05 MIA

59.4K 3K 765
                                    

KEESOKANNYA.
Diana berjalan masuk ke dalam bangunan syarikat yang megah dibina. Hari ini merupakan hari kedua dia masuk ke dalam bangunan itu. Tingkat sembilan belas dituju dengan diri yang penuh dengan gugup.

"Hai... " Dia menyapa model-model yang sedang sibuk dipakaikan solekan. Mereka tidak membalas dan membuat hal masing-masing di kerusi. Seolah-olah Diana tidak wujud di situ. Diana terkedu.

"Cik Diana kan? Please have a seat. "Seorang gadis berumur dalam lingkungan awal 20-an menegur dirinya dengan senyuman manis. Diana mengangguk perlahan lalu duduk di kerusi yang di hadapannya terdapat cermin yang besar. Meja itu dipenuhi dengan pelbagai solekan daripada buatan mewah.

"Tunggu sekejap eh," ujar gadis itu sebelum berjalan pergi meninggalkan bilik tersebut.

"Datang bitch baru pula. Menyemak ajelah budak baru ni. Pelik betul aku. Dia baru lagi tapi kenapa dah boleh masuk top model dekat sini? " Diana tertunduk apabila terdengar seorang model berbisik-bisik di meja sebelahnya.

"Apa nak pelik? Entah-entah dia tidur dengan pengurus besar dekat sini. Haha takkan kekal lamalah kalau macam tu," balas seorang model lagi. Diana menggigit bibirnya. Geram. Tetapi dia masih boleh bersabar. Sungguh dia tidak mengetahui yang tingkat yang dia ditempatkan ini adalah untuk top model.

"Pengurus apa sangatlah kalau nak dibandingkan dengan kau, Mia. Tuan Am boleh pecat sesiapa pun demi kau."

"Adam? Tuan Am? Kekasih dia ke tu?" bisik hati Diana lalu mencuri-curi lihat model di sebelahnya. Perempuan itu mungkin berusia dalam lingkungan awal 30-an. Berbadan langsing seperti Diana dan tinggi. Berwajah kacukan Arab-Melayu. Cantik sudah semestinya tetapi masih tidak setanding kecantikan Diana Fayree.

"Baju pun old-school je betina tu. Entah pengurus mana yang buta tu?" sambung Mia dengan tidak berpuas hati. Dia cemburu melihat kecantikan gadis itu. Benci bagaimana pun, dia tidak boleh menafikan perkara yang nyata.

Diana melihat ke arah baju yang dipakainya. Ia merupakan hadiah pemberian dari mama. Diana menghelah nafas perlahan. Lebih baik dia pekakkan telinga. Buat apa nak melayan. Buang masa, fikir Diana.

"Okay, Cik Diana. Let's start!" Gadis itu kembali dengan senyuman. Wajah Diana disolek dengan berhati-hati.

"By the way, nama saya Jessie. Saya akan jadi penghias Miss Diana bermula dari hari ini. Umur saya 22 tahun," ujar gadis itu sambil membuat kerjanya.

"Panggil Diana aje. Hai Jessie. Nice to meet you." Diana tersenyum lembut ke arah gadis muda darinya itu.

"Jom keluar, Yin. Benci pula aku tengok perempuan fake ni. " Diana memerhati dua susuk tubuh model yang keluar dari bilik itu menggunakan ekor matanya pada cermin.

"Biarkan dia orang. Mia tu memang macam itu kalau ada newbie dekat sini. Lagi-lagi bila Cik Andrea yang letak Diana sendiri dekat sini," ujar gadis yang berbangsa cina itu.

"Dia pun rasa semakin bongkak lepas Tuan Am bagi perhatian dekat dia sejak dua menjak ni," sambung Jessie lagi.

"Patutlah.. It's okay. Saya tak ambil hati pun. Awak tak suka dia eh?"Senyuman Diana tidak pudar. Sangat manis dan cantik.

"Bukan saya aje. Memang semua pekerja dekat sini kalau boleh nak elak dari makeup muka plastik dia tu. Tapi dah kerja, kan? Nasib saya dikhaskan untuk Diana aje. "Jessie menghelah nafas lega.

"By the way, Diana cantiklah. Makeup sikit pun dah terserlah. Sis kacukan apa?" soal Jessie dengan penuh minat. Lip gloss diletakkan di atas meja itu usai digunakan.

M1 The Bryant's Family✔️Where stories live. Discover now