KKSK 5

449 21 0
                                        

PUAN Fatimah menemani Aina di hospital. Mereka menunggu di wad kecemasan. Puan Samsiah berada di dalam bilik khas untuk dikenalpasti apa yang terjadi.

"Banyakkan berdoa, semoga mak kamu tiada apa-apa," kata Puan Fatimah kepada Aina. Dia tahu yang Aina sedang bimbang dengan kesihatan Puan Samsiah.

Aina hanya mengangguk kepalanya menandakan dia menuruti kata-kata Puan Fatimah. Dia sentiasa berdoa agar emaknya, Puan Samsiah berada dalam keadaan baik.

"Waris Puan Samsiah binti Ismail," panggil seorang doktor wanita yang keluar dari bilik rawatan yang merawat Puan Samsiah.

"Saya anaknya, doktor," sahut Aina kepada doktor itu lalu mendekatinya.

"Keadaan Puan Samsiah nampaknya stabil tetapi dia masih dalam keadaan koma, tidak sedarkan diri," jelas doktor itu.

"Bagaimana boleh jadi seperti itu?" tanya Puan Fatimah kepada doktor. Dia pelik mengapa Puan Samsiah tiba-tiba menjadi seperti itu.

"Pihak kami mendapati bahawa pesakit mungkin jatuh disebabkan tergelincir sahaja tetapi kepalanya mengalami hentakan yang kuat," terang doktor itu.

"Bolehkah saya melawat ibu saya?" tanya Aina. Dia ingin berada di sisi ibunya pada ketika ini.

"Buat masa ini, hanya waris terdekat yang boleh melawat Puan Samsiah sahaja," jawab doktor itu.

Puan Fatimah memberi isyarat kepada Aina agar Aina sahaja yang masuk ke dalam untuk melawat ibunya manakala Puan Samsiah hanya menunggunya di ruangan luar. Puan Samsiah lebih memerlukan anaknya, Aina berada di sisinya pada ketika ini.

Aina masuk ke dalam bilik yang menempatkan ibunya itu. Dia berasa sangat sedih melihat keadaan ibunya yang terlantar di atas katil hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Mak, Aina datang ni," bisik Aina di telinga Puan Samsiah dengan perlahan-lahan. Dia tahu ibunya menyedari kehadirannya namun tidak mampu memberi sebarang tindak balas.

Doa dipohon kepada Allah SWT, yang maha mengetahui agar ibunya cepat sembuh. Dia berharap agar ibunya sihat seperti biasa.

TIGA hari sudah Puan Samsiah terlantar di hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri. Aina terpaksa berulang-alik dari rumah ke hospital pada setiap hari sejauh 5 kilometer bersama Puan Fatimah untuk menemani ibunya, Puan Samsiah. Dia tidak menghadirkan diri ke sekolah kerana menjaga ibunya yang sedang sakit. Dia sedar bahawa ujian PT3 sudah tidak lama namun kesihatan ibunya lebih diutamakan.

"Kenapa kamu tak pergi sekolah?" tanya Puan Fatimah kepada Aina semasa dalam perjalanan berjalan kaki dari tempat parking kereta menuju ke hospital untuk melihat keadaan Puan Samsiah.

"Kalau saya pergi sekolah, siapa nak jaga mak di hospital?" Aina tidak menjawab soalan Puan Fatimah sebaliknya, dia menanyakan soalan pula kepada Puan Fatimah.

"Makcik kan ada, biarlah makcik yang menjaga mak kamu. Exam kamu dah nak dekat, tak boleh lah macam ni," jawab Puan Fatimah.

"Kamu jangan risau fasal mak kamu, kamu seharusnya risaukan exam yang bakal kamu hadapi. Perjalanan hidup kamu masih panjang lagi. Makcik yakin mak kamu nak melihat kamu berjaya. Jangan sia-siakan harapan mak kamu," kata Puan Fatimah dengan panjang lebar.

"Baiklah, Makcik," balas Aina. Dia sedar bahawa peperiksaan PT3 akan berlangsung tidak sampai sebulan sahaja lagi. Dia masih belum membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan.

Mereka melangkah masuk ke dalam wad yang ditempatkan Puan Samsiah. Kelihatan Puan Samsiah sedang makan makanan yang disediakan oleh pihak hospital, Aina menarik nafas lega kerana Puan Samsiah sudah sedar.

"Assalamualaikum, mak," kata Aina sebaik sahaja dia tiba di katil Puan Samsiah dan dia mengucup tangan emaknya itu.

"Waalaikumussalam," balas Puan Samsiah sambil memeluk anaknya lalu dia bersalaman pula dengan Puan Fatimah.

"Kak Siah okay? Apa kata doktor?" tanya Puan Fatimah kepada Puan Samsiah.

"Doktor kata petang ni boleh balik dah," jawab Puan Samsiah. Pagi itu dia sudah dimaklumkan oleh doktor bahawa dia dibenarkan pulang pada waktu petang.

PUAN Samsiah sihat seperti biasa. Aina pula yang sedang tidak sihat kerana dilanda demam peperiksaan. Peperiksaan PT3 sedang berlangsung di seluruh sekolah menengah di Malaysia yang melibatkan semua pelajar tingkatan 3.

"Ingat pesan mak, jawab soalan tu baik-baik. Jangan kira nak hentam jer jawapan tu," pesan Puan Samsiah kepada anaknya ketika anaknya sedang mengikat tali kasut sekolah yang dipakainya.

"Baiklah, mak. Aina akan buat yang terbaik," balas Aina sambil bersalam-salaman dengan Puan Samsiah sebelum ke sekolah.

"Mak tak mahu anak mak gagal Matematik," kata Puan Samsiah. Setiap kali ujian, anaknya itu mesti gagal dalam subjek Matematik.

"Susah la nak lulus Math," rungut Aina.

"Mak yakin anak mak boleh, kita kena usaha sebaik mungkin, selebihnya tawakal kepada Allah SWT," kata Puan Samsiah.

"Good luck," kata Puan Samsiah lagi.

"Baiklah, Aina akan cuba yang terbaik," kata Aina lalu beredar dari rumah lalu mengayuh basikal menuju ke sekolah.

Puan Samsiah hanya melihatnya dari jauh sahaja. Kelihatan anaknya mengayuh basikal dengan berhati-hati menuju ke sekolahnya. Dia tidak berniaga pada hari itu kerana ingin berehat di rumah.

"Tak buka gerai ke Kak Siah?" tegur Puan Fatimah yang muncul entah dari mana.

"Aku tak larat, esok baru aku buka gerai," jawab Puan Samsiah.

"Aina exam PT3 kan sekarang?" tanya Puan Fatimah.

"Ha'ah, harap la dia dapat buat yang terbaik," jawab Puan Samsiah.

PEPERIKSAAN PT3 sudah berakhir, kini tibalah masa yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar tingkatan tiga untuk mengambil kesempatan mereka. Aina berasa sungguh berdebar-debar menanti keputusannya.

"Tahniah Aina," kata Cikgu Halina sambil menghulurkan sehelai kertas yang mengandungi keputusan PT3 kepada Aina.

Aina memegang slip keputusannya. Terkejut besar dia melihat dia bertanya mendapat keputusan A+ untuk semua subjek.

"Terima kasih, cikgu," ucap Aina.

Puan Samsiah terus memeluknya.

"Alhamdulillah, anak mak dapat keputusan yang cemerlang," puji Puan Samsiah.

"Terima kasih, mak," ucap Aina lalu terus memeluk Ibunya itu. Aina sangat gembira kerana dia telah berjaya membuat ibunya bangga.

Vote! Comment!

Kita Kawan Sampai KahwinTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang