BLACK DRAGON

58K 2.5K 184
                                    

"S-Saya.. Saya tak tahu apa yang aaawak.. Urm.. Cakap ni.."Air mata hampir mengalir. Panas. Dia sudah kuburkan hasrat itu setelah berganjak umur 17 tahun. Dia fikir dia sudah tidak mampu untuk berbuat apa-apa dengan kumpulan Black Dragon itu.

"You don't have to tell me everything. Just don't lie to me, my girl."Wajah resah milik isterinya direnung dengan sepasang grey eyes itu.

"S-Saya.. Saya.. Umm.." Diana tertunduk. Langsung dia tidak berani untuk melihat wajah mafia itu. Badan menggigil lalu mata dipejam rapat. Adam mencari zip blouse milik Diana di belakang. Zip kecil itu ditarik ke bawah separuh terus mendedahkan kulit cerah milik gadis kacukan Amerika itu. Kuku Adam menyentuh kulit lembut itu.

"Awak..."

"Kesan calar ni... Siapa buat?" Soal Adam ketika jarinya terhenti pada tiga garisan seperti pisau. Entah kenapa baru malam semalam dia sedar akan perkara itu.

"S-Saya cuai.." Diana mengigit bibirnya.

"Ulang apa aku cakap tadi. Aku nak sama and jangan ubah langsung." Kuku itu sedikit ditekan.

"Okay, saya jujur. Diorang.. Diorang buat.." Diana membalas dengan nada takut. Sungguh dia tidak mahu Adam sebegini. Dingin dan seperti misteri dengan dirinya. Sebagai ibu pregnant, tabiatnya dia mahu dekat dengan Adam Morris selalu. Dia mudah terasa dengan perasaan lemah.

"Siapa?"

"B-Black Dragon.. Leader dia.."

"That's my girl. Kau nak bunuh siapa?"Jari jemari runcingnya mula menarik zip itu ke atas semula.

"Orang.. Orang kanan.. Black Dragon.. Dia yang tipu dan gunakan saya." Dia membuka mata kembali. Wajah Adam Morris dipandang lama. Nafas ditarik dengan dalam. Rasanya Adam Morris sudah mengetahui separuh. Sebelum keadaan menjadi berputar belit, lebih baik dia beritahu.

"Awak dengar dengan baik-baik, okay?"

"Saya gigit kalau awak tak dengar betul-betul."

Adam Morris mengangguk sambil tersenyum kecil. Kerenah Diana betul menghiburkan hati keras bak batu gua itu. Tambahan pula ketika isterinya tengah pregnant, makin menjadi-jadi perangai itu.

"Lepas saya fikir parents dan abang saya dah dibunuh. Saya sebatang kara. Jiran saya yang bawa saya ke sini pun dah meninggal. Saya tinggal dekat persekitaran yang ada untuk beberapa minggu. Saya terjumpa dengan seorang budak perempuan. Seingat saya, nama dia Nilya. Dia bawah kumpulan bernama Black Dragon Group. dia tahu kisah saya dan bawa saya jumpa orang kanan BG untuk tolong saya."

"BG akan tolong saya untuk cari dan balas dendam sesiapa yang buat macam tu dekat keluarga saya.. Kalau saya penuhi syarat mereka." Diana tersenyum kelat. Jari jemarinya mengusap lembut wajah bersih milik suaminya.

"Waktu tu.. Saya pergi dulu. Saya tak terus bersetuju walaupun niat dalam hati saya memang dah terdesak. Selepas beberapa minggu terbiar, mama dan papa jumpa saya. Diorang jaga saya dengan baik sangat, awak. Saya fikir saya akan gembira tapi kes family saya sepertinya tidak boleh dibiarkan macam tu je. Saya mesti lakukan sesuatu." Adam mendengar dan hanya membiarkan jari jemari halus itu bermain di wajahnya. Mafia itu cuba untuk faham kerenah seorang 'perempuan' lagi-lagi ketika pregnant-kan anaknya.

"Mungkin dalam umur 6 tahun sampai 10 tahun, saya bekerja dengan diorang secara senyap. Muda lagi kan? Tapi tak mustahil sebab saya dengar awak dan siblings yang lain pun dah mula berlatih waktu kecil. Memang saya tak pernah bunuh orang tapi saya buat benda lain. Awak tahu.."

"Urm macam seludup senjata api untuk pihak lain. Saya macam urm berlawan dengan kumpulan yang bergaduh dan bersalah faham. Diorang latih saya macam awak tengah buat sekarang. Saya jadi keras hati dan lebih kurang gangster." Diana ketawa kecil. Nadanya makin ceria.

M1 The Bryant's Family✔️Where stories live. Discover now