"Sakit... Kau ni kenapa, Mia?" Soal Diana sambil berkerut ketika rambutnya ditarik kasar oleh model kacukan Arab itu.
"Aku benci kau! "Dia menarik rambut Diana lagi walaupun gadis itu sudah cuba melawan balik.
"Kau nak aku potong tangan kau ke macam mana? Jauhkan tangan kau dari Diana. "Satu suara menegur mengejutkan mereka berdua.
"A-adam.. Bila you keluar?" Spontan tangan itu diturunkan selepas dilepaskan. Wajah lelaki itu terlalu gerun untuk dipandang. Dingin dan sedang marah.
Lelaki itu segera mendekati mereka berdua. Wajah polos gadis itu direnung ringkas lalu jarinya memegang dagu Diana Fayree.
"Kau okay?"Sedikit didongakkan wajah cantik itu untuk tepat memandang wajah lelaki kacukan di hadapannya.
"O-okay..." Jawab Diana dengan gugup.
"Jaga sikit perangai kau, Mia. Kau fikir aku peduli sangat ke dengan hal daddy kau. Diana lagi penting. "Adam menarik tangan tunang tidak rasminya dan meninggalkan tempat itu.
Mia menghentak2kan kakinya dengan tidak berpuas hati. Tangannya digenggam geram.
"Damn! Kau dah buat apa dekat Adam aku, Diana?!" Marah Mia dengan suara nyaring. Telefonnya digapai lalu mendail nombor seseorang.
"Betul ni? Tak perlu pergi klinik?"Adam menyoal lagi. Dia mengangguk ringkas saat setiap kali para pekerja terserempak dengan Adam, mereka akan sedikit menunduk hormat. Diana mengeleng laju.
"Betul.. Alah, tarik rambut je pun. Lagipun kejap je.." Balas Diana tersenyum. Dia tersentuh. Selama ini, tiada lagi lelaki yang mempertahankan diri Diana dari dibuli sejak kematian parents kandungnya. Selama ini, hanya Stella yang menolong jika ada masalah di sekolah sana.
"Lepas ni jangan lembik sangat.. Haish.. Takpelah. Tak perlu risau. From now, I'my your protector. Kau lapar? Jom minum petang?" Ajak Adam sambil memberi isyarat pada tiga orang bodyguards yang mengikuti mereka berdua dari jauh untuk sediakan kereta.
"Thanks.. Adam..."
[SKIP]
"Mummy... Kenapa Diana takut... Tadi ada budak yang nak buli Diana tapi nasib Uncle Ken tolong. Mummy.. Macam mana kalau bila Diana besar nanti, Uncle ken dah takde nak tolong Diana?" Soal gadis berusia 5 tahun itu dengan polos. Budak perempuan itu merujuk pada salah sorang bodyguard yang dimilikinya. Wanita itu tersenyum lembut.
"Takpe, waktu tu dah ada orang nak lindungi Diana. "Jawab Mrs Evelyn sambil mencubit pipi anak perempuannya.
"Siapa? Daddy ke?"Soal Diana dengan penuh minat.
"Tak, nanti princess mummy akan tahu juga. "Dipicit-picit lembut lagi pipi budak perempuan itu sebelum mendukungnya.
"Baiklah. Kalau macam tu, Diana kena tunggu."
"Ye, sayang. Diana kena tunggu."
***
"Mummy.. Mummy.." Rancauan gadis itu menghentikan perbuatan Adam dari terus merenung ke arah luar tingkap kereta mewah itu. Mata grey itu terjatuh ke arah wajah cantik yang mula berkerut dalam tidurnya.
"Mummy? Kau rindu mummy kau ke?" Adam mengeluh saat mengelus lembut pipi Diana yang sedang baring. Kepala gadis itu sudah lama diletakkan di atas ribaannya.
"Sayangnya, aku tak boleh kasi benda tu dekat kau, Diana. Kau pun tahu kan?"Tangan Diana dipegang setelah itu. Wajah Diana terus menjadi tenang, membuatkan kening Adam terangkat mereaksi.
YOU ARE READING
M1 The Bryant's Family✔️
RomanceM1 Adam Morris x Diana Fayree And even if I still love you, I still wanna kill you. Because you broke my heart Versi lama: DEC 2018 Versi reedit: 10/09/19 REWRITE: 21/05/2024 TMG VERSI DEC 2018 PERNAH DIPADAM WATTPAD (bugs) 1 IN #romance [8-10/10/20...