WHITE DRAGON

62.3K 2.3K 188
                                    

"Awak sibuk? Saya nak tanya awak something kejap." Diana setia berdiri di tepi meja Adam Morris. Kerusi dianjakkan, lelaki itu menepuk pahanya perlahan untuk menyuruh gadis itu duduk. Diana menurut arahan lelaki itu tanpa banyak soal.

Sepasang mata kebiruan itu sempat mengerling ke arah seorang wanita yang memeriksa fail di sofa hujung itu, Nany. Perempuan itu beraut wajah tidak senang, sudah pasti api kemarahan pada Diana sedang membara. Cemburu kerana gadis cantik itu mendapat Adam Morris.

Pinggang Diana dipegang kemas sambil gadis itu duduk di paha kanannya dan sedikit senget untuk memelihat wajah ayu isterinya. Jari jemari Diana mula menggatal bermain tali leher Adam Morris. Dia mahukan perhatian dan layanan Adam Morris Bryant. Bibir tersenyum nakal. Dalam masa yang sama dia sengaja ingin menambahkan api kemarahan sepasang mata hitam yang curi-curi melihat dan mendengar.

"Ni betul soalan atau sengaja nak bermanja dengan aku dekat sini? Kalau kau rindu, aku boleh suruh perempuan tu keluar dulu." Adam mengelus pipi lembut milik gadis itu. Diana menggeleng perlahan.

Dia tidak mahu menganggu masa mafia itu dengan lebih lama. Nany sedikit terasa dengan kata-kata boss nya. Ia seperti dia yang menganggu mereka berdua sedangkan dia berfikir yang Diana ialah penyibuk.

"Soalanlah awak." Gadis itu melindung pandangan Adam lalu kepalanya ditunduk.
"Saya nak tanya pistol ni ada peluru ke tak? Macam mana nak isi? Saya tak tahu." Diana menyoal sambil mengeluarkan pistol dari dress paras lutut yang dia pakai. Nampak ayu dari jauh tetapi siapa sangka gadis itu membawa sepucuk pistol di sebalik dress berwarna biru cair.

"Bukan kau pakar ke bab pistol ni?" Adam membelek AMT Hardballer yang asalnya dari negara US. Diana memerhati perbuatan mafia itu dengan penuh minat. Sebenarnya dia tahu sahaja perkara basic seperti itu tetapi sengaja mahu meluangkan masa sekejap bersama Adam. Malah dia sengaja membuat hati Nany panas memandangkan mereka berdua bermusuhan.

"Ada jelah peluru. Kau tengok aku buat ni pun kau tahu kan nak isi macam mana." Adam menyerahkan sepucuk pistol itu semula. Diana berkerut halus tanda hairan. Entah apa lagi yang dia mahu teruskan.

"Saya rasa macam takde je."
"Haish, ada lah. Tadi kan dah tunjuk."

"Mana ada awak tunjuk satu-satu. Awak buka sendiri, saya tak sempat fokus." Diana tersenyum segaris sambil membelek pistol yang dipegang. Tangan diluruskan ke hadapan untuk menguji.

"Ha tembaklah kalau tak percaya ada peluru." Sengaja Adam Morris mahu melihat Diana menembak walaupun di dalam bilik kerjanya. Bibir itu makin melebarkan senyuman nakal. Sepasang blue eyes berpura-pura memandang ke arah dinding sebelah kanan walaupun mengerling ke arah Nany yang berada di kiri.

"Awak bilangkan, boleh?" Nada manja digunakan oleh Diana. Mafia itu hanya mampu mengangguk sambil tersenyum. Ikutkan sahaja. Siapa suruh buat gadis kacukan itu pregnant, kan dah terlebih manja.

"One."

"Two."

"Thr-" Diana cepat-cepat menukar arah dengan pantas ke kiri sebelum nombor itu habis disebut.

'Bang!'
'Agh!'

Bunyi perempuan menjerit menyusul setelah bunyi tembakan kuat yang terkena pada sofa yang dia duduki. Sebelum peluru itu menembusi sofa itu, ia yang melepasi sedikit kulit Nany. Hal itu menyebabkan sedikit luka dari peluru yang ditembak.

"Opps, tersasar!" Diana masih tersenyum walaupun reaksi di hadapan Adam Morris ialah 'bersalah'. Nany mengerut perlahan. Masih terkejut walaupun tidak sesakit mana kerana luka yang kecil sahaja.

"Sorry, Nany!!" Sambung Diana lagi lalu memeluk Adam Morris Bryant.

"It's okay. Bukan apa sangat pun." Balas perempuan itu dengan nada yang berpura-pura. Hal ini kerana Adam Morris berada di dalam bilik tersebut sekali.

M1 The Bryant's Family✔️Where stories live. Discover now