29/07/2022
Tadi saya baca komen depan chapters sebelum ni, maybe awak akan baca chapter ni. Saya tulis cerita ni 4 tahun yang lepas. Agak mentah lagi waktu itu, tak perlu untuk awak faham saya yang masih belajar menulis tapi tak perlu rasanya komen negatif dari 'opinion' awak. Ya, memang ada beberapa scene yang tibeh ke tak logik. Saya minta maaf kalau penulisan ni banyak kekurangan. Tak perlu habiskan kalau ia hambar atau cringe atau sebagainya<3>>>
"PAGI?" Diana memicit-micit kepalanya yang terasa pening dan sakit. Dia sedang baring di atas katil double king size itu. Pandangan dihalakan sebelah, kosong. Nampaknya lelaki itu sudah bangun. Perlahan-lahan Diana mengukirkan senyuman manis mengingati apa yang terjadi antara dia dan Adam Morris.
Pinggang diurut perlahan apabila terasa sakit dan kebas. Comforter dipegang setelah dia bangunkan badannya. Rambut terus diikat gaya messy bun.
"Aduh..." Diana mengerut perlahan apabila terasa sengal pada sekitar badannya yang lesu.Diana memerhati sekeliling bilik. Kata Adam, setiap pukul sepuluh pagi, beberapa orang pekerja akan datang mengemas bilik dan menukar cadar katil pada setiap hari.
Diana mesti cepat sebelum pekerja lain datang. Dia segera membaluti dirinya dan berjalan perlahan ke atas bilik air. Setiap langkah yang dipijak oleh kakinya memberikan kesakitan. Dia cuba untuk menahan.
"Fuh, isteri ketua mafia ni. Mana boleh tak tahan sakit, bak kata Adam. Satu lagi kena berani." Diana tersengih lalu menutup pintu bilik air.
Rambut yang sudah dikeringkan terus diikat dengan gaya kegemaran Diana, messy bun. Dia memperbetulkan baju yang disarung beberapa minit tadi. Hanya ringkas gaya pemakaian yang dipilih kerana mood.
'Senyap je ni.. Takkan Adam pergi kerja?" Diana memerhati bilik mereka yang kosong. Blue eyes itu tertangkap sesuatu objek nipis di atas meja. Diana berjalan ke arah meja itu. Sekeping golden card bersama satu nota kecil dilihat oleh Diana Fayree Evelyn.
"For you. About last night, thanks.
Password:260500."Diana mengerut seribu ketika memandang. Senyuman di bibir manis itu pudar. Dia berfikir yang Adam menganggap perkara itu hanyalah ringan dan boleh dibayar dengan duit? Adakah lelaki itu menganggap dirinya sebagai pelacur? Diana menggigit bibirnya lalu berjalan keluar dari bilik dengan sedikit terasa dan marah.
"Excuse me. Do you know where is Adam?" Soal Diana dengan tergesa dan nampak penat. Rumah itu mempunyai lima tingkat di mana bilik mereka di situ dan dia turun ke tingkat paling bawah dengan tangga.
"Boss? He is here but Mrs Morr-"Kebetulan Diana berada di hadapan bilik itu. Dia terus membuka pintu bilik itu tanpa sempat maid itu memberitahu perkara selanjutnya.
"Adam Morris!! Apa semua ni?"Dia menyoal dengan nada sedikit kuat sambil berjalan laju ke arah lelaki yang sedang duduk di atas kerusi kerjanya. Sakit di kaki dia hanya dibiarkan. Adam sedikit terkejut dengan kehadiran isterinya yang meluru masuk.
"What?"
"This card. Awak fikir saya ni pelacur ke? Saya ikhlas bagi dekat awak malam semalam. Sampai hati awak fikir saya macam tu.."Diana hampir mengalirkan air mata. Dia fikirkan Adam tidak akan menyalah sangka akan dirinya lagi. Adam mengerut memandang kad yang ditunjuk oleh Diana Fayree.
"Saya layan semua yang awak nak sebab saya fikir awak anggap saya ni isteri awak..." Diana menyambung lagi. Merah padam wajah gadis itu ketika mengatakan. Mata itu memang nak mengalirkan air mata dah kalau dipandang. Adam Morris mengeluh perlahan.
"Aiden, kita bincang kejap lagi." Kata lelaki itu kepada pembantu peribadinya.
"A-Aiden??!" Diana terus tertunduk malu apabila tersedar yang Aiden turut berada di dalam bilik itu. Dia menelan liur dan gugup dengan tiba-tiba.
YOU ARE READING
M1 The Bryant's Family✔️
RomanceM1 Adam Morris x Diana Fayree And even if I still love you, I still wanna kill you. Because you broke my heart Versi lama: DEC 2018 Versi reedit: 10/09/19 REWRITE: 21/05/2024 TMG VERSI DEC 2018 PERNAH DIPADAM WATTPAD (bugs) 1 IN #romance [8-10/10/20...