KKSK 6

443 19 6
                                        

EMPAT tahun sudah berlalu, kini Aina sudah berumur 19 tahun. Kehidupannya sebagai pelajar universiti sangat mencabar. Selepas tamat persekolahan, habisnya peperiksaan SPM, dia telah melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Dia telah melanjutkan pelajarannya ke peringkat universiti kerana itulah cita-citanya sejak kecil lagi.

"Belajar elok-elok tau sayang, ayah harap sangat anak ayah dapat menjadi orang yang berjaya suatu hari nanti," pesan arwah Encik Hadi masih terngiang-ngiang di telinganya.

"AINA!" satu jeritan telah membuat dirinya tersedar dari lamunan. Dia terasa rindu kepada arwah ayahnya itu. Terus sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah ayahnya dengan harapan ayahnya ditempatkan di kalangan orang beriman.

"Kau pa hal, Nad? Terjerit-jerit macam nak runtuh bilik ni." kata Aina. Dia dan dua orang lagi rakannya, Nadhirah dan Emylia telah menetap di asrama bilik yang telah disediakan oleh pihak universiti

Nadhirah dan Emylia merupakan kawan baiknya di universiti seperti Munirah. Munirah sudah lama tidak dijumpa kerana rakannya itu melanjutkan pelajarannya di universiti di Jepun dalam bidang perubatan.

"Petang ni kau free tak, Aina?" tanya Nadhirah sambil membuka tudung yang disarungnya lalu baring di atas katil.

"Ermm malas la." jawab Aina. Dia malas untuk keluar. Dia hanya mahu berehat sahaja.

"Baru nak ajak pergi shopping, cuci mata," kata Emylia.

"Tak habis-habis dengan shopping korang ni," perli Aina. Dia kadang-kadang malas nak join outing dengan roommatenya kerana mereka boleh membelanjakan wang sesuka hati kerana semua datang dari keluarga berada. Duit berkepuk-kepuk. Dia pula perlu berjimat-cermat kerana duitnya cukup-cukup untuk menampung kos pengajiannya.

"Jom la, kita orang belanja kau makan," pujuk Nadhirah. Sememangnya, rakan-rakan Aina tidak pernah kedekut dengannya walaupun dari segi kewangan. Mereka tahu bahawa Aina datang dari keluarga yang sederhana sahaja. Mereka pula datang dari golongan berada.

"Ya la, kejap aku bersiap," kata Aina lalu mencapai tuala untuk mandi dan keluar.

MEREKA pergi ke pusat membeli-belah yang berdekatan. Seronok mereka bershopping sakan kecuali Aina yang hanya mencuci mata sahaja. Maklumlah, dia perlu berjimat-cermat.

"Korang, jom makan. Aku lapar la," kata Aina. Dia penat menemani rakan-rakannya itu membeli-belah.

"Aku pun dah lapar," kata Nadhirah.

"Kita makan McDonald's nak tak?" tanya Emylia.

"Kita orang okay je, Emy," jawab Aina.

"Okay, let's go," ajak Emylia.

Mereka makan di restoran McDonald's. Kelihatan ramai orang sedang berpusu-pusu masuk ke restoran itu memandangkan waktu lunch hour ketika itu. Mereka terus mendapatkan meja terlebih dahulu supaya tidak kelam-kabut kerana orang ramai.

"Korang nak makan apa ni?" tanya Nadhirah. Dia menjadi wakil untuk memesan makanan.

"Aku nak burger Spicy Mc Chicken," jawab Aina.

"Hmm bagi aku burger Double Cheese," jawab Emilia.

"Okay aku pergi beli kejap," kata Nadhirah lalu pergi ke kaunter untuk membeli makanan.

Tidak lama kemudian, Nadhirah datang dengan makanan. Mereka menikmati makanan tersebut dengan berbual-bual dan bergelak ketawa bersama-sama.

SELESAI makan, mereka terus pulang ke asrama bilik mereka. Semua kelihatan sungguh penat. Setiba mereka di asrama bilik, mereka.
menghempas tubuh di atas katil.

"Penatnya," kata Aina sambil bermain telefon pintarnya sambil baring di atas katil.

"Sekali sekala, exercise dekat shopping mall. Bukannya asyik terperap dalam bilik aje," sindir Nadhirah.

"Perli aku nampak," kata Aina sambil menjeling ke arah Nadhirah.

Nadhirah hanya ketawa kecil melihat Aina menjeling ke arahnya.

Aina membaling bantal ke arah Nadhirah. Mereka berdua ni selalu bertekak sahaja. Tidak tahu kenapa. Nadhirah malas melayan Aina. Mereka berbaring di katil masing-masing sambil bergosip sakan. Habis bergegar satu bilik.

Vote and comment!

Kita Kawan Sampai KahwinTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang