MRS MORRIS

80.7K 3.2K 518
                                    


BEBERAPA MINGGU BERLALU,

"Argh!!!!!!!" Pintu bilik air dihempas kuat untuk menutup. Jeritan Diana membuatkan lelaki yang sedang duduk di atas katil sambil melihat kertas kerjanya berkerut.

"Oit, kenapa ni?"Pintu kaca itu diketuk oleh Adam Morris.

"Awak buat apa dekat sini?! Pergilah keluar!" Balas Diana dari bilik air itu. Dia membuka sedikit pintu dan mengeluarkan kepalanya.

"Berani kau halau aku keluar dari rumah aku?" Adam cuba menarik pintu itu supaya terbuka lebih luas lagi.

"Ish janganlah! Saya pakai tuala je ni!" Diana mula gelabah dengan wajah merah padam.

"Yelah, kenapa? Keluar jelah. Bilik pakaian pun dekat sebelah je."Adam menjarakkan diri dari pintu bilik air itu untuk memberi ruang kepada Diana Fayree keluar.

"Awak lah masalahnya. Mana boleh kita berdua je dalam bilik ni. Pergilah keluar kejap."Pinta Diana dengan nada biasa.

"Ni rumah aku kan? Ikut suka akulah."Adam berjalan ke atas katil lalu duduk di birai katil itu semula.

"Awak... Bukan yang itu! Saya tengah pakai tuala je ni! Haish, keluarlah. Awak tu bukan boleh percaya sangat ."Diana mengigit bibirnya.

"Aku tak terkam kau lagilah. Belum kahwin lagi. Keluar jelah. Tak teringin pun nak tengok." Adam Morris membaca kertas itu semula. Dia memperbetulkan keadaan rambut dark brown miliknya.

"Betul ni? Jangan tengok, okay?" Diana menginginkan kepastian.

"Aku cakap aku tak teringin pun." Adam berdehem ringkas sambil sibuk dengan urusan kerjanya.

Bunyi pintu slide kaca ditarik kedengaran menarik perhatian pemilik grey eyes itu. Dia menelan liur melihat kulit cerah yang terdedah akibat tuala singkat itu.

'Damn!' Hati Adam berbisik tatkala terlihat Diana.

Adam segera melarikan mata apabila Diana berjalan sambil memandang ke arah dirinya untuk memastikan lelaki itu tidak memandang ke arah itu.

'Fuh, nasib tak tengok' Desik hati Diana lalu berlari masuk ke dalam bilik pakaian. Dia kembali setelah selesai memakai pakaian.

"Lepas ni ikut aku keluar." Lelaki itu mengurut belakang lehernya. Berasa tidak selesa pula setelah apa yang dilihatnya. Makin tak tenang pula lagi-lagi hanya dia dan Diana pula di dalam bilik itu.

"Lagi? Pergi mana?"

"Melawat parents angkat kau and then aku nak sumbat kau dalam spa. Makin kusut je aku tengok kau ni. Susah ke nak kahwin dengan aku?"Soalan Adam dijawab dengan gelengan.

"Tak, saya sibuk sikit je minggu ni.. Urm spa? Untuk muka ke?" Soal Diana sambil menyentuh wajahnya. Baik-baik sahaja tetapi lagi bagus jika pergi. Ingin pergi sendiri memang tidak mampu.

"Satu badan."

"Erk awak.."

"Sekarang ni, kau check kertas kerja ni kejap. Aku nak pergi buat kerja. 10 minit je dan takkan lebih. Kalau lebih tu maknanya, dia tak mati lagi lah." Pintu bilik ditutup oleh anak sulung kepada Tuan William Bryant. Diana mengerut memandang kertas-kertas itu.

"Erk awak.. Saya tak tahu." Dia cuba membaca dan tidak memahami satu perkara pun yang tertulis. Mahu tidaknya, setiap yang perkataan tertulis itu adalah bahasa German. Diana mengikut jejak langkah Adam untuk menyoal tentang itu.

Raungan kesakitan seorang lelaki mengejutkan Diana dan segera menghentikan kakinya dari terus mengikut Adam masuk ke suatu bilik itu.

"Bagitahu aku, siapa yang bocorkan rahsia BEC?"Suara Adam didengar oleh Diana. Gadis itu cuba mengintai di sebalik pintu. Adam merapatkan kepala lelaki itu ke dinding dengan kasar.

M1 The Bryant's Family✔️Where stories live. Discover now