"Saya nak ada family yang bahagia, suami yang sentiasa tak penat layan kerenah saya dan anak-anak. Saya nak keluarga bahagialah senang," ujar Diana sambil tersenyum manis.
"Hmm malangnya kau kena batalkan niat tu sebab ia takkan terjadi." Balas Adam lalu mengeluh. Diana mengerut hairan. Dia tidak faham apa yang mafia itu katakan. Mata kelabu gelap itu merenung mata Diana secara serius dengan tiba-tiba.
"Diana Fayree, aku nak bunuh kau."
Badan Diana mengiggil ketakutan. Dia tahu yang sekali Adam cakap, dia akan lakukan jika dia mahu. Air matanya mengalir.
"Kenapa? Sebab saya menyusahkan awak ke? Adam, jangan macam ni. Saya janji saya janji balik apa yang awak pernah kasi. Lepas ni saya dah tak jadi beban dekat awak."Mengiggil tangan itu cuba menyentuh baju Adam Morris Bryant tetapi lelaki itu makin menjauhkan dirinya.
"Bukan sebab tu. Puncanya, kau ni Evelyn..."Adam mengeluh. Sungguh dia tidak mahu berumah tangga lagi bust sementara ini tetapi daddynya telah memaksa.
"Awak... Jangan bagitahu saya yang awak ni dalang sebalik kematian seluruh keluarga saya?"Air mata terhenti. Wajah sembam itu memandang tepat wajah lelaki di sebelahnya. Lelaki itu mengeluh. Lembap.
"Bukan. Kau jangan pepandai nak menuduh. Tak pasal aku bunuh kau sekarang ni jugak."Adam mengeluarkan pistol dari poket belakang seluarnya.
"Diana, family aku pernah aturkan perkahwinan dengan family kau dulu. Disebabkan aku, anak sulung William Bryant dan kau satu-satunya anak perempuan Tuan Evelyn so diorang dah buat perjanjian." Terang Adam membuatkan Diana terdiam tak berkata.
"Memang tak boleh tolak ke?"
"Kau nampak macam boleh tolak ke?" Soalan Adam membuatkan Diana buntu. Dia tertunduk. Siapa je yang nak berkahwin dengan mafia kejam macam Adam? Walaupun lelaki ini sungguh kacak. Hanya perempuan yang boleh tahan dengan perangai egonya sahaja akan boleh.
"Tapi.. Saya taknak mati lagi.. Awak boleh ambil semua yang awak kasi ni. Saya nak teruskan hidup. Mama.. Papa.. Masih ada lagi.. Saya.. Saya tak sanggup." Terketar-ketar tangan Diana pada ketika itu.
"Kau degil. Kau nak aku buat diorang ikut kau sekali ke?" Adam merengus kasar. Tiada siapa yang pernah melawan kata-katanya kecuali gadis ini.
"Eh, awak! Jangan! Tolong..." Air mata sudah mengalir laju. Jika dikaitkan dengan manusia yang Diana sayangkan, mana mungkin gadis itu mahu menolak lagi. Dia pasrah. Dia tahu dia tidak boleh berbuat apa-apa apabila urusannya dikaitkan dengan lelaki yang sudah terkenal dan digelar Mafia itu.
"Stop crying. Aku tak suka tengok kau menangis. Kau tunang aku, Diana. Even tak serasmi mana." Air mata gadis itu dilap dengan ibu jarinya. Dia mengeluh. Sungguh tidak percaya, Diana mampu meruntuhkan egonya ketika mereka bersama.
"Habis? Awak suka tengok saya mati? Apa bezanya menangis dan mati? Saya rela menangis sepanjang hari dari dibunuh oleh awak."Diana yang terkedu dengan perbuatan mafia itu segera menyedarkan dirinya.
"Kau ni degil. Suruh mati pun susah ke? Sakit sekali tu je." Adam merengus kasar. Stress lagi untuk membuat keputusan.
"Awak cakap senanglah. Yang nak merasa tu saya. Mati? Awak tahu tak apa hajat saya terakhir? Saya nak ada keluarga yang bahagia. Ada seorang suami yang melindungi saya dan anak-anak. Tapi awak nak bunuh saya sekarang ni." Diana tertunduk lagi. Masalah yang besar. Kemudian dia ingin menyoal lagi.
"Selain mati, pilihan apa lagi yang saya ada? Selain dari kahwin dengan awak.."Soalan Diana membuatkan Adam mengeluh berat.
"Takde, takde, takde. Kau nak kahwin dengan aku sangat ke hah? Harta kau dekat sana pun ada. Aku tak boleh bagi kau benda tu. Kau pun tahu aku ni orang macam mana? Keluarga?" Adam menutup matanya. Dia bersandar pada bangku itu. Kelihatan orang ramai berjalan melintas bangku mereka. Sudah semestinya wajah kacak lelaki itu menjadi tatapan para gadis. Malangnya, dia mempunyai ego.
YOU ARE READING
M1 The Bryant's Family✔️
RomanceM1 Adam Morris x Diana Fayree And even if I still love you, I still wanna kill you. Because you broke my heart Versi lama: DEC 2018 Versi reedit: 10/09/19 REWRITE: 21/05/2024 TMG VERSI DEC 2018 PERNAH DIPADAM WATTPAD (bugs) 1 IN #romance [8-10/10/20...