"PELUK saya, awak!" Suara Dylan kedengaran dari jauh. Adam mengecilkan mata lalu terpandang ke arah perempuan yang hanya menurut dari suara adiknya. Terlihat juga Dylan yang kalut menekan butang lif untuk menutup pintu dengan segera.
"Itu bukan Tuan Dylan ke, Tuan Am?" soal Aiden yang perasan sebelum lif itu tertutup.
Adam Morris menghelah nafas perlahan. "Budak bertuah ni buat hal dalam company lah pula." balas Adam dengan nada biasa seolah-olah faham benar dengan apa yang dikatakan oleh pembantunya.
"Tapi tuan, kenapa Tuan Dylan dekat sini?"
"Nak jumpa dengan Drea agaknya. Biarlah dia. Kita banyak kerja lain lagi. "Adam berhenti di hadapan lif. Aiden mengangguk lalu menekan butang lif seterusnya untuk turun.
>>>
"BAGUSLAH kalau Diana setuju untuk kerja sini. Diana Fayree, awak diterima bekerja di sini." Andrea berjabat tangan dengan Diana untuk tanda formal. Diana tersenyum sambil membalas.
"Thanks, Cik Andrea. Saya akan cuba yang terbaik"
"Eh.. panggil saya Andrea aje. Suzy, pergi tunjukkan Diana tempat dekat sini. " Andrea membalas dengan ceria. Suzy patuh dan mengangguk perlahan walaupun pelik dengan perangai bosnya yang sentiasa tegas sewaktu bekerja tetapi tidak dengan Diana.
"Am buat apa dekat sini? Mati-matian ingatkan dah terserempak tadi. " Dylan terus duduk di kerusi di mana Diana duduk tadi, Andrea pantas menggeleng.
"Tak tahu. Am tak datang sini pun. Mungkin datang sebab jumpa dengan model agaknya. Yalah, dekat sini tengah panas gossip fasal Am dengan salah sorang model dekat sini," balas Andrea dengan tenang. Wajah abang keduanya dipandang biasa.
"Huh, lagi? Apalah yang dia rancang kali ini." Dylan mengeluh.
"Simpan ajelah niat perempuan-perempuan lain sebab daddy dah tahu tentang Diana. Bila kita nak bawa Diana jumpa daddy, Ian? Kalau lambat nanti Am buat tindakan lain pula. " Andrea mencadang dan Dylan mendiamkan diri untuk berfikir sejenak.
"Apa susah, malam ini kita culiklah Diana."
"Culik? Haish, jemput elok-elok tak boleh ke?" Drea mengeluh mendengar jawapan abang keduanya.
Dylan memang pelik dari yang lain. Otak masuk air dan mengada-ngada tetapi tentang kekejaman, serahkan saja pada dirinya. Perasaan belas kasihan Adam lebih banyak berbanding Dylan Lewis. Ia bermakna Dylan lebih kejam berbanding Adam Morris.
Manakala Lucas Alexander seorang yang selalunya tegas dan pendiam. Sejenis yang berwajah ketat di hadapan tetapi prihatin dengan adik beradiknya dalam diam. Hal tembak menembak adalah kepakaran anak ketiga William Bryant ini. Lucas Alexander sangat mahir dalam menggunakan senjata api.
"Ya, nanti Ian tanya Diana sibuk ke tak malam ni. Drea pergilah sambung kerja. Sementara daddy dekat sini, kita tak boleh sambil lewa aje nak buat kerja." Dylan mengeluh lalu mula berdiri.
"Yang Ian dekat sini lagi kenapa? Company tu dah tak bertuan ke? Kalau Ian nak ponteng, pergi tengokkan Diana tu. Entah-entah dah kena buli dengan model-model dekat sana. "Andrea menarik kertas itu keluar dari fail. Dibacanya dengan penuh teliti sebelum disusun di atas meja.
"Yalah yalah, kejap."
>>>
"BAIKLAH, saya jujur dengan awak. Sebenarnya saya juga adik beradik Bryant. Nama saya, Dylan Lewis Bryant. Bukan Adam. Awak tak pelik ke kenapa saya tiba-tiba ada dekat rumah sana malam itu?" Soal Dylan dengan hairan. Dia baru sedar tentang hal itu. Diana tersenyum lembut.
YOU ARE READING
M1 The Bryant's Family✔️
RomanceM1 Adam Morris x Diana Fayree And even if I still love you, I still wanna kill you. Because you broke my heart Versi lama: DEC 2018 Versi reedit: 10/09/19 REWRITE: 21/05/2024 TMG VERSI DEC 2018 PERNAH DIPADAM WATTPAD (bugs) 1 IN #romance [8-10/10/20...