"Awak! Kejap!" Diana berjalan laju ke arah Adam Morris yang terhenti langkah setelah mendengar suara memanggil itu.
"Kau buat apa pula dekat sini? Takkan aku baru pergi pun dah rindu." Adam mengerut ketika gadis itu meraih tangannya.
"Awak takkan sakitkan Ellen kan? Ellen Smith. Dia kawan saya. Dia tak sakitkan saya pun." Diana berkerut sambil memegang lengan blazer Adam.
"Tak, aku nak sakitkan parents dia je. Pergi balik bilik tu. Dean, kau bawa Diana balik dengan selamat." Adam merungkai tangan Diana yang memegang bajunya.
"Saya nak tengok." Diana berkeras sambil memberanikan dirinya. Adam mengerut halus. Dean berhenti di situ.
"Saya percayakan awak tapi saya nak tengok. Diorang dah lama kejam dengan saya. Apa yang awak tengok tu hanya sikit." Diana tersenyum kelat. Dia pernah dikurung berhari-hari di dalam stor ketika Austin tiada di negara itu. Dia pernah membuat kerja rumah bagai orang gaji bawahan yang didera. Dia pernah dipijak, ditampar, dihina bertubi-tubi di hadapan orang lain. Diana bertahan hanya kerana sikap Austin yang sungguh baik dan melayannya dengan penuh rasa sayang. Namun entah itu fake atau lelaki itu sudah berubah.
Adam mengukirkan senyuman sinis. Tangan Diana diraih.
"Aku suka kau yang kuatkan diri. Aku nak kasi kau hadiah but you're pregnant. Berisiko sebab kau baru alami pendarahan. Apa yang aku boleh buat untuk kau, my girl?" Pipi Diana diusap lembut.
'Sayang saya' Hati Diana berbisik dengan nada sayu.
"Setia dengan saya." Jawab Diana sambil memandang wajah Adam.
"Sudah semestinya aku akan setia dengan kau. Permintaan lain, my queen?"
Enam pekerja Adam tergamam melihat kelakuan boss mereka.
"Sayan-"
"Diana! Aunty minta maaf!" Diana dikejutkan dengan suara itu. Wanita itu meluru ke arah Diana lalu melutut di hadapan gadis yang terkedu ketika memandang. Mr Smith juga mengikut perbuatan isterinya dengan raut wajah bersalah dan terdesak.
"Tolong... Aunty taknak syarikat yang bertahun-tahun kami bina dimusnah dengan macam tu je. Please, I'm begging to you. Sorry. Sorry." Wanita itu menangis lalu menyentuh kaki Diana. Gadis yang pernah dipandang hina di mata mereka kini terlihat seperti berlian yang cukup berharga.
Adam menarik Diana supaya jauh dari mereka.
"Jangan berani nak sentuh apa-apa milik aku termasuk Diana. Aku dah takde apa-apa dengan korang." Adam merenung tajam sambil merenung tajam mereka berdua.
"Tuan Am, betul kitorang tak tahu yang Diana milik tuan. Maafkan kitorang. Tolong.. Saya merayu." Sambung Mr Smith yang terdesak. Syarikat itu dibina sudah bertahun-tahun dengan jayanya dan sekarang sudah muflis. Bryant mempunyai pengaruh yang besar dan mampu untuk berbuat apa-apa untuk syarikat itu.
Diana mendiamkan diri. Dia bukan seorang yang selfish untuk balas dendam atas kepentingan sendiri. Cuma bukankah Smiths terlalu melampau selama ini? Diana berfikir tentang perkara itu.
"Aku bukan seseorang yang suka untuk maafkan orang. Lagi-lagi orang yang sakitkan isteri aku. Bawa diorang ke rumah lama." Adam memberi arahan kepada orang-orangnya. Mereka menunduk serentak lalu memaksa pasangan Smiths itu untuk bangun dengan kasar.
"Diana, aunty minta maaf! Aunty punca Austin macam tu. Aunty minta maaf!" Diana memerhati Mrs Smith yang diheret oleh pekerja Adam dengan mulutnya terdiam seribu bahasa. Air matanya mengalir setelah itu. Kenangan lama bermain di fikiran.
"Awak... Saya penat.. Saya letih. Letih dengan semua ni." Dia memegang Adam apabila tubuhnya tidak mampu bertahan lagi. Badannya terlalu lemah.
"Rehatkan diri kau dulu, my girl. Aku ada soalan untuk kau tentang Smith. Takpe, sekarang ni rehat dulu." Adam sendiri yang mengangkat Diana dengan bridal style lalu berjalan ke arah lif.
YOU ARE READING
M1 The Bryant's Family✔️
RomanceM1 Adam Morris x Diana Fayree And even if I still love you, I still wanna kill you. Because you broke my heart Versi lama: DEC 2018 Versi reedit: 10/09/19 REWRITE: 21/05/2024 TMG VERSI DEC 2018 PERNAH DIPADAM WATTPAD (bugs) 1 IN #romance [8-10/10/20...