01 CURANG

70K 3K 367
                                    


20/12/2019 NOTE 📝

Hai semua, saya nak minta baca nota ringkas ni❤️
Buat readers lama, mungkin awak dah tahu yang The Mafia's Girl tahun 2018 dah tak ada sebab dipadam oleh Wattpad.

Saya tak boleh menulis semula sebab tiada back up. Saya hanya copy paste tulisan dari screenshot bab-bab sebelum ni. Jadi kemungkinan akan ada beberapa kesalahan seperti:

Ayat yang berulang banyak kali. Perkataan dijauhkan sebab google tak boleh detect perkataan dekat gambar dengan jelas. Banyak ayat yang tidak ada tanda baca dan typo (atas sebab yang sama seperti no2)

Minta maaf yaa jika mengganggu pembacaan
terima kasih berminat membaca❤️

THE MAFIA'S GIRL DEC 2018

"ADAM MORRIS!"

Lantang dan kuat suara itu memanggil nama itu. Matanya terpandang kepada lelaki yang sedang turun dari tangga. Satu per satu anak tangga dipijak ketika turun. Butang baju kemeja putih dikancingkan dengan jari-jemari tangan kanannya. Hanya dua butang teratas ditinggalkan untuk keselesaan.

Sepasang iris kelabu itu menangkap pada figura lelaki yang setia menunggunya di tingkat bawah. Bibir terasa berat untuk menyahut panggilan itu.

"Huh?" Dia membalas dengan malas. Lengan baju kemeja yang panjang itu dilipat separuh ke atas. Apa lagi yang budak ini nak buat? Tak cukupkah dengan kekacauan gila yang dia dan anak-anak buahnya buat malam tadi?

"Do you like it?" Skrin iPhone XR itu ditunjukkan kepada abang sulungnya. Bibir tersungging senyuman bangga, tertunggu-tunggu kalau ada pujian dari abang sulung.

Adam hanya memandang kosong. Tiada perasaan apa-apa muncul ketika dia memandang gambar Dylan Lewis yang sedang memegang rambut dari kepala seorang lelaki yang dipenggal petang tadi. Entah kenapa fikirannya pada malam ini seperti melayang jauh.

"Biasa." Sepatah dijawab lalu laju tangannya mengetuk kepala lelaki itu. Dylan kalau tak buat hal memang tak sah!

"Whyyyyy?" Dylan berkerut dan menyoal dengan tidak berpuas hati. Amat jarang jika abangnya mengetuk kepalanya. Sebolehnya dia mahu kerja yang dilakukan akan dapat pujian Adam Morris.

"Seksa dengan bunuh ada beza tak?" soal Adam dengan nada biasa. Tidaklah terlalu marah. Asalkan arahannya untuk lelaki pengkhianat itu mati sudah cukup. Cuma, kalau penggal macam itu pasti tidak akan ambil masa yang lama.

Dan, itu bukan cara dia.

"But... hmmm dia lembik sangat. Pijak sikit pun nak pengsan. Aku penggal ajelah sebab malas tunggu." Dylan seperti mengomel. Sudahlah petang tadi dia pun nak cepat.

"Tapi kau buat tak apa yang aku suruh?" Adam menghelah nafas. Apa-apa sajalah! Janji semuanya sudah selesai.

"Mestilah! Aku dah letak kepala dia dalam kotak hadiah bercorak paling cantik untuk keluarga Edward. Harap dia orang suka dengan hadiah kita." Dylan membalas bangga lalu Adam mengangguk perlahan. Bibirnya tersenyum sinis. Hatinya berasa puas dengan jawapan adik lelakinya.

"Aku nak keluar malam ini. Kalau daddy tanya, bagitahu aje aku dekat penthouse."

"Ah, tak payah tipu pun daddy tahu kau dekat kelab. Bilalah aku boleh tengok abang aku ini bawa balik perempuan dan bukannya mayat." Nada Dylan seperti merungut lalu berjalan ke arah dapur. Tekak yang kering mesti dibasahkan.

Adam hanya memandang kosong ke arah Dylan sebelum kakinya menyambung langkah untuk keluar dari rumah mewah empat tingkat itu.

Hah, perempuan? Dia tidak begitu gemar berfoya-foya seperti Dylan Lewis. Jika dia ada berkaitan hal kerja, barulah dia mahu keluar bersama. Itu pun sekadar keluar makan dan berbincang.

M1 The Bryant's Family✔️Where stories live. Discover now