GUGURKAN

66.6K 2.6K 379
                                    

"Alhamdulillah. Tuan Am sempat bawa Mrs Bryant ke sini. Kalau banyak pendarahan berlaku mesti baby dah gugur. Macam yang mrs cakap tadi, dia kena pijak dekat perut. Kawasan rahim mungkin tak kena. Kalau tak, saya tak dapat jamin keadaan Mrs Bryant." Doktor muda itu menjawab soalan yang diajukan oleh Adam Morris sebentar tadi.

"Diana mengandung?" Terangkat kedua-dua kening wajah kacak itu ketika menyoal. Dengan senyuman, doktor itu membalas.

"Dah genap empat minggu lebih, Tuan Am. Tuan Am boleh masuk tengok mrs. Kejap lagi nurse akan hantar ubat dan vitamin untuk Mrs Bryant. Saya minta diri dulu." Perempuan berbaju kot putih itu berjalan pergi. Adam Morris terdiam sejenak. Dia masuk ke dalam bilik khas yang ditempatkan Diana itu.

"Awak.. Saya pregnant!" Diana tersenyum manis ke arah suaminya ketika lelaki itu duduk di atas birai katil hospital. Wajah Adam Morris seperti kosong. Tidak marah apatah lagi gembira.

"Dah 4 minggu..." Diana tersenyum lebar. Walaupun bayi itu hampir gugur tetapi sungguh dia bersyukur kerana masih selamat. Pandangan kosong Adam Morris pada wajah Diana membuatkan Diana berasa hairan.

"What's wrong?"

"My girl..."Tangan gadis itu diraih.

"Do you want to keep this baby?" Sebelah tangannya menyentuh sedikiit di bawah perut Diana. Diana berkerut ketika mereaksi.

"Why? Awak nak saya gugurkan ke?" Tangan Adam turut dipegang. Jantung Diana berdegup laju. Sungguh dia tidak mahu gugurkan bayi itu. Berkali-kali dia berdoa agar Adam tidak menyuruhnya berbuat perkara itu.

"Yes."

"K-Kenapa? Awak..." Air mata Diana Fayree bergelinangan.

"Awak tak sayang anak kita ke? Jangan macam ni, awak. Saya tak minta awak untuk sayang saya pun. Saya tak minta awak untuk bagi saya macam-macam. Satu je saya minta, Adam. Saya nak baby ni. Please... Saya taknak gugurkan dia." Diana menangis. Dia tidak berani untuk melawan kata-kata mafia itu tetapi sungguh dia tidak mahu gugurkan bayi mereka.

"Jangan menangis. Aku tak suka." Air mata Diana dilap dengan kedua-dua jari ibunya. Gadis itu sendu. Wajah Adam kelihatan serius.

"Ni darah daging awak juga. Sampai hati awak nak bunuh dia." Diana menarik turun tangan lelaki itu. Hatinya terkilan dengan keputusan Adam.

"Kenapa awak sentuh saya kalau taknak jadi macam ni? Kenapa? Kenapa taknak bagi saya pil? Kenapa tak guna protection?" Diana menarik bantal di sebelahnya.

"Dari awak bunuh baby kita macam ni.." Diana berpusing ke arah bertentangan dengan Adam.

"Bukan macam tu, sayang. Aku tak terfikir pun kau akan pregnant. Aku bukan nak bunuh anak kita dengan sengaja tapi sekarang ni bukan masa sesuai, sayang." Tangan Diana diraih lagi.

"Aku okey dengan anak, Diana. Memang kita perlukan anak untuk this family tapi bukan sekarang. Kau kena belajar untuk jaga diri dulu. Tengok tadi jadi apa? Bahayalah kalau kau tak pandai jaga diri. Lagi-lagi kalau tengah pregnant. Macam mana kalau apa-apa jadi?" Adam sebenarnya risau akan keadaan isterinya. Sekurang-kurangnya dia mahu gadis itu mahir dengan pistol dahulu.

Diana mendirikan diri. Dia mesti mencari jalan untuk memujuk Adam Morris juga.

"Macam mana kalau benda bahaya terjadi? Dunia aku tak mudah, Diana." Diana berpusing ke arah Adam Morris semula.

"Awak kan ada. Awak kan pelindung saya. Saya kan ada awak. Awak kuat. Awak reti berlawan. Awak pandai gunakan senjata. Awak boleh lindungi kitorang kan?" Diana bergerak ke hujung katil. Dia mahu dekat dengan lelaki itu.

Adam Morris mendiamkan diri sejenak. Dia berfikir dengan kata-kata Diana. Dia cuma risau dan jauh di lubuk hati batu itu dia juga tidak mahu gugurkan darah dagingnya tetapi.. Keadaan dan keselamatan Diana lebih penting dari segalanya.

M1 The Bryant's Family✔️Where stories live. Discover now