"Why are you here?" Suara itu menyoal dengan sedikit dingin. Mata kelabu itu sibuk membaca kertas-kertas yang ditaip dalam bahasa Perancis. Dari rentak bunyi kasut tinggi dan bayangan tubuh gadis itu sudah dapat diteka oleh Adam Morris walaupun kepala langsung tidak diangkat.
"Huh? Bukan awak mesej saya ke tadi?" Diana garu kepala yang tidak gatal. Hairan. Rasanya dia tidak salah baca pada skrin yang memaparkan mesej itu setelah sistem telefon itu mentafsir dari bahasa komputer ke teks.
"Tertekan agaknya. Dah pergi keluar balik." Halau lelaki itu setelah menyatakan alasan tidak munasabah. Diana makin berkerut. Kakinya masih melangkah walaupun lelaki itu sudah menyuruh untuk dirinya keluar.
"Adam..." panggil Diana dengan nada perlahan.
Satu minit. Dua minit. Tiga minit. Tiada perubahan.
"Awak..." Diana berdiri di sebelah kerusi Adam Morris. Keluhan dilepaskan oleh mafia itu tetapi masih tertumpu pada laporan pekerja.
"Get out."
"I'm sorry. Sorry, sorry, sorry, sorry, sorry, sorry, sorry, sorry, sorry, sorry, sorry, sorry, sorry." Gadis itu masih setia berdiri di sebelah kerusi.
"Saya minta maaf, awak. Lepas ni, saya akan cuba untuk tak degil. Saya cuma risaukan awak je. Saya tak tahu yang awak boleh kena tembak. Sorry! Sorry! Saya sanggup buat apa-apa aje untuk awak maafkan saya. Please, Adam." Pen terus diletakkan. Kerusi itu dipusing ke arah kanan, iaitu di sebelah Diana berdiri.
"Anything?" Muka masih ketat ketika bertanya. Diana menelan liur lalu mengangguk.
"Apa-apa je yang awak minta, saya akan bagi kecuali duit dan nyawa. Saya takde duit dan saya taknak awak bunuh saya. I wanna stay with you..." Lembut suara Diana membalas.
'Forever.' Hati kecilnya membalas perlahan.
"Sit on my lap, Diana Fayree." Adam memberi ruang kepada isterinya lalu Diana spontan duduk setelah ditarik oleh Adam. Lelaki itu tidak menunggu jawapan Diana.
"Let me see. Means kalau aku minta something, kau akan bagi atau buat? Am i right?" Soal Adam. Matanya seperti merenung ke arah sepasang mata cantik yang tidak berhenti memandang ke arahnya. Jantung masing-masing seperti berdegup kencang. Kepala diangguk lalu membuahkan senyuman sinis milik CEO syarikat kepunyaan keluarga Bryant itu.
"What if I say...." Mata Adam jatuh ke bawah. Sedikit demi sedikit.
"Awak.. Awak nak apa?" Berasa gerun apabila Adam membuat gaya begitu. Entah kenapa, bayangan Adam ingin membunuh dirinya bermain di kotak pemikiran.
"Kau." Jari jemari runcingnya bermain di kain blouse Diana yang berwarna biru cair itu.
"Can I?" Dengan gementar Diana mengangguk dengan laju.
Tangan wanita itu diraih dan diusap lembut. Dia cuba untuk melindungi Diana dengan semampu yang boleh. Pada mulanya, Adam berasa berlainan kerana sebelum ini, dia bersorangan. Adik beradiknya masing-masing boleh mempertahankan diri. Tetapi apabila datangnya Diana, Adam berasa berlainan dari sebelum ini. Entah kenapa, di hadapan wanita itu Adam ingin tunjuk kepada Diana yang dia boleh menjadi pelindung kepada gadis itu.
"Maafkan saya?" Jari jemari Diana memintal-mintal butang baju kemeja berwarna putih lelaki itu. Senyuman yang terukir di bibir lelaki itu membuatkan Diana tergamam. Cair. Hanya Diana yang sering melihat senyuman itu. Tambahan pula pada jarak yang dekat ini, jantungnya berdegup laju.
"Hmm, susahlah aku nak maafkan orang." Adam menghelah nafas perlahan.
"Takpelah.. asalkan awak tak bunuh saya. Terima kasih sebab selamatkan saya hari tu. Nasib awak kuat. Kalau tak, saya dah jadi janda sekarang ni." Suara Diana seperti tidak merelakan perkara itu. Perlahan-lahan dia ingin turun tetapi Adam segera menahan.
YOU ARE READING
M1 The Bryant's Family✔️
RomanceM1 Adam Morris x Diana Fayree And even if I still love you, I still wanna kill you. Because you broke my heart Versi lama: DEC 2018 Versi reedit: 10/09/19 REWRITE: 21/05/2024 TMG VERSI DEC 2018 PERNAH DIPADAM WATTPAD (bugs) 1 IN #romance [8-10/10/20...