KKSK 15

406 16 0
                                    

MEREKA menuju ke kereta kepunyaan Raiqal untuk pergi makan malam. Aina mengambil tempat di seat belakang seperti tadi.

"Aina, kau duduk depan," arah Raiqal yang berada di seat pemandu.

"Habis tu, I nak duduk mana?" tanya Daliya yang ingin melabuhkan punggungnya di seat sebelah pemandu.

"Belakang," jawab ringkas Raiqal sambil memperbetulkan cermin kereta pandang belakang.

"I tak suka duduk belakang," balas Daliya.

"Kalau tak suka duduk belakang, atas bumbung pun boleh duduk," kata Raiqal.

"Okay, I duduk belakang," balas Daliya.

Daliya dan Aina menukar tempat. Raiqal hanya memerhatikan mereka sahaja.

"Okay, jom gerak," kata Raiqal. Dia melihat Daliya melalui cermin kereta pandang belakang. Daliya mempamerkan wajah tidak berpuas hati kepadanya. Dia ketawa kecil.

KERETA kepunyaan Raiqal diparkirkan di sebuah restoran yang berdekatan dengan hotel yang mereka menginap. Mereka bersama-sama berjalan masuk ke restoran tersebut.

Aina ingin duduk di kerusi berhadapan dengan Raiqal. Namun, Daliya lebih pantas daripadanya. Malas hendak berebut-rebut.

"Korang order la apa yang korang nak makan. Aku belanja," kata Raiqal.

"Aku nak Laksa Penang," balas Aina. Sememangnya, dia teringin sangat untuk merasai kesedapan Laksa Penang.

"I nak Mee Udang," kata Daliya pula.

Raiqal memesan makanan mereka kepada seorang pekerja restoran itu.

Setelah makanan itu dihantar ke meja mereka. Mereka menikmati hidangan itu dengan penuh selera.

SEMINGGU kemudian, mereka pulang semula ke Kuala Lumpur. Sudah habis tugasan mereka di sana. Aina menghempaskan tubuhnya di katil sebaik sahaja dia pulang ke rumah.

"Balik-balik, masuk bilik terus," tegur Emylia sewaktu Aina masuk ke biliknya. Sudah seminggu dia meninggalkan biliknya.

"Nak rehat kejap, penat," balas Aina.

"Jom makan dulu, aku ada masak ni," ajak Emylia sambil menghidangkan makanan.

"Kejap lagi la, aku kenyang lagi," balas Aina.

"Ole-ole tak ada ke?" tanya Nadhirah yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.

"Aku pergi sana, berkerja. Bukannya pergi bersuka ria," jawab Aina. Untuk dia sendiri pun tidak beli apa. Raiqal ada beli sehelai bulu yang tertulis Penang Island.

"AINA, baju ni cantik tak?' tanya Raiqal sambil memegang sehelai baju yang tertulis Penang Island sewaktu mereka berada di sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis cenderahati.

"Cantik," jawab Aina.

"Kau pakai baju saiz apa?" tanya Raiqal.

"M," jawab Aina.

Raiqal pergi membayar baju yang bersaiz M yang dipegangnya lalu memberikannya kepada Aina.

"Nah," kata Raiqal sambil menghulurkan sebuah plastik yang berisi baju tadi.

"Apa ni?" tanya Aina sambil mempamerkan muka yang pelik lalu menyambut huluran Raiqal.

"Ambil la, anggap je la hadiah daripada aku," jawab Raiqal.

"Thanks," ucap Aina sambil tersenyum.

"Most of welcome," balas Raiqal.

Vote and comment cepat!

Kita Kawan Sampai KahwinWhere stories live. Discover now