"Kau perhatikan perempuan tu juga..." Adam memerhati jam tangannya. Wajah adiknya, Lucas Alexander yang dikenali sebagai Tuan Lucas atau Boss Lucas dari anak-anak buahnya."Walaupun dia dah lama bekerja untuk Bryant, aku masih tak percayakan dia sepenuhnya." Adam memesan lagi setelah mereka berdua habis berbincang tentang stok simpanan senjata di beberapa rumah yang mereka miliki di Thailand. Adiknya mengangguk perlahan sambil sepasang mata kelabu cair itu memerhati sebuah kapal terbang berkonsep sedikit sederhana. Memiliki lambang naga hitam bersama bunga ros di belakangnya. Tulisan dragón Negro terpapar kecil di bawah lambang itu.
"Kenapa kau tak balik dengan Wo8?" Alex menyoal. Pandangannya dialih pada kereta mewah abangnya. Sudah semestinya wajah Diana Fayree terbayang di fikiran.
"Sebab dorang buat meeting dalam flight tu so aku takde masalah lah nak naik sekali. Lagipun Drea tengah selesaikan hal saham family kita dekat situ lagi jadi biarlah dia naik." Balas Adam. Dia faham apa yang Alex fikirkan.
"Diana tak perasan?" Adam Morris Bryant menggeleng.
"Satu lagi, kenapa kau balik juga? Maksud aku, bukan kau ada hal dekat lima buah negara lagi ke? Sepatutnya 5 bulan dekat luar."
"Kau terlupa ke? Aku dah ada anak isteri. Kenalah balik tengok kejap sebab tak mula lagi benda tu. Diana dah tunggu lama ni, aku pergi dulu. Esok kita sambung bincang dengan Ian sekali." Lucas Alexander mengangguk setuju. Adam Morris segera beredar dari situ lalu masuk ke dalam kereta semula.
"Hampir dua jam awak berbincang dengan Lucas. Kesian baby. Lapar." Diana mengusap perutnya yang hanya tidaklah sebesar mana. Entah boleh tahu pregnant ke tidak dengan sekali pandang. Kandungannya baru hampir masuk 8 minggu dan ditambah pula dengan badannya kurus langsing. Blazer ditanggalkan oleh Adam menampakkan kemeja putih dan tali leher hitam yang dipakai.
"Aku pun lapar." Tali leher ditarik-tarik untuk menanggalkannya sambil sepasang mata itu bertembung dengan mata biru laut Diana. Kedua-dua tangan ditahan di antara kepala Diana. Lelaki itu memerangkap dirinya di atas tempat duduk kereta yang empuk itu.
Dean dan Aiden terdiam. Cermin hadapan dapat menunjukkan adegan panas dan nakal dari kelakuan boss mereka. Rasa kekok berada di dalam kereta lagi seolah-olah menganggu pasangan sama padan itu.
"Apa ni, awak? Dean dengan Aiden..." Diana menahan dada Adam Morris dari rapat dan jatuh ke atas dirinya. Gugup. Malu. Takut. Hampir sebulan berpisah dengan lelaki itu. Dia masih tidak terbiasa tambahan pula setelah berpisah sekejap.
"Korang keluar kejap. Datang bila aku panggil." Adam memberi arahan selepas merengus. Nampak sahaja Diana, dia terus tidak peduli tentang orang lain. Terus dia terlupa tentang kehadiran dua orang pekerjanya di dalam kereta itu tadi.
"Baik, boss." Serentak mereka berdua membalas lalu keluar dari kereta itu. Jantung Diana berdegup laju.
"Awak nak buat apa?" Soal Diana. Gugup.
"Dating dengan kau, rindu."
"Kiss me." Lelaki itu berbisik. Rindu. Rindu juga pada cik isteri walaupun hanya berminggu-minggu. Dia memikirkan bagaimana pula hendak tinggalkan Diana selama lima bulan akan datang.
"Cantik diamond ni." Diana berdalih. Jarinya menyentuh di kolar hadapan kemeja Adam Morris. Di hujungnya terdapat permata berbentuk sesuatu yang direka khas untuk keluarga Bryant. Semua baju kemeja mereka akan memiliki permata yang diukir berbentuk 'wolf'. Keluarga yang megah berdiri dengan kekayaan dan dihormati ramai iaitu Bryant telah menggunakan lambang serigala sejak berkurun lamanya. Setiap barang dan benda pasti diletakkan lambang serigala padanya untuk menandakan Bryant Family.
"Unik. Cantik." Sambung gadis itu lagi.
"Sengaja eh kau?"
[...]
YOU ARE READING
M1 The Bryant's Family✔️
RomanceM1 Adam Morris x Diana Fayree And even if I still love you, I still wanna kill you. Because you broke my heart Versi lama: DEC 2018 Versi reedit: 10/09/19 REWRITE: 21/05/2024 TMG VERSI DEC 2018 PERNAH DIPADAM WATTPAD (bugs) 1 IN #romance [8-10/10/20...