O N E 1

506 42 0
                                    

"Berita Tergempar! Jalan Petani yang dulunya tidak berkehidupan ditemui kaya dengan pelbagai jenis pokok herba dan bunga-bungaan yang tumbuh subur di situ. Orang terakhir yang dilihat berada di jalan itu sebelum kejadian ajaib ini ialah seorang pelajar Milkyway Highschool, Arina Nadhirah. Pelajar yang berumur 18 tahun ini dilihat memegang sekuntum bunga yang telah mati dibtepi jalan tersebut sebelum jalan itu ditumbuhi pelbagai jenis tumbuhan. Para saintis juga tidak dapat mentafsirkan perkara ini secara tidak langsung membuatkan Arina Nadhirah dikehendaki oleh kebanyakan pihak--"

Berita yang disampaikan oleh pemberita itu didengari dengan telitinya oleh Park Chaeyoung atau nama gelarannya, Rosé. Perangainya yang baik tetapi ganas bak bunga ros menyebabkan dia diberi gelaran itu.

"Rosé, aku tak salah dengar kan? Betul ke pemberita ni?", soal Son Naeun yang turut menonton berita tersebut kepada ketua Space Secret Base itu.

Son Naeun, merangkap chief Space Secret Base telah berkhidmat bersama Rosé selama hampir 6 tahun.

"Aku pun tak tahu. Apa-apa kita kena siasat dulu. Kumpulkan Em'6, ada tugas baru untuk diorang", arah Rosé.

Naeun segera menekan satu butang berwarna hitam yang tertulis 'Em'6' di atasnya.
Dengan itu, kesemua ahli Emerald Six akan mendapat isyarat pemanggilbuntuk datang ke HQ (Headquarters)

••••

Bunyi seakan-akan lagu 'Baby Shark' itu menyentapkan kesemua ahli Em'6 yang sedang berehat di dalam bilik masing-masing. Telah menjadi rutin setiap hari Jumaat untuk mereka bermalam di Emerald Academy (E.A).

Mereka segera menekan butang pada loket yang terlingkar kemas di leher masing-masing sebelum dengan ajaibnya, pakain mereka bertukar. Daripada pakaian casual hari Jumaat, kini mereka memakai uniform masing-masing.

Mereka keluar dari bilik mereka serentak sebelum berlari ke arah laluan khas yang disediakan untuk ke HQ dengan membawa senjata masing-masing.

"Im RyuNa!"

"Park JiHyo!"

"Zahra Riesya!"

"Kim Dahyun!"

"Ruby Zapphire!"

"EMERALD SIX HAS COME!"

TBC



[ C ] The Unhidden Six ✓Where stories live. Discover now