EVELYN FAMILY

80.5K 2.7K 125
                                    

Diana merengek perlahan apabila tidurnya terganggu kerana bunyi pintu ditutup kasar. Dengan cara Adam Morris Bryant itu begitu, habis ke pintu pun hendak dipukulnya.

Mata digosok sebelum mata biru itu menangkap figura manusia yang sedang duduk di birai katil.

"Meeting awak dah habis ke? Sorry, saya tertidur."ujar Diana dengan rasa bersalah. Sepatutnya dia dah mula belajar dari suaminya cara menguruskan syarikat.

"Takpelah, lain kali. Aku faham kau penat." Adam membalas nada biasa. Diana mengangguk perlahan.

"Sayang." Panggilan itu mengejutkan Diana kerana nadanya berlainan.

"Jom keluar shopping? Kau mesti nak baju atau beg baru? Aku bosanlah." Ajak Adam Morris sambil memerhati raut wajah ayu milik anak perempuan Tuan Evelyn itu.

"Awak ni.. Taknaklah saya. Membazir je kerja awak ni. Lagipun dah banyak awak belikan untuk saya dulu." Diana bermain jarinya.

"Itu sebelum kita kahwin. Takpelah nanti aku heret kau pergi juga. Oh ya, jom pergi balik rumah kau." Kata-kata Adam membuatkan gadis itu mengerut pelik.

"Apa ni? Kita dekat Amerika. Rumah saya dekat Malaysia." balas Diana dengan cukup hairan. Lelaki itu terus menjentik dahi isterinya yang kelihatan blurr di situ.

"Rumah parents kau lah. Lupa daratan dah ke?

Diana terdiam seribu bahasa. Tangannya mengeletar dengan sendiri.

"It's okay, aku ada." Dipegang tangan mulus itu dengan kemas hingga terdiam.

"Saya tak pernah pergi sana sejak saya tinggalkan tempat tu... Dengan jiran saya.." Diana tertunduk.

"I'm scared, Adam. I'm scared... I'm scared.." Diana menerpa ke arah Adam di atas katil.

"Diorang yang jahat tu dah takde ha. Jangan risau. Kalau ada pun, aku ada untuk lindungi kau." Pujuk Adam.

"Awak janji takkan tinggalkan saya?"

Soalan itu dibalas dengan anggukan tanpa ragu.

"Believe me, my girl."

Diana menarik nafas dan menghembus dengan lagak untuk bertenang.

Wajah serius Adam dipandang dengan penuh teliti. Jantungnya berdegup laju dengan tiba-tiba.

'Awak... Kalau saya cakap yang saya dah jatuh cinta dekat awak, adakah ia mustahil untuk dipercayai? Kalau saya.. Salahkah saya jatuh cinta dekat seorang mafia? Walaupun awak ialah suami saya..' Hatinya berbisik. Diana mengenggam erat tangan Adam Morris.

"Saya percaya awak."

[***]

Diana berjalan ke arah pagar mewah yang jauh lebih besar dari dirinya. Pemandangan yang dijamu oleh matanya langsung tidak sama seperti apa yang dia lihat kali terakhir malam itu.

Badannya mengiggil sendiri. Kereta mewah milik Adam morris dipandang. Lelaki itu mahu Diana masuk terlebih dahulu bersama seorang pengawal terbaiknya. Hal ini kerana risau apabila datangnya kehadiran Adam Morris, ia akan mengubah sesuatu yang tidak boleh dijangka.

 Hal ini kerana risau apabila datangnya kehadiran Adam Morris, ia akan mengubah sesuatu yang tidak boleh dijangka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
M1 The Bryant's Family✔️Where stories live. Discover now