chapter||13

47 8 0
                                        

"Assalamualaikum.. err.. " Irin menjadi gagap pabila Aiman mendekatinya yang berada di hadapan pintu sekarang.

Mirza sedang mengemas meja. Mungkin baru siapakan kerja sekolah

"Ada apa ni? "Tanya Aiman elok

Ia membuatkan Irin lagi berdebar. Kerana Aiman yang menuturkan soalan. Dan ini adalah buat kali pertamanya dia berdepan dan bercakap dengan Aiman.

"Err.. N.. Nak jumpa tu" Irin menunjukkan kearah Mirza

"Ouh.. Mirza ni ada orang nak jumpa kau " Ujar Aiman.

"Ye ye jap eih "Mirza mencari sesuatu di bawah laci mejanya

"Ha dengar tu? Dia kata kejap" Tutur Aiman degan senyuman kecil yang dia berikan kepada Irin.

Oh no.. Irin bakal pengsan selepas ni..

"O.. Oke" Irin membalas senyuman itu.

Aiman tidak meganjak dari situ, Mirza datang. "Hah kenapa dik? " tanya Mirza

"Ipan tak hadir kan? Anak kunci pagar ada dengan dia.. Macam mana ni?" terang Irin

"Ouh.. Takpa, awal awal lagi Ipan dah serahkan kepada abang. Ramai ke pelajar yang lewatnya? " Tutur Mirza sambil mengatur langkah ke bawah. Diikuti oleh Aiman ,Irin dan Fiah

"Takda la sangat.. Pastu ada sorang dua tu... " Irin memperlahankan suara dia.. Dia takut ingin meutur ayatnya yang seterusnya.

"Sorang dua tu kenapa?? " Mirza bertanya kepada Irin

"Sorang dua tu ada yang telepas... Sorry Irin minta maaf ye, "

"Adoi.. Takpa.. " jawab Mirza

Irin melihat kearah Aiman. Didapati Aiman melihat kearah Irin seraya menggeleng -gelengkan kepalanya.

Irin tersenyum malu.. 'Cute nyerr.. Ya Allah hamba mu ini tidak kuat' Irin menutur kata hanya di dalam hati

"Salah abang juga sebab lambat turun" Mirza senyum senget.

"Sokay " ujar Irin ringkas.

Mereka sampai di pagar.

"Fiah. Aiman pun jaga pagar sekali jugak eih? Aku tak percaya la tadi dia senyum dan bercakap dengan aku. " Ujar Irin dengan nada berbisik. Takut didengari oleh dua jejaka yang berada di hadapannya.

"Aku pun tak tahu, bahagia la tu" Fiah menjawab dengan berbisik juga.

Irin hanya tersenyum malu. Jelas dia bahagia.

Selasai bertugas, Irin dan Fiah ke kelas.

"Weih weih weih!! Berita hangat !" satu suara tidak cukup nafas mendekati Syaa, Syira dan Amy.

"Memang hangat sangat! " Fiah menyokong dari belakang

Perbualan tiga gadis jadi terhenti. Syaa, syira dan Amy sudah terangkat muka. Tanda berminat untuk mendengar. "Apa yang hangat sangat tu Irin? " Tanya Amy.

"Huahuahua.. Tadi Aiman dia tegur aku lepastu dia senyum kat aku. Serious aku kata cute nak mampos! " Bersungguh-sungguh Irin bercerita .

"Bahagia la tu" Syaa menongkat dagunya

"Aduhai.. Baru reti nak sapa orang bagai ke? " Jelas kedengaran suara Syira.

"Eleh.. Kau tu takpa la. Selalu je jumpa Fuad siap jalan sama sama lagi. Aku ni? First time tau. " Jelas Irin sangat gembira.

Syira tersenyum apabila terkenangkan kes tempoh hari. Saat Fuad memanggil namanya untuk berjalan sekali. Sungguh berharga waktu itu pabila dikenang kembali.

Mereka bergelak ketawa sehingga cikgu masuk ke kelas untuk mengajar.

Sewaktu pembelajaran dilangsungkan. Irin sedang 'muyang' sesekali asyik tersenyum sorang sorang, bila dia teringatkan kejadian pagi tadi. Irin banyak melemparkan pandangannya ke luar jendela.

Tiba tiba Irin teringat akan Senior yang bercakap dengannya sebelum dia naik ke atas iaitu kawan kepada Aiman. Setiap bait bait kata yang dilontarkan kepadanya masih Irin ingat. 'Alahai ni pon satu cute jugak. Muka sama macam Azmi aduhai.. ' Irin hanya mengungkapkan di dalam hati.

"Irina!" satu suara tegas memanggil namanya.

"Hah ye sir saya. " lantas Irin berdiri

"Kenapa dengan kamu hari ni? Saya lihat kamu banyak termenung, selalunya kamu menumpukan kepada pembelajaran saya " Soal sir sham.

"Err.. Maaf sir.. " Irin menundukkan wajahnya. Tanda kesal

"It's okey. Kamu boleh duduk. Jangan sambung termenung pulak"

"Okey" Irin duduk.

Waktu rehat...

"Irin kuat termenung dah sampai kemana? Korea? Indonesia? Jumpa Azmi? " Syira tersenyum sinis.

"Alahai.. Mana ada la." jawab Irin malu

"Irin aku ada la baca satu buku ni. Dia kata kalau nak crush notice kita kena rapat dengan kawannya dulu. Amacam? Taknak berbaik dengan kawan baik Aiman ke? Yang tegur kau pagi tadi? " Fiah memberikan cadangan.

"Haah Irin aku pun ada tengok drama dia kata camtu la" Amy bersetuju.

"Boleh boleh, firstly korang kena tolong aku" Irin hanya tersenyum setuju dengan pendapat.

"Tolong apa? " tanya mereka berempat.

"First kalau kita nak rapat kena tahu nama dia dulu. Jadi kita kena siasat apa nama dia eih.korang kena la tolong nanti sorang sorang pulak aku. "

"No problem " syaa membuat simbol 'ok'.

Mereka semua ketawa .Irin la yang terlebih dos gembiranya.

Sungguh tak berfaedah. Bila la diorang nak insaf.




































































>>to be continued <<


Akan Aku CintaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang