SMITH

69.1K 2.7K 362
                                    

Jadi Diana berniat ingin berterus terang. Bibirnya tersenyum manis.

"Never mind. Lagipun waktu tu kau tak sedar apa kau buat. Aku pergi meeting kejap. Jangan tunggu, okay? Aku tak tahu habis bila tapi aku tetap dekat rumah ni." Pipi Diana dicubit perlahan sebelum melangkah.

"Tapi saya.. Saya memang dah jatuh cinta dekat awak.." ujar gadis itu dengan nada perlahan. Kepalanya berasa pening. Mungkin dari kesan dirinya yang begitu. Diana melangkah ke atas katil. Kepalanya terlalu sakit untuk berfikir apa yang terjadi di pejabat tadi.

KEESOKANNYA
[SKIP]

"Fuh, beb! Dah beberapa tahun kita tak jumpa! Sejak berkahwin dengan orang tu, makin busy je kau." Mereka berpeluk ringkas tetapi sangat mesra.

"Haish kau ni, tak sampai setahun. Adam heret aku ke US untuk beberapa minggu. Ini pun baru seminggu lebih dah balik sini. Honeymoon pun tak macam honeymoon. Adam sibuk dengan kerja dekat sana." Bisik Diana lalu pelukan dileraikan.

Mereka berjalan masuk ke dalam butik mewah itu sambil diikuti dua orang pengawal Bryant Family. Lelaki itu terlalu risaukan keadaan isterinya sehingga hantar dua paling terbaik antara pengawal keluarga mereka.

"Jadi dah sebulan berkahwin ni dah ada ke belum?" Stella menyoal sambil tersengih. Matanya ralit memerhati pelbagai jenis dress yang terdapat di butik itu. Terdapat beberapa jenis gaun seperti yang diperbuat dari luar negara mahupun syarikat terkenal di Malaysia.

"Ada? Ada apa?" Pipi Diana sedikit berbahang lalu turut memerhati dress yang akan dipakai untuk majlis yang cukup dia takut untuk hadiri. Entah kenapa diri berasa takut dan gementar untuk menghadapi malam ini.

"Tuan muda Bryant lah! Kau tahu kan family husband kau tu macam mana? Kena ada bakal pemilik waris kalau Adam dah jadi pemegang. Tuan William kan dah serahkan syarikat dekat Tuan Am." Stella mengambil satu dress yang kelihatan cantik untuk rakan baiknya.

"Aku tak tahu..." Diana tertunduk. Adam tidak begitu serius untuk mengambil tahu hal anak. Lagipun mereka baru sahaja berkahwin. Adam hanya menyentuhnya tiga kali sepanjang perkahwinan ini. Entah kenapa dia jadi gementar untuk menggalas tugas sebagai ibu kepada anak-anak dari keluarga Bryant yang sering disebut ramai. Sering dihormat ramai.

"Usaha lagi, okay? Aku tahu bukan senang nak goda lelaki yang paling kejam dekat sini. Tapi aku tahu kau boleh. Tuan Am tu memang nampak macam tak ada perasan dekat persekitaran tapi mana lah tahu dekat baby dia okey." Stella mengambil satu lagi maxi dress berwarna hitam.

Diana tersenyum segaris. Jika Stella tahu bagaimana cara Adam melayan dirinya pasti kawan baiknya tidak akan percaya. Mana tidaknya, lelaki itu terkenal dengan sifat tiada belas kasihan.

"Ha, kau cuba tengok dua ni. Mana lagi cantik? Malam ni majlis birthday kan?" Stella membelek dress yang dipegangnya. Dahinya berkerut apabila terdengar sesuatu.

"Smith... Malam ni majlis birthday adik Austin kan? Oh God, Diana. Aku terlupa!" Stella menampar dahinya. Dia hampir terlupa yang kawan baiknya itu pernah menjadi tunang kepada ahli keluarga Smith.

"Kenapa? Benda tu dah lama berlalu pun, Stella. Aku..." Diana yang hendak menyakinkan dirinya tentang malam ini pun tidak pasti.

"Aku dengar Smith ada projek dengan Bryant Family. Smith pun ada berhutang dengan Bryant. Ini kalau Tuan Am tahu apa yang Smith pernah buat dekat kau dulu.. Apa yang Austin pernah buat dekat kau dulu. Habis betul diorang." Stella ketawa kecil. Puas hatinya jika perkara itu terjadi. Dendamnya pada Austin masih tersisa walaupun Diana sudah menyuruh dirinya untuk lupa akan kejadian lama.

"Haish, janganlah. Aku taknak sebab aku, hal syarikat jadi tak stabil pula." Diana menghelah nafas.

"Kejap lagi aku cerita apa yang dah jadi dekat sana tiga minggu lepas. Aku dah jumpa abang aku." sambung Diana lalu tersenyum lembut.

M1 The Bryant's Family✔️Where stories live. Discover now