Epilog

746 19 2
                                    

"SEMUA dah ready?" tanya Tok Kadi.

"Dah," jawab Raiqal lalu berjabat tangan dengan Tok Kadi tersebut.

"Raiqal Hakimi bin Johari!" ucap Tok Kadi.

"Ya saya," balas Raiqal.

"Aku nikahkan dikau dengan Aina Adriana binti Ahmad Hadi...." kata Tok Kadi itu.

"Aku terima nikahnya Aina Adriana binti Ahmad Hadi...." lafaz Raiqal.

"Sah?" tanya Tok Kadi itu kepada beberapa orang saksi di situ.

"Sah!" jawab beberapa orang saksi itu serentak.

Aina Adriana dan Raiqal Hakimi secara sahnya telah bergelar suami isteri. Mereka berasa sangat bersyukur.

"DENGAN ini, makhamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada Khairul Hafiz bin Samsudin atas kesalahan menculik dan cubaan untuk membunuh," kata seorang hakim di sebuah makhamah.

Khairul menunduk kepalanya kerana berasa bersalah.

Terdapat dua orang anggota polis datang dan menggari tangannya lalu membawanya ke penjara.

Dia menyesal atas perbuatannya itu namun apakah daya, nasi sudah menjadi bubur.

"FLIGHT pukul berapa?" tanya Puan Farhana kepada Raiqal memandangkan Raiqal dan Aina sudah bersiap sedia untuk ke lapangan terbang antarabangsa.

"Pukul 10 pagi," jawab Raiqal sambil meletakkan bagasinya dan Aina ke dalam kereta. Mereka berdua ingin pergi berbulan madu di Paris.

"Amboi Abang Raiqal dengan Kak Aina nak pergi honeymoon," tegur Raisha.

"Ha'ah," balas Raiqal.

Aina hanya tersenyum.

"Balik nanti, jangan lupa. Sha nak anak buah yang comel-comel," pesan Raisha.

"Insyaallah," balas Raiqal.

"Amboi Sha, kemain dia," kata Puan Farhana.

"Kita orang pergi dulu ye, takut terlepas flight pula nanti," kata Raiqal.

Mereka bersalam-salaman sebelum Aina dan Raiqal meninggalkan perkarangan rumah Encik Johari dan Puan Farhana.

SETELAH empat hari tiga malam berbulan madu, Aina dan Raiqal pulang semula ke tanah air. Mereka berjalan sambil berpegangan tangan menuju ke kereta untuk pulang semula ke rumah.

"Tak sangka kita kahwin kan abang?' tanya Aina kepada Raiqal. Sejak mereka kahwin, Aina menggelarkan Raiqal sebagai abang.

"Kalau dah jodoh, tak ke mana," jawab Raiqal.

"Dulu kita kawan je," balas Aina.

"Kita kawan sampai kahwin!" kata Raiqal lalu memeluk pinggang isterinya sambil berjalan menuju ke kereta.

TAMAT

Happy ending! Jangan lupa vote and comment tau cepat! Terima kasih kerana sudi membaca.

Kita Kawan Sampai KahwinWhere stories live. Discover now