"Kenapa boleh ada sampah dekat anak syarikat ni? Bersihkan. Ganggu pemandangan aku je."Adam berdecit lalu meneruskan perjalanannya sambil menarik tangan Diana untuk berjalan bersamanya.
"Benda lama dah tak penting. Satu benda lagi aku nak bagitahu kau, peluang kedua tak semua orang boleh dapat." ujar Adam lalu melepaskan tangan Diana. Gadis itu tergamam sejenak.
"Tapi saya tak kenal dia, Adam. Betul.. Saya betul-betul tak pernah jumpa dia."balas Diana dengan gugup. Dia tidak berani untuk memandang lelaki itu.
"Hmm.. Kau tak kenal dia. Aku peliklah macam mana dia boleh masuk dalam ni? Maybe ada orang dalam yang ada kaitan dengan benda ni." Nada biasa digunakan oleh Adam sebelum mereka masuk ke dalam bilik itu.
"M-mungkin..." Mata Diana tertangkap pada sesuatu objek kecil yang berada di sebelah meja kerja lelaki itu. Dahinya berkerut lalu berjalan ke hadapan.
"Oh, tercicir tu. Kejap lagi aku suruh Aiden uruskan."Balas Adam dengan selamba sebelum duduk di atas sofa mewah itu. Diana mendekati objek kecil itu.
"J-jari.. Jari orang." Menggigil badan Diana setelah menyedari perkara itu. Adam hanya mereaksi biasa.
"Kita tak boleh balik US lagi buat sementara ni. Mama kau nak jalani pembedahan dan parents aku pun masih di sini. Aku pun tak faham kenapa."Adam mencapai telefonnya lalu mendail nombor seseorang.
"Kenapa awak tengok saya macam tu?" Soal Diana ketika Adam merenung dirinya sambil menunggu talian disambungkan.
"Aku baru tahu tentang perjanjian family kita pagi tadi. Aku tak pasti kau suka atau tak, benda ni."Adam mengeluh. Sebenarnya dia juga tidak menyukai perkara itu.
"Benda apa? Kalau untuk mendiang parents saya, saya sanggup buat apa-apa je untuk diorang. Diorang dah berkorban nyawa untuk selamatkan saya."Diana tersenyum lembut ke arah lelaki itu. Pada mulanya dia agak terkejut dengan kata-kata Adam tentang perjanjian itu tetapi jika sudah masuk tentang hal keluarga, pastinya lelaki itu sedang serius.
"Buat apa-apa je? Termasuk mati?" Soalan Adam membuatkan Diana tertunduk. Dia berfikir sekilas. Gadis itu mengangguk laju.
"Ya, saya sanggup."
Adam tersenyum sinis.
"So kalau kau mati, benda tu takkan berlaku. Lepas kerja kau urusan apa-apa tak?"Soal Adam lagi. Diana menggeleng lembut walaupun dia berasa pelik setelah mendengar ayat pertama Adam tadi.
"Jom keluar dengan aku? Dinner ke?"Ajak Adam sambil memerhati blue eyes itu.
"Date?"
Adam tidak memandang ke arah Diana. Dia sedikit berdeham.
"Hmm date. Nak tak?"
Siapa je nak berani nak menolak? Maka Diana mengangguk.
"Baguslah. So kau pergi teruskan kerja. Aku nak sambung kerja aku. Ah! Selagi aku tak jumpa dalang di sebalik saham haram ni selagi tu aku tetap dekat sini. Damn it!" Dahinya dipicit-picit dengan jari jemari. Wajah diraup berkali-kali sehingga merah. Stress!!
"O-okay..."
[SKIP]
"Kau buat kerja macam mana ni? Mata kau dekat mana?! Kenapa langgar Mia?!"Tengking seorang lelaki itu kepada Diana. Gadis itu tertunduk rapat. Bukan dia. Seperti selalu, Mia akan membuat drama di hadapan orang lain.
"Tapi saya tak langgar dia..." Jawab Diana dengan nada perlahan. Dia berasa takut dan gerun. Wajah bengis lelaki itu memandang tepat pada wajahnya. Mata lelaki itu tidak henti memerhati bentuk badan Diana yang menarik perhatian walaupun pakaian yang dikenakan tidak begitu terbuka. Diana menjadi tidak selesa.
YOU ARE READING
M1 The Bryant's Family✔️
RomanceM1 Adam Morris x Diana Fayree And even if I still love you, I still wanna kill you. Because you broke my heart Versi lama: DEC 2018 Versi reedit: 10/09/19 REWRITE: 21/05/2024 TMG VERSI DEC 2018 PERNAH DIPADAM WATTPAD (bugs) 1 IN #romance [8-10/10/20...