KKSK 3

500 20 2
                                        

PEPERIKSAAN percubaan PT3 akan berlangsung seminggu sahaja lagi. Semua pelajar tingkatan tiga menyibukkan diri untuk berkepit dengan buku. Tidak termasuk dengan kelas tambahan selepas tamat waktu persekolahan dan waktu cuti. Ada juga yang menyertai kelas tambahan di luar sekolah. Begitu juga dengan Aina dan rakan-rakannya. Mereka sering kali belajar secara berkumpulan di perpustakaan sekolah.

"Aku tak tahu la soalan Math ni," rungut Aina sambil membelek-belek buku untuk mendapatkan jawapan.

"Yang mana?" tanya Munirah sambil melihat buku yang dibelek oleh Aina.

"Soalan 5a tu aku tak tahu la," jawab Aina.

"Aku pun tak tahu," balas Munirah.

"Senang je," kata Raiqal sambil menggoyangkan pennya.

"Kalau senang, ajar la," kata Aina lalu mengeluarkan kertas kosong untuk menyalin jawapan yang akan diberikan.

"Buat sendiri la," balas Raiqal lalu memulaukan Aina lalu meneruskan bacaan subjek Sains.

"Ajar aku sekejap," minta Aina.

"Jawapannya 5," kata Raiqal sambil menyemak semula jawapannya.

"Kau ni tak faham Bahasa Melayu ke? Aku suruh ajar bukannya minta jawapan," kata Aina. Semakin lama dia mengenali Raiqal, semakin annoying perangai Raiqal.

"Gaduh la. Kecil-kecil gaduh, nanti besar-besar kahwin," tegur Munirah.

"Diam la kau, Munirah," kata Aina sambil menjeling tajam ke arah Raiqal..

"Taknak la aku kahwin dengan Aina. Bukannya lawa pun," balas Raiqal tetapi hakikatnya Aina seorang gadis yang cantik dan ayu orangnya.

"Ada aku tanya, aku lawa ke tak?" Kata Aina lalu dia berlakon seperti membaca buku. Dia malas nak layan Rayqal. Semakin dilayan, semain menjadi-jadi.

"Okaylah, meh sini aku ajar," kata Raiqal lalu dia mengajar Aina tentang apa yang dia tahu serba sedikit.

Aina memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pengajaran itu.

"Faham ke tak aku ajar ni?" tanya Raiqal setelah habis mengajar Aina cara untuk mendapatkan jawapan.

"Faham la juga," jawab Aina.

"Dah jangan kacau aku, dah la jadi guru tak berbayar ni," kata Raiqal lalu kembali menumpukan perhatian kepada buku rujukan Sains yang dibacanya tadi.

"Menyampah aku, kedekut ilmu," perli Aina lalu meneruskan latihan Matematiknya.

PEPERIKSAAN percubaan PT3 telah berlangsung, semua pelajar tingkatan tiga dilanda demam peperiksaan. Selepas tamat waktu persekolahan, Aina dan rakan-rakannya akan mengulang kaji pelajaran di perpustakaan sekolah.

"Korang boleh tak jawab soalan Math tadi? Susah kot," kata Aina.

"Susah jugalah," balas Munirah sambil membaca buku Sejarah kerana esok ada ujian untuk subjek Sejarah.

"Kacang aje," jawab Raiqal.

"Eleh, macam lah pandai sangat," perli Aina.

"Tengok la nanti," balas Raiqal sambil menjeling tajam ke arah Aina.

"Ish korang ni, study la betul-betul. Nanti tak reti nak jawab, baru tahu," sampuk Munirah.

"Ni Raiqal ni," kata Aina seperti kanak-kanak kecil.

"Apa hal aku pula? Kau la," balas Raiqal.

"Kau la," kata Aina pula.

"Sudah la tu. Tak mendatangkan faedah pun bergaduh," kata Ammar yang dari tadi hanya mendiamkan diri.

"Baru keluar suara kau, dari tadi hanya kusyuk dengan buku tu je," perli Aina.

"Tak kuasa aku nak layan korang gaduh," balas Ammar.

Munirah hanya ketawa melihat gelagat rakan-rakannya.

"Dah la aku kena balik ni, nanti mama aku bising. Aku tak inform kata aku balik lambat," kata Raiqal sambil mengemas buku-bukunya.

" Pergi la balik, menyemak aje kat sini," kata Aina.

"Amboi, kau halau aku ke?" tanya Raiqal sambil menggalas beg sekolahnya.

"Ha'ah, tetamu tidak diundang," balas Aina.

"Okay fine, aku cau," kata Raiqal lalu menuju ke pintu keluar perpustakaan.

Aina hanya tersenyum jahat. 'Haha padan muka' katanya dalam hati.

Munirah dan Ammar hanya ketawa melihat mereka berdebat lalu meneruskan mengulang kaji pelajaran.

"Kau dengan Raiqal tu kenapa? Asyik gaduh je, dah macam anjing dengan kucing dah aku tengok," kata Munirah kepada Aina sebaik sahaja Raiqal hilang dari pandangan mata mereka.

"Dia tu suka cari gaduh dengan aku," rungut Aina.

"Agaknya dia suka kau kot," teka Munirah.

"Tiada maknanya," balas Aina walaupun hanya dia pernah mendapat surat dari Raiqal yang mengatakan Raiqal suka dia tetapi bila ditanyakan kepada Raiqal, Raiqal tidak mengaku.

"Kau kan yang bagi surat ni?" tanya Aina kepada Raiqal sambil memegang sekeping kertas yang bertulis. Dia yakin itu tulisan Raiqal.

"Haha kantoi la. Aku main-main je lah" jawab Raiqal.

Lamunan Aina terhenti. Dia melihat Munirah sedang mengemas buku-bukunya untuk pulang. Dia juga sudah bersiap sedia untuk pulang ke rumah.

SEMASA perjalanan dari sekolah pulang ke rumah, Aina berbasikal sejauh 2 kilometer untuk tiba di rumah. Dengan jalan yang kecil di tengah-tengah sawah padi, Aina mengayuh basikalnya. Selalunya, Munirah akan pulang bersamanya tetapi hari itu Munirah tidak pulang bersamanya kerana dia mempunyai latihan bola jaring untuk wakil sekolah dan akan pulang pada pukul 5 petang. Tiba-tiba dia terlanggar seekor kucing yang melintas lalu dia jatuh dari basikalnya.

"Tolong!' jerit Aina.

Tiba-tiba, ada seorang lelaki datang membantunya mengangkat basikal yang terbalik.

"Terima kasih," ucap Aina sambil berdiri senula.

"Sama-sama," balas lelaki itu.

"Ehh kau lagi, kau ni selalu muncul apa hal?" tanya Aina. Lelaki itu adalah Raiqal.

"Aku saja lalu sini, tengok-tengok kau terjatuh, aku tolonglah," balas Raiqal. Dia menunggang motosikalnya sambil meronda-ronda di kawasan kampung.

"Jom lepak," ajak Raiqal.

"Lepak apanya, aku pun belum balik rumah lagi ni, dengan baju sekolah ni. Nanti mak aku bising la," balas Aina. Dia melihat Raiqal berpakaian t-shirt manakala dia masih berbaju sekolah.

Aina mengayuh basikalnya meninggal Raiqal.

"Belah macam tu je minah ni," kata Raiqal melihatkan Aina sudah beredar pulang ke rumah dan meninggalkannya.

SETIBA Aina di rumah, kelihatan Puan Samsiah berdiri terpacak di hadapan rumah. Aina teringat yang dia lupa memaklumkan bahawa dia pulang lewat hari ni.

"Kenapa balik lewat sangat?" tanya Puan Samsiah sambil bercekak pinggang di hadapan pintu rumah.

"Ada study group la mak," jawab Aina lalu masuk ke dalam rumah dan menuju ke biliknya untuk membersihkan dirinya dan menukar pakaian.

"Lain kali bagitau la mak, mak susah hati tau tak," bebel Puan Samsiah.

Aina jalan tercapit-capit menuju ke bilik air. Akibat kemalangan kecil tadi, kakinya berasa sakit dan tidak boleh berjalan dengan sempurna.

"Apa hal yang berjalan tercapit-capit tu?" tanya Puan Samsiah melihatkan anaknya berjalan tercapit-capit menuju ke bilik air.

"Jatuh basikal," jawab Aina lalu masuk ke dalam bilik air dan mandi.

"Budak bertuah ni la, lain kali naik basikal hati-hati la," bebel Puan Samsiah sambil menonton televisyen di ruang tamu.

Seperti biasa, vote and comment.

Kita Kawan Sampai KahwinTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang