03 BEC

64.4K 3.3K 350
                                    

THANKS YANG TETAP SUPPORT AUTHOR. THANK YOU SO MUCH❤️ ♥️ FOLLOW AUTHOR DI WATTPAD & INSTAGRAM SWEETIECUPCAKEE]♥️🥺

Diana menyelimutkan dirinya dengan comforter yang tebal itu. Badannya terus menggigil setelah terjaga. Perisitwa mengerikan itu berulang di fikirannya. Air matanya turun lebat. Sepinggan nasi goreng yang letakkan oleh seorang pekerja itu dipandang. Langsung tidak dijamah walau sebutir nasi kerana tekaknya loya.

Krekk

Bunyi pintu dikuak dari luar kedengaran. Diana segera mengesat air matanya. Mata kebiruan itu bertembung dengan kelabu gelap itu. Seorang perempuan cantik tersenyum lembut terus menuju ke katilnya.

"Diana kan? Nama I, Andrea. Boleh panggil Cik Andrea. Kenapa you tak makan?" soal perempuan itu dengan nada lembut.

Jauh sekali pemikiran Diana pada awalnya. Diana menyangkakan gadis itu ganas dan kejam seperti Adam Morris. Hal ini kerana terdapat sedikit tattoo di lengan. Dia tersenyum kelat dan berfikir semula.

"Aku tak patut menilai orang dari segi perwatakan." Hati Diana berbisik setelah tersedar kesalahannya.

"Saya tak ada selera, cik. Cik, tolong saya. Saya taknak duduk sini lagi. Lelaki tu.. Lelaki tu bunuh orang depan saya.. Dia.. Dia kejam dan aku takut." Diana terus menangis setelah meluah. Sungguh dia sangat ngeri akan kejadian itu. Sedangkan selama ini dia langsung tidak pernah melihat organ manusia bergolek di hadapan dia.

"Lelaki? Yang mana satu? Adam? Lucas? Atau Dylan?" Andrea menyoal dengan tenang.

Bunuh? Sudah terbiasa. Cuma tertanya yang mana satu antara tiga orang abangnya yang sanggup buat gadis polos ini trauma seperti ini.

"A-Adam... Cik.. Tolong... Saya merayu sangat. Saya sanggup buat apa-apa aje demi keluar dari sini." Bersungguh-sungguh Diana merayu dan memohon. Andrea memandang wajah Diana yang sangat cantik itu. Sangat menyedihkan jika wajah secantik ini dalam keadaan resah sebegini. Dia mendiamkan diri untuk berfikir sejenak.

"Kenapa nak keluar? Diana tahu kan yang Adam boleh masukkan Diana dekat dalam bilik ni bila-bila aje?" soal Andrea dengan pelik. Wajah kemerahan itu dipandang reaksi biasa.

"Saya tak kisah asalkan saya boleh jumpa parents saya dulu. Mesti dia orang risau saya hilang macam tu je. " Jawab Diana dengan penuh resah. Dirinya menjadi bertambah tidak tenang apabila teringat akan kedua-dua orang yang dia begitu sayang itu. Ditambah pula dengan kawan baiknya, Stella.

"Hmm kalau macam tu, I boleh tolong .. Tapi dengan satu syarat. Diana boleh jadi model sementara untuk koleksi pakaian terbaru?" Andrea sempat memikirkan tentang perniagaannya. Dia juga tidak bersetuju dengan keputusan abangnya untuk mengurung Diana Fayree yang tidak bersalah.

"B-Boleh. Takpe ke cik macam ni? Adam tak marah?" soal Diana dengan gembira. Seolah-olah dia seperti mahu keluar dari neraka dunia, wajah cantik itu menjadi berseri-seri dan kurang pucat dari tadi.

"Biar I yang selesaikan. Lagipun Am dah berangkat ke London malam semalam. Dua tiga hari nanti baru balik. Diana boleh mula kerja esok. Gaji Diana dibayar per sesi yang Diana datang, okey? Dibayar dengan nilai US dollar yang dikira-kira RM 10k per sesi. Ini kad untuk Diana tunjuk dekat guard nanti." Andrea tersenyum lembut lalu memberi sekeping kad perniagaan yang direka cantik itu. Diana menerima dengan wajah cuak. Sepuluh ribu ringgit setiap sesi?

"Dia pergi hanya tiga hari?" Sebenarnya tidak ada apa yang perlu hairan. Keluarga Bryant mempunyai beberapa jet peribadi dan cawangan lapangan terbang mewah tersendiri.

"Ya, Adam ini agak sibuk dengan kerja. Kan dikenali sebagai lelaki tak pernah berminat bercinta jadi dia memang fokus kerja . Dia memang pentingkan masa. Kalau pekerja lambat dua minit sekali pun... Tak apalah, Diana ada soalan lain lagi tak?" soal Andrea. Tidak mahu membuka cerita tentang abangnya yang cukup tegas dengan orang lain. Sebenarnya dirinya juga tidak jauh dari Adam cuma dia lebih suka mengasingkan sikap peribadi, sikap bekerja dan sikap di dunia gelapnya.

M1 The Bryant's Family✔️Where stories live. Discover now