"

Arina memandang ke belakangnya. Sesusuk tubuh gadis duduk di belakang seekor makhluk seakan-akan singa tetapi lebih besar.

"Janganlah takut.. Kau cuma perlu teka je siapa kami" uajr gadis itu sebelum menyebut sesuatu dalam bahasa yang tidak difahaminya.

Beberapa ekor ular muncul dari dalam tanah.

Arina mengundur ke belakang.

"Kau siapa?!" jerit Arina ketakutan.

"Teka. Dan kau akan selamat!" kata seorang gadis di atas pokok.

"Siapa kau ?!" soal Arina lagi.

Dia memeluk kakinya erat. Ular-ular tadi bergerak ke araahnya.

"Pergi !" Arina menghalau ular-ular itu. Sememangnya dia paling takut dengan ular.

"Just shout our name!"

"Aku tak tahu kau siapa!"

"Arina, tenang dan cuba mengenalpasti keadaan sekeliling. Buat apa yang disuruh"

Satu suara bergema ditelinganya.
Seperti suara Naeun.

"Naeun ! Saya takut !" jerit Arina.

Tiba-tiba, satu bebola ais menerpanya dan terkena pokok dibelakangnya.

"Jangan jadi lemah. Suruh teka je pun!" ujar seorang gadis lagi.

Arina memerhati sekeliling. Firasatnya terangsang.

Secara tiba-tiba, periuk kera raksasa muncul dari bawah tanah dan menelan semua ular yang cuba menyerangnya tadi.

"Kau! Zahra Riesya!" jerit Arina sambil menunjuk ke arah gadis yang berada di atas makhluk di hadapannya.

Serentak, wajah gadis itu berubah menjadi wajah Zahra.

"Padulah Arina!" ujarnya sebelum hilang bersama  makhluk tadi.

Arina terkejut. Tiba-tiba nama Zahra keluar dari mulutnya.

'Apa dah jadi?'

Gadis yang berada di atas pokok tadi menerpa ke arahnya bersama sebilah pedang.

Secara tiba-tiba, akar tajam seperti pedang menghalang pergerakan gadis tadi.

"Park JiHyo?" ujarnya tiba-tiba.

Serentak, wajah gadis itu berubah menjadi wajah Geena.

"Cepat gila. Tak sempat aku nak serang" Geena hilang dari pandangan.

Bebola api menerpa ke arahnya. Mujur dia sempat mengelak.

"Im RyuNa!" jeritnya sekuat hati.

"Dude,aku baru nak serang"

RyuNa hilang dari pandangan.

"Aku berjaya ? Yeay! Aku berjaya!" Arina melompat kegembiraan.

"Naeun ! Saya dah berjaya kan? Tolong bawa saya balik !" Arina menjerit sekuat hati. Berharap agar Naeun mendengarnya.

Namun, Naeun langsung tidak menjawab.

"Too early to celebrate"

Arina menoleh ke arah suara tersebut. Sesusuk tubuh tegap berdiri 5 meter di hadapannya.
Di tangan, terdapat sebilah pedang putih bertatahkan berlian biru metallic.

"Encik, siapa awak?" soal Arina sopan.

Susuk tubuh di hadapannya tidak pernah dilihat sebelum ini. Tapi entah kenapa, auranya pernah diarasai sebelum ini.

"Stop chit-chat"

Dia menyerang Arina menggunakan pedangnya.

Arina mengelak menggunakan pedang di tangannya.

Pedang ? Sejak bila ada pedang di tangan ?

Serangan demi serangan diterima. Arina kehilangan tenaga. Sudah pasti di hadapannya ini ialah seorang lelaki.

Kudratnya terlalu kuat untuk dianggap sebagai perempuan.

Wajah Rudy tiba-tiba menerpa ke dalam minda Arina.

Arina menyerang dia sehingga pedang di tangannya terlepas.

"Rudy Zapphire ?" ujar Arina teragak-agak.

Dia tertunduk sebelum ketawa kecil kedengaran.

"I really did doubted you before"

Wajahnya berubah menjadi wajah Rudy.

"Leader ? Leader join latiha  saya?" soal Arina tidak percaya.

Menurut cerita yang didengarinya, Rudy Zapphire seorang yang dingin. Lebih-lebih lagi dengan seorang newbie sepertinya.

Tidak mungkin ketuanya yang seorang ini akan turut melatih dirinya.

"You're good...."

Rudy melangkah mendekati Arina. Dagu Arina dipegang supaya memandangnya.

".... Tapi tak cukup peka"

Rudy menyepak kaki Arina sehingga dia terjatuh.

Pedangnya yang terjatuh tadi diambilnya semula.

Arina dipandangnya sekilas sebelum dia hilang dari pandangan.

Keadaan sekeliling Arina berubah menjadi kawasan dataran Practice Center.

"Wah !! Power lah Arina!!"

"Wah !! Arina !!"

Sorakan kedengaran dari arah Control Center.

Naeun dan Rosé tersenyum memandang Arina.

Arina tersenyum. Ini bermakan dia telah melepasi latihan pertamanya.

"Arina, lapor diri di Control Center" arah Rosé melalui mikrofon di Control Center.

Geena dan Zahra melompat keriangan. Dahyun tersenyum manakala RyuNa menunjukkan isyarat 'thumbs up' kepada Arina.

"Yes!" Arina bersorak sendiri.

Tanpa disedari, peebuatannya diperhati.

"Enjoy it. You'll miss it later"

TBC






[ C ] The Unhidden Six ✓Where stories live. Discover now