SENYUM

58.4K 3.1K 446
                                    

"Ma.. Diana dah buat pinjaman duit dekat syarikat yang Diana bekerja. Semua cukup. Boleh belikan ubat-ubat untuk mama lagi."Diana tersenyum lembut. Tangan ibu angkatnya dipegang lalu diusap lembut.

Puan Lia dan suami ialah dua orang insan yang menjaganya dari kecil sejak kematian kedua-dua orang ibu bapa kandung Diana. Mereka tidak tahu yang Diana ialah puteri dari keluarga Evelyn sewaktu mengambil dia sebagai anak angkat. Setelah tiga tahun menjaga barulah gadis itu membuka mulut tentang kisah silam yang dia lalui sewaktu kecil.

Alangkah terkejutnya Puan Lia dan Encik Danial ketika mengetahui perkara ini. Maka mereka membuat keputusan untuk merahsia dan hanya beberapa orang yang mengetahui.

Diana bertemu dengan Stella sewaktu gadis itu melancong ke Malaysia dan berkawan baik. Anak dari keluarga Richard itu ikhlas berkawan dengan gadis yang lemah lembut dan baik hati itu. Selepas lima tahun Puan Lia dan Encik Danial menjaga Diana, gadis itu menerima ajakan Encik Richard untuk tinggal di sana demi kebaikan masa hadapan Diana.

Encik Danial yang mengalami masalah syarikat terus setuju apabila melihat ada baiknya jika Diana mengikuti Stella. Encik Danial berfikir Diana akan mendapat keperluan dengan secukupnya seperti pelajaran kerana Encik Richard mampu memberikannya.

"Mama betul-betul menyusahkan Diana lah. Nanti bila mama sihat, mama akan tolong Diana bayar." Puan Lia membalas dengan nada bersalah. Dia berfikir untuk mencari duit dari hasil penjualan makanan. Puan Lia memang handal memasak.

"Papa pun nak usaha keras lagi untuk tolong Diana juga." Encik Danial membalas dengan nada yang sama.

"Tak payahlah. Mama dan papa dah susah-susah besarkan Diana dulu. Lima tahun pun tempoh yang lama. Dania nak balas jasa aje ni. Entah apa jadi dekat Diana kalau mama dan papa tak jaga Diana." Diana tersenyum lembut. Dia amat berterima kasih kepada pasangan suami isteri itu. Sanggup menjaganya walaupun mereka sendiri dalam kesusahan pada waktu itu.

"Tapi jumlah yang Diana bagi ni terlampau banyak... Mama.." Lidah Puan Lia menjadi kelu apabila melihat cek di tangannya.

"Masa yang mama dan papa korbankan untuk jaga Diana lagi berharga dari duit, ma. Diana dah jumpa dengan doktor tadi. Doktor cakap lagi tiga hari mama akan dibedah. Diana harapkan keadaan mama akan bertambah baik." Puan Lia mengusap lembut pipi mulus gadis kacukan itu. Sungguh dia bersyukur apabila Allah yang Maha Agung mengurniakan rezekiNya dari cara membesarkan Diana Fayree.

[•••]

"Tuan, saya dapat maklumat lanjut tentang Diana Fayree."Aiden berjalan masuk ke dalam bilik bossnya.

"Kalau aku jadikan Diana girlfriend aku okay tak? Dia nampak macam baik." ujar Adam dengan tiba-tiba. Kemudian dia berkerut.

Baru tersedar dari angau.

"Tuan Am?"

"Ah! Lupakan apa yang aku merepek tadi. Ha ada apa lagi tentang dia?"Adam memicit-micit dahinya. Makin mengenal Diana makin menggila otaknya memikirkan tentang gadis itu.

"Diana, boss. Maklumat ni ada dapat dari kawan jiran Diana dulu." Aiden mendekati Adam lagi.

"Duduklah. Nasib bukan nenek moyang dia. Bagitahu cepat. Jangan buat aku tertunggu-tunggu." Dia jadi tidak sabar pula apabila melihat reaksi terkejut dari pembantu peribadinya.

"Diana anak Tuan Evelyn, boss. Lebih satu tangga dari Tuan William dalam carta orang terkaya dekat Eropah. Nama penuh dia Diana Fayree Evelyn. Boss ingat lagi tak satu kes yang satu keluarga Evelyn dibunuh? Diana terselamat. Kes ni tertutup dan ramai yang tak tahu kenapa."

Dahi yang dipicit tadi mula berkerut semula.

"Betul juga. Mom and dad pun tak tahu tentang hal ni. Evelyn? Patutlah parents aku cakap perempuan tu anak kawan baik diorang. Pelik betul aku sebab mummy dengan daddy takde kawan baik sampai Diana boleh gelar diorang macam tu."

M1 The Bryant's Family✔️Where stories live. Discover now