"Zahra! Geena!"
Panggilan Dahyun membuatkan mereka berdua berhenti melangkah.
"Kenapa?", soal Geena.
"Naeun suruh bagi benda ni kat korang. Nanti pakaikan kat tangan dia",ujar Dahyun sambil menghulurkan seutas gelang.
"Oh. Okay.",balas Geena lalu menyambut huluran Dahyun.
"Errmm.. Dahyun, apa kata kau ikut kitorang. Takut jadi apa-apa, takdelah out of control sangat.", pinta Zahra.
Dahyun berfikir sejenak.
"Arasseo, aku ikut", balasnya dengan bahasa Korea.
Gadis kelahiran Korea ini memang baik dan lembut orangnya. Namun, di medan perang, Dahyunlah orang kedua yang paling dihindari musuh selepas Rudy.
"Jom"
••••••••
Kereta yang dipandu oleh Dahyun berhenti di hadapan sebuah rumah berwarna peach.
Zahra,Geena dan Dahyun memandang rumah itu lama."Aku tunggu luar. Korang masuklah", ujar Dahyun lembut.
Zahra dan Geena mengangguk.
Zahra menekan loceng. Selepas beberapa saat, seorang perempuan dalam lingkungan 30-an membuka pintu.
"Zahra, JiHyo. ada apa datang tiba-tiba ni?", soalnya.
"Eheheh.. kami nak jumpa Arina. Dia ada tak?",soal Geena.
"Hm. Ada tu ada, tapi macam takde. Dia sejak balik sekolah tak keluar dari bilik. Kamu pergilah masuk bilik dia. Cuba pujuk dia keluar.", ucap makcik Arina.
"Baik. Terima Kasih makcik",ucap Geena lalu melangkah masuk ke dalam rumah itu bersama Zahra.
Langkah diatur menuju ke arah bilik Arina.
TOK TOK TOK!
Pintu bilik diketuk sebelum wajah Arina terpancul keluar.
"Geena! Zahra!", jerit Arina sebelum memeluk dua orang sahabatnya itu.
Geena dan Zahra hanya membalas pelukannya.
"Cepat masuk!"
Arina menarik tangan kedua sahabatnya itu. Langkah diatur ke arah katil sebelum mereka bertiga duduk di atasnya.
"Mesti korang tengok berita tu kan?", soal Arina.
Zahra dan Geena memandang antara satu sama lain sebelum mengangguk serentak.
"Kau ada kuasa ke?", soal Zahra.
Arina senyap. Tidak tahu mahu membalas apa.
"Entahlah. Aku pun tak tahu", balasnya sambil menyentuh mata kirinya.
"Eh, kejap. Nah,aku ada hadiah untuk kau", Geena menghulurkan gelang yang diberi oleh Dahyun tadi.
"Wah, cantiknya. Terima Kasih!",ucap Arina gembira sebelum gelang itu dipakai.
"Back to the topic" , kata Zahra.
Arina senyap semula.
"Aku rasa aku memang ada kuasa lah.", balas Arina.
"Dah agak dah. Kalau macam tu bolehlah kuasa kita ni dibocorkan, kan Geena?", kata Zahra tanpa berkias lagi.
"Kuasa? Apa maksud kau dengan kuasa?" tanya Arina.
"Err....."
"Apa ni! Korang rahsiakan apa dari aku?!" Arina mula meninggikan suaranya.
Tiba-tiba, akar berduri yang muncul entah dari mana melingkari kaki Geena dan Zahra.
"Eh,eh.. Arina sabar, Bagi kami terangkan dulu" Geena cuba memujuknya.
Perlahan, akar berduri itu hilang.
"Tapi bukan kat sini"
"Habis kat mana?" soal Arina.
"Ikut kami" Zahra bersuara.
Arina berfikir sejenak. Patutkah dia mengikuti rakannya ke tempat yang dia tidak ketahui di mana?
"Okay. Bagi aku siap kejap. Tunggu luar" Arina memberi kata putus.
Geena dan Zahra melangkah keluar dari biliknya.
Terus Geena memukul bahu Zahra. Zahra mengadu kesakitan.
"Apa masalah kau! Mujur dia tu tak cepat marah." marah Geena dalam nada bisik.
"Aku pulak? Kita mana ada berlatih skrip apa-apa. Aku cakap jelah apa yangterlintaskat fikiran aku." protes Zahra mempertahankan dirinya.
"Ish. Whatever lah" Geena mengalah.
••••••
TING!
"Yes! Dah dapat detect!", jerit Naeun penuh gembira.
"Detect? Dapat detect apa?" soal Rosé.
"DNA. Sekarang, aku boleh tengok apa kuasa dia." terang Naeun.
Naeun menekan-nekan papan kekunci. Selepas beberapa minit, sehelai kertas keluar dari sebuah pencetak.
"Dah dapat! Kuasa dia nature dan dia keturunan......."
kata-kata Naeun tergantung.
"Apa?" soal Rosé tidak sabar.
"Shazlin dan Arman"
"Shazlin dan Arman? Maknanya,Arina ni anak diorang ke?"
Naeun mengangguk.
"Siapa tu?"
RyuNa muncul entah dari mana.
"Shazlin dan Arman tu ahli Emerald Six paling terkuat pernah Space Secret Base ada. Diorang dulu pernah satu team dengan Rudy sebelum....."
"sebelum?"
BAM!
YOU ARE READING
[ C ] The Unhidden Six ✓
Fantasy"Kuasa? Apa maksud kau dengan kuasa?" "Space Secret Base?" "What do you expect? Candy world?" "Em'6? Apa tu?" "Emerald Six , a group of super-savers. Kami selamatkan orang , tapi dalam diam." "Better watch out , Emerald Six has come" Dilahirkan dari...