RyuNa dan Rudy diikat pada kerusi besi di dalam sebuah bilik kosong. Bangunan di Pulau Asrama adalah satu-satunya tempat yang boleh difikirkannya sebelum mendapat arahan seterusnya.
Wajah Rudy yang masih belum sedarkan diri itu ditumbuknya berkali-kali. Selepas pipi kanan, pipi kiri pula. Bersilih ganti.
Tangannya menjadi merah.
"Liya, sudah lah tu. Kalau dia mati sebelum sampai kat Alya cam mana? Kena bantai kau nanti" Faiz yang dari tadi melekat dengan telefon pintarnya menyuruh Liya berhenti.
Terus Liya berhenti.
"Aku geram ah dengan Mr.Biru ni. Kerek gila nak mati" luah Liya.
"Just sit down" ujar Faiz tegas.
Liya menjeling Faiz yang masih melekat dengan telefon pintarnya.
Dia menyepak dinding sebelum duduk bersila di atas lantai.Gula-gula getah di dalam poketnya diseluk keluar sebelum memasukkannya ke dalam mulutnya.
Kalau RyuNa ada lolipop, Liya ada chewing gum.
Seketika kemudian, Faiz menyimpan telefonnya di dalam poket .
"Jom . Alya suruh pergi base baru kat Laut Invictus." ujar Faiz sebelum menoleh memandang wajah RyuNa.
"Laut Invictus ? Woaaaa !! " Liya menjadi teruja.
Baru dia ingin melangkah, sebatang anak panah melintasi kepalanya sebelum ia terkena dinding di belakangnya.
" Hai . Nice to meet you !" Geena muncul dengan busur dan anak panah penuh satu beg di belakang badannya.
"Faiz ! Siapa ni !" Liya menjadi gentar.
"Emerald Six , diorang kat sini."
Faiz menghalang Geena dari terus mendekati RyuNa dan Rudy.
"Kemon ah. Kawan kitorang duhh" ujar Geena agak menyampah.
ZZAASS
Sebilah pedang melintasi pandangan Faiz. Zahra menghalakan mata pedangnya tepat pada mata Faiz.
"Nak pergi mana?" soalnya sambil tersenyum sinis.
Faiz menendang kaki Zahra di depannya. Pedang Zahra dirampasnya sebelum cuba menikam Zahra.
Zahra menghalang tikaman Faiz itu menggunakan tangannya. Cecair merah mengalir keluar dari tangannya.
"Geena, tolong aku !" pinta Zahra. Menggenggam erat mata pedangnya sendiri supaya tidak menikam dirinya.
"Tangan aku penuh !" jerit Geena sebelum menyerang Liya bertubi-tubi.
"Kejar ah !" Liya mencabar Geena.
"Nak kalah dah ke?" sola Faiz sinis. Pedang itu ditarik semula sebelum mencucuk kaki Zahra.
Zahra mengerang kesakitan.
ZZAASS
Beberapa keping kad terup melintasi kepala Faiz sebelum ia berpusing menyerang Faiz.
Faiz menutup kepalanya dengan tangannya.
"Zahra ! Kau okay ?" soal Naeun. Kad terupnya terus menyerang Faiz tanpa berhenti.
Zahra mengangguk lemah. Sungguh, dia kehilangan banyak darah. Tangannya, kakinya. Kedua-duanya mengeluarkan darah tanpa henti.
"Dahyun ! Masuk !" panggil Naeun melalui mikrofon yang bersambung dengan semua Emerald Six dan pembesar suara Space Secret Base.
Terus dia bergerak melepaskan ikatan Rudy. Katil mainan dikeluarkan dari dalam beg kecil yang sentiasa dengannya. Katil itu berubah menjadi katil terbang. Naeun mengusung Rudy dan membaringkannya di atas katil tersebut. Katil itu menjadi halimunan dan bergerak meninggalakan Pulau Asrama.
YOU ARE READING
[ C ] The Unhidden Six ✓
Fantasy"Kuasa? Apa maksud kau dengan kuasa?" "Space Secret Base?" "What do you expect? Candy world?" "Em'6? Apa tu?" "Emerald Six , a group of super-savers. Kami selamatkan orang , tapi dalam diam." "Better watch out , Emerald Six has come" Dilahirkan dari...