02 BUNUH

78.7K 3.5K 642
                                    

🥺♥️ FOLLOW SAYA DI WATTPAD & INSTAGRAM [SWEETIECUPCAKEE]♥️🥺

"PAPA! Mama!"

Diana memeluk kedua-dua insan yang sangat dia sayangi itu dengan erat. Rindu yang mendalam dapat juga dia lepaskan setelah sekian lama di bumi Amerika.

"Diana.. Mama rindu sangat dengan Diana." Puan Lia membalas dengan nada gembira walaupun tubuh badannya sangat lemah. Berjumpa dengan Diana pun sudah buat dia bersyukur sangat.

"Mama okey tak? Papa... Doktor cakap apa?" soal Diana dengan risau. Stella hanya tersenyum lembut setelah bersalam dengan kedua ibu bapa angkat kawan baiknya.

"Doktor cakap mama perlukan buah pinggang yang baru tapi Alhamdulillah sebab mama masih ada banyak masa lagi." Encik Danial membalas. Tangan isterinya diraih lalu diusap lembut. Kasih sayang tidak pernah tumpah walaupun umur sudah berganjak ke 40- an.

"Mama... " Diana menggigit bibir sendiri. Dia tahu keluarga angkatnya yang sudah lama dianggap seperti keluarga sendiri... Tetapi... Sudah pasti tidak mempunyai sebarang duit.

"Kenapa kekok je ni? Kita berbual tentang hal lain jelah?" Puan Lia cuba mengubah topik. Riak wajah Diana yang sedang risau itu melukakan hatinya. Dia tidak mahu Diana hidup dalam kesusahan. Dia dan suaminya sangat sayangkan Diana seperti anak mereka sendiri. Mereka mula berbual mesra tentang topik kehidupan Diana sepanjang berada di sana.

"Diana, kau okay?" Stella menyoal sambil memegang bahu Diana. Kawan baiknya nampak muram setelah mengetahui buah pinggang dia tidak sesuai untuk didermakan. Mereka berjalan keluar dari hospital.

"Aku okay... Tapi mama. ." Diana menahan dirinya dari mengalirkan walau setitis air mata. Diana membuka purse yang berwarna coklat itu. Mana mungkin dia boleh mencari berpuluhan ribu untuk membayar harga buah pinggang baru untuk mamanya. Tambahan lagi dalam masa terdekat seperti ini.

"Chill lah Diana! Apa gunanya aku kalau kau resah macam ni? Aku boleh tolong kau lah." Stella tersenyum manis sambil menceriakan gadis malang itu. Sejak kecil lagi Diana sudah mengharungi pelbagai kesusahan. Sebagai kawan baik, Stella tidak akan hanya membiarkan Diana bersedih lagi.

"Tak, aku taknak. Kau dah banyak sangat tolong aku. Family kau pun dah banyak sangat tolong aku dari sumber kewangan. Aku dah tak mampu nak terima lagi." Diana tertunduk lemah. Sejujurnya dia mahu menangis dan dia perlu juga kuatkan diri demi keluarga.

Stella sudah banyak menolong dirinya lagi-lagi dari segi pembayaran hal sekolah dan universiti. Tambahan pula, untuk balik ke sini dia sudah gunakan duit Stella. Itu tidak dikira kos kehidupan dirinya sewaktu di sana. Sungguh Diana tidak mampu lagi untuk hanya menerima dari keluarga Stella dan sering berfikir untuk membayar kembali.

"Tapi ini kan untuk mama kau? Aku tolong ya? Kesian Aunty Lia tu." Stella meraih tangan Diana supaya gadis itu mengangkat wajahnya semula.

"Stella, please. Aku taknak. Biar aku cari sendiri." Diana mengukirkan senyuman tawar.

"Dalam masa sebulan? Tak mungkin Diana. Okay, kalau kau tak setuju juga. . Aku bayar separuh, boleh?" Stella memujuk lagi. Diana mengangguk perlahan setelah lama berfikir. Dia faham benar dengan sikap tidak suka berputus asa kawan baiknya. Sebanyak mana pun menolak, Stella tetap tidak berhenti memaksanya untuk membuat keputusan yang baik.

"Macam nilah, kawan baik aku yang comel! Jom aku belanja kau makan." Stella merangkul lengan Diana dengan mesra.

"Lagi? Tengok tu, Stella. Kau tak boleh biasakan aku dengan benda macam ni." Diana mengeluh.

"Kau ni. Kita dah berkawan dari kecil lagi. Biarlah, lagipun makan je. Lepas tu kita pergi shopping. Kau perlukan baju baru! Jomlah, kita kena happy je. Nanti kita fikirkan masalah kau." Stella menarik Diana untuk berjalan laju.

M1 The Bryant's Family✔️Where stories live. Discover now