Chapter||35

37 5 0
                                        

" seorang daripada korang kena teman kami" kata Haibib

" Ape ni. Main teman-teman like a 'budak' " Ujar Syaa

" adoi.. Pastu nak kitorang masuk tandas perempuan itu? Cikgu Ajid dan Pak Ham takpe la.. Ada hak.. Kitorang yang pelajar ni nak masuk kena terejang dekat tc Maniya la.. Akibat memasuki tandas perempuan " Terang Zaem

" Aku faham.. Aku faham. Ermm sape eih kena teman diorang ni? " Irin membuat gaya seperti sedang berfikir

Syira merasakan bagaikan ini satu peluang! Sungguh dia sangat ingin menemani si jejaka itu. Hanya kerana ada Fuad!

" Syira kamu okay? " Irin wink kepada Syira

" eh.. Ke.. Kenapa aku pulaa?" Sungguh Syira gembira! Dalam hati bagaikan sedang menari-nari. Saja ja buat-buat gelabah

" Alah kau laa" sambung Syaa dia sangat tahu Irin sedang merancang supaya Syira yang pergi
" err okaylah " Syira membuat-buat seakan berat ingin pergi. Sebenarnya dia sungguh teruja!

" Dah jom gerak..kitorang nak cepat " Ujar Ali sedikit menunduk memandang Syira yang pendek itu

" Sabar laa hish"

Mereka berenam menuju ke tandas perempuan

Syaa, Amy, Syira dan Irin ketawa melihat kepada Syira. Harap rakannya itu berbahagia

---------

Dalam perjalanan Syira asyik mencuri.
Mencuri apa? Aishh.. Asyik mencuri pandang kearah Fuad! Takda kerja sungguh yini budak!

" Tunggu di sini aku nak masuk dalam panggil Cikgu "

Dalam beberapa saat sahaja muncullah Syira bersama Cikgu Ajid

" Ada apa nak jumpa saya? " Tanya Cikgu Ajid

" Kitorang nak kunci stor sukan boleh cikgu? " Tanya Haibib dengan sopan

" Nak buat apa? Sekarang gotong-royong la.. Bukan sukan "  Cikgu itu memandang tajam kearah mereka

" Ye kami tahu cikgu. Tapi kitorang dah siap membersih. Cikgu tahu kan kami ini adalah atlet-atlet sekolah. Nanti bakal ada perlawanan peringkat Negeri. Kita nak naikkan nama sekolah kan? Jadi kami perlu berlatih! Untuk menaikkan lagi nama sekolah kita yang sudah naik ini " Kata Zaem dengan penuh bangga

" Iya! Betul itu wahai anak murid atlet sekalian! Berlatih la bersungguh-sungguh ya! Jangan lupa makan dan solat! Berlatih, berlatih juga. Tapi yang penting jangan tinggal! " Cikgu Ajid bagai terharu dengan anak muridnya itu

Syira turut rasa terharu. Buat yang terbaik Fuad!

" Ceyh Cikgu dah mirip papa zola laa.. Hahahha" Ariz ketawa

" Papa zola? Siapa tu? Papa kamu ke? " Tanya Cikgu Ajid

" Lah. Cikgu tak kenal ke? Nanti cikgu balik cikgu tanya anak lelaki cikgu .confirm tahu"  Ujar Ali dengan tawanya

Syira juga turut ketawa

" Hish.. Ada ada jela korang semua ni. Nah kunci bilik stor sukan " Cikgu Ajid menghulurkan kunci tersebut

Fuad menyambutnya " Terima kasih Cikgu "

" Sama-sama..dah la cikgu nak sambung buat kerja. Nanti pulangkan kepada cikgu balik "

" Orait cikgu "
Guru itu berlalu pergi

" Nah Syira kamu pegang dulu kunci ni " Fuad menghulurkan kepada Syira kunci bilik stor tersebut

Syira tidak keruan. Sungguh berdebar. Kini Fuad berhadapan dengannya
" ke.. Kenapa.. Pula? "

" kitorang ni jenis cuai. Takut hilang atau kitorang lupa di mana kitorang letak kunci itu. Jadi kamu pegang dulu. Nanti lepas solat Zohor berjemaah. Kita jumpa di depan bilik stor. Okay? " Jelas Fuad dengan matanya memandang tepat kearah Syira dengan senyuman

Glup! Syira terpina dengan senyuman itu!

" O.. O.. Okay.. Ok okay " Syiha mengambil kunci itu

" Baiklah jumpa tengah hari nanti " Fuad dan rakannya berlalu pergi

Syira menghantar pemergian dengan anak matanya

Syira memandang kiri dan kanan. Okay line clear!

" Yaaaahooooo! "
Syira melompat girang sekuat hatinya. Sungguh gembira! Dah macam orang tidak keruan!

" yey yey jumpa Fuad tengah hari nanti yey
yey "  syira menari-nari ala itik

Nasib baikla tiada sesiapa di situ. Dah la jangan kacau Syira sedang berbahagia!




















                   >>to be continued <<

Akan Aku CintaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang