Syira memandang kearah Fuad
Fuad memandang Syira
Tupp!
Mata mereka bertembung
Syira malu dan dia menundukkan pandangannya
' Istigfar Syira istigfar...ya Allah kenapa makhluk mu yang seorang ni cute sangat. Tergolek iman aku ' Syira menggedik. Sungguh dia jatuh hati pada si jejaka tersebut
Fuad hanya memandang Syira . Dia melihat syira yang sedang menunduk . Dia tersenyum kecil.
Syira memandang Fuad kembali " Apa senyum senyum haa? "
Fuad tersentak " Mana ada la " kini Wajah Fuad bertukar malu
' Ya Allah dia malu ke tu? Cute nyeeeee aaaaa aku gigit kang '
" Aku rasa kawan aku mesti datang cari kita. Sabar ye, mesti dia cari kita sebab lama sangat ni mesti dia perasaan ketiadaan kita" Jelas Fuad
Syira hanya mengangguk
Tuk..tuk..
" ada orang di dalam ?"
Kedengaran suara dari luar menanya
Cepat cepat Fuad dan Syira mendekati pintu
" Haibib kau ke tu? Aku ni! " Fuad mengetuk ngetuk pintu tersebut
" Ha aku ni kau okay tak ? "
" Aku okay je, bukak pintu ni weh aku nak keluar "
Mereka berbalas kata di sebalik pintu
-----
" See? Fuad okay je kan? Haishh mengarut la " Haibib memegang dahi lalu menggeleng kepala
" Eh kau mana tahu kalau tu suara hantu ke? Kita tak tahu kan?" Kata Ariz
" Betul bang. Entah entah hantu tu ikat kawan abang lepastu dia tutup mulut supaya tak boleh bercakap ataupun..dia dah makan kawan abang tu? " Budak tersebut membuat andaian
Ariz mengangguk kepala berkali kali " Mana tahu apa yang dikatakan budak ni betul beb? Naluri budak lain tau "
Fuad dan Syira mendengar perbualan tersebut . Pelik pula kedengarannya
" Fuad, apa yang mereka bincangkan? Aku ada dengar perkataan 'hantu' ? " Syira mulai berkerut
" Entahla diorang...wehh korang ! Buka pintu ni woi. Tau tak di dalam ni panas? Eiii aku terejang kang karang korang! "
" Hantu tu marah la bang! Baik jangan buka, jom balik " Budak tersebut ketakutan
Fuad mendengar apa yang dikatakan
" Eh korang jangan pandai pandai nak balik eh, keluarkan aku dulu woi, budak mana kau bawa sekali tu? Eh eh eh memandai pula beri arahan "
Giliran Syira bersuara " korang jangan sampai aku beritahu Ayah aku. Kena saman korang "
" Eh eh eh Hantu betina pula yang bercakap, entah entah inilah suara sebenar hantu tu! Tadi dia gunakan suara kawan abang. Eeh ke hantu betina ni dah rogol kawan abang ! "
" Woi budak kau kata apa! Eii aku cili kang mulut kau. Aku perogol pemendenye?! Weh buka pintu wehhh aku rasa nak hisap darah budak ! " Bengang pula Syira apabila dikatakannya seorang perogol?
" Bang! Hantu tu nak Hisap darah kami berdua! " Dua orang budak itu saling berpelukkan ketakutan. Ini kali pertama mereka bercakap dengan 'jin'
Sekarang macam mana? Haibib,Ali ,zaem dan Ariz mulai buntu. Adakah benar yang budak itu katakan?
" Kurang asam punya budak " Syira memeluk tubuhnya, Panas pula dengan perangai budak
" Sabar ye " Fuad memberikan senyuman. Ingin menenangkan Syira
' Uishh sejuk pula rasanya, tak panas dah ehekk ' Sah Miang!
" Arh apa apa pun kita kena buka pintu ni. Fuad rakan kita gaiss " Ali Memukul belakang Ariz
Ariz mendesus kecil, dia mengusap usap belakangnya yang tidak bersalah " Betul apa yang Ali katakan "
" Alhamdulillah korang sedar akhirnya " Kedengaran suara Fuad
" Okay tendang pintu ni " Zaem memberikan arahan
" Eh waitttt... Ali aku nak kau baca la ayat kursi. Bukan apa untuk keselamatan kita "
Ariz tersenyum sumbang
"Ergh " Ali mengerling tajam kearah Ariz
" okay okay macam ni kita sama sama baca dan sama sam tendang pintu ni " Ariz memberi cadangan.
" Apala yang di bincang Allahu " pening kepala Syita dan Fuad yang berada di dalam stor
" Ikut suka hati kau lah " Haibib malas ambil pusing tentang Ariz
Dua orang budak itu hanya menyaksikan apa yang dilakukan oleh seniornya
Ariz sangat bersemangat " AUZUBILLAH HIMINA SYAITON'NIRROJIM, BISMILLAH HIRROHMANIRROHIM , PERGILAH WAHAI JIN SYOITON IBLIS SEKALIAN , PUIHHH "
Fuad dan Syira sudah menjauhi pintu tersebut.Dengan sekali tendang pintu itu terbuka, bukan sekadar terbuka , siap tercabut lagi pintu tersebut. Ok done pintu rosak teruk!
" Fuih ..panas di dalam " Fuad mengibas ngibas bajunya
" Mana budak yang kata aku Hantu Bentina?!" Syira sudah seperti singa kelaparan
" Ampun kak ampun, kami tidak tahu! "
Maka berkejaranlah mereka bertiga
" pehh like a kids " Ariz membuat gaya hampeh
" Elehh kau yang takut tak tentu pasal kan? Elehhh macam budak! " Haibib mengherdik Ariz
Ariz hanya tersengih sumbang
>>To be continued <<
ANDA SEDANG MEMBACA
Akan Aku Cinta
Roman pour Adolescents"Aduhai...senior ku~,senyumanmu melemahkanku. Ehek's" -Irin. Irin remaja yang berusia 14tahun, sejak melangkahkan kaki ke sekolah menengah dia menyukai seorang senior yang 'famous' di sekolahnya. Pelbagai cara dia cuba untuk berbaik dengan senior i...
